Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tun Mahathir Pemimpin Ke-47 Paling Hebat Di Dunia

Oleh: Tukang Tulis|6-5-2019 11:37 AM Komen: 24
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kredit foto: Fortune

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dinamakan sebagai pemimpin ke-47 paling hebat di dunia.

Pengiktirafan itu diberikan oleh majalah perniagaan Fortune menerusi senarai 50 pemimpin paling hebat di dunia yang disiarkan melalui laman sesawangnya baru-baru ini.

Memetik ulasan dalam laman sesawang tersebut, Fortune menyatakan bahawa pada usia 93 tahun, Dr. Mahathir mencatatkan bab yang tidak dijangka dalam legasinya.

Menurut Fortune, semasa era pertamanya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mulai 1981 hingga 2003, Dr. Mahathir menjadikan Malaysia salah satu harimau ekonomi di Asia Tenggara.

"Namun sikapnya yang tidak mengendahkan kebebasan sistem kehakiman dan akhbar membayangkan ciri-ciri autokratik.

"Tahun lalu, beliau kembali dari persaraan untuk bertanding dalam pilihan raya atas platform antirasuah, memimpin sebuah parti politik yang baru ditubuhkan dan beroleh kemenangan mengejut mengatasi Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak," kata Fortune.

Pentadbiran Dr. Mahathir kini dikatakan berusaha untuk memelihara kebebasan sistem kehakiman dan akhbar serta amalan demokrasi yang jujur di negara ini.

Setakat ini, beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang berada dalam senarai tersebut sejak ia diperkenalkan enam tahun lalu.

Tiga pemimpin dunia yang berada di tempat teratas. Kredit foto: Fortune


Pengasas bersama Yayasan Gates, Bill Gates dan isterinya Melinda menduduki tempat teratas dalam senarai 50 pemimpin dunia paling hebat diikuti oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern di tempat kedua dan Peguam Khas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Robert Mueller di tempat ketiga.

Putera Harry dan Meghan Markle. Kredit foto: Fortune / Getty Images


Putera Harry dan isteri, Meghan Markle pula menduduki tempat ke-42 dalam senarai berkenaan.

Sebelum ini, Dr. Mahathir pernah dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 manusia paling berpengaruh di dunia oleh majalah TIME (https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=46873). -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
5
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
4
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 03:07 AM
Kat msia hari2 kena maki hamun

Lain-lain Komen

Quote pokaibanktokyo 6-5-2019 11:47 AM
Hebat berkhayal saja mahadead ini.
Quote tri-max 6-5-2019 11:49 AM
wahh meghan mengalahkan atok... sesenang petik jari jerrr
Quote Aliaskotonggo 6-5-2019 12:00 PM
waaah.... mengamuk lah geng2 rashwah
Quote Orix 6-5-2019 12:09 PM
Panas la muntot pengikut boskurrrrr {:smile
Quote ronin 6-5-2019 01:42 PM
22 tahun jadi PM 4 dan 1 tahun PM 7 hanya dapat nomor 47? Baik tak payah jika hanya nak melengkapkan senarai..
Quote harizs 6-5-2019 01:54 PM
Link ceramah bang non


You tahu siapa curi Negara punya wang. You pun tau. Saya kesian juga, Dr. Mahathir hari-hari marah sama saya. Antara orang yang paling takut saya jadi Perdana Menteri ialah Mahathir. Dia demam tau. Kemudian ada orang beritahu, Mahathir, Anwar mungkin jadi Perdana Menteri. Terus dia bangun, tak boleh, kata dia haha. You tau apasal takut? Sebab harta sudah banyak. Harta anak-anak dia berpuluh puluh billion. Tengok kontrak Petronas. Siapa dapat banyak? Kencana Petroleum. Mokhzani Tun Mahathir. Semua dia angkut. Takdak melayu pandai berniagakah? Tak da Cina, Dayak pandai berniagakah? Semua anak dia punyakah?

Itu satu. Kemudian beli itu beer punya company. St Migul Filipina. Saya punya meja takdak. Carlsberg takdak. Tetapi Mahathir punya anak, Mirzan beli..beer punya company.. Aiyoo! Kadawale..Berapa harga? 2900 juta cash..RM 2.9 billion cash! Mana angkut (dapat duit)? Menang loteri tiap hari? Dia menang loteri, every month for 20 years. Kemudian selepas ambil St Miguel ini untung. Beli Esso Malaysia. Kalau tak salah kira-kira RM 1.7 billion. Tukar nama kepada Petron. Semalam, Malaysia Airlines. Siapa dia penasihat petronas? Mahathir. Semalam Malaysia Airlines umum, pertama sekali dalam sejarah dan ini satu syarikat penerbangan di dunia yang beli minyak untuk enam bulan ini, tiada syarikat penerbangan lain (lakukannya). Malaysia Airlines hanya akan beli dari syarikat minyak (milik) anak Mahathir, Petron - 6 bulan. SAYA MAU TANYA INI NEGERI.. BAPAK YOU ATAU RAKYAT PUNYA? KALAU RAKYAT PUNYA, HENTIKAN BENDA MENGARUT INI

https://youtu.be/Ovbx_xnQgOI
Quote harizs 6-5-2019 01:56 PM
You tahu siapa curi duit rakyat??  Bang non bertanya.

Quote Fettybombom 6-5-2019 01:58 PM
Baik tak payah..?.sape yg ckp mcm tu,shallow....
Quote JowY 6-5-2019 02:20 PM
ronin replied at 6-5-2019 01:42 PM
22 tahun jadi PM 4 dan 1 tahun PM 7 hanya dapat nomor 47? Baik tak payah jika hanya nak melengkapkan ...

paling kaya no 1
dah cukup


Quote lolita737 6-5-2019 02:23 PM


tahniah Tun M..
Quote tobby 6-5-2019 02:28 PM
harizs replied at 6-5-2019 01:56 PM
You tahu siapa curi duit rakyat??  Bang non bertanya.

Good one. Berdekah aku gelak. Reformasi !!!!  
Quote CharlesDera 6-5-2019 03:11 PM
Orix replied at 6-5-2019 12:09 PM
Panas la muntot pengikut boskurrrrr {:smile

duboq hang pun hari2 panaih sebab hang penduboq lgbt kan juborix...wakakakakakkaakkakakkakakkaa
Quote CharlesDera 6-5-2019 03:13 PM
mana buleh 47...kan ahcai2 pakatan haramjada dah habaq....Tun dah tundukkan china kuasa besaq...letak Tun di posisi PERTAMA........ingat senang ka nak tundukkan china re negotiate ecrl dapat kurangkan kos projek dan surrender 50 peratuih syer usahasama pada china......wakakakakkakakakakkakakakkakakakakkakakakakkaka

Malaysia dah berjaya keluaq dari debt trap sepet china....taw....wakakakakakkakakakakakakakakakka
Quote jetrofa 6-5-2019 03:14 PM
Yg ke 47 a.k.a yg ke 4 tercorot
Quote CharlesDera 6-5-2019 03:16 PM


once upon a lobai...wakakakakakakakakakakkakakakakakkakakaka

#rinduzamantong...wakakakakakakkakakakakakkakkakka
Quote FOTHER-MUCKER 6-5-2019 03:31 PM
Memang hebat pun. Drm bukan penjilat sultan seperti pemimpin lain di malesia tu.

Orang islam bangsa Africas di uk tu pun cukup bangga dengan drm.
Quote febreze 6-5-2019 03:53 PM
tahniahhh tun..
Quote harizs 6-5-2019 04:55 PM
Respek Tun Mahathir. Usia 94 tahun pun masih kuat bekerja demi merosakkan negara..
Quote harizs 6-5-2019 04:57 PM
tobby replied at 6-5-2019 02:28 PM
Good one. Berdekah aku gelak. Reformasi !!!!

Syukurrrr sekarang rakyat dah x susah,tol free, boleh balik kg raya nanti  dgn aman hahahaha..

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.246364s Gzip On
To Top