Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Gara-Gara Komen Hina Wanita, Doktor Rakyat Malaysia Digantung Tugas Di Australia

Oleh: Tukang Tulis|30-4-2019 04:40 PM Komen: 31
Christopher Kwan Chen Lee digantung tugas kerana memberi komen tidak senonoh dalam media sosial. Kredit foto: Coconuts KL

Seorang doktor rakyat Malaysia, Dr. Christopher Kwan Chen Lee yang bekerja di sebuah hospital di Australia digantung tugas kerana memberi komen tidak senonoh terhadap wanita dan berbaur perkauman dalam media sosial.

Memetik laporan Coconuts KL pada 29 April, dia didakwa membuat kenyataan seperti "wanita memang patut dirogol" menerusi forum dalam talian yang popular di Singapura, Hardwarezone.

Christopher yang menggunakan nama samaran 'nachtsider' juga dikatakan pernah menghina mangsa-mangsa tsunami di Indonesia dengan menulis "jangan buang masa membantu bangsa yang tidak mengenang budi itu."

Christopher menggunakan nama samaran 'nachtsider' semasa menulis komen dalam forum Hardwarezone. Kredit foto: Carian Google

Dia turut didakwa pernah menyifatkan wanita Singapura sebagai "golongan paling materialistik, manja dan pentingkan diri yang pernah ditemui" manakala wanita Cina pula dianggap sebagai "haiwan yang licik dan tidak berhati perut."

Netizen yang membantah perbuatan biadab Christopher itu meluahkan kemarahan mereka dalam laman Facebook Eastern Health iaitu hospital di mana dia bekerja.

Komen netizen dalam laman Facebook Eastern Health. Kredit foto: Coconuts KL

Eastern Health dalam satu kenyataan memberitahu, Christopher tidak akan kembali bertugas di hospital itu sehingga siasatan terhadapnya selesai.

"Kami ingin memaklumkan bahawa Eastern Health memandang serius terhadap isu kelakuan tidak profesional ini," jelas Eastern Health.

Selepas disiasat oleh Tribunal Pengamal Perubatan (Tasmania), Christopher digantung tugas selama enam minggu dan hukuman itu berkuat kuasa untuk semua hospital di Australia.

Keputusan Tribunal Pengamal Perubatan (Tasmania) yang menggantung tugas Christopher selama enam minggu. Kredit foto: Bill Madden's Wordpress

Harap Christopher tidak diambil bekerja di Malaysia pula kerana sikap biadabnya itu dikhuatiri boleh mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote shernazz 1-5-2019 08:40 PM
CharlesDera replied at 1-5-2019 03:27 PM
bukan saya soghang ja tau benda ni...semua yang peghenah jadi patients kat spitai selayang pun hab ...

Hahhaa
Iols mmg.idok.le nak.ke selayang tu
Sebab jauh bebenor dari tempat iols..

Lain-lain Komen

Quote Trunkk_ZZ 30-4-2019 04:46 PM
komen heols pasal umah leluhur, umah mainland & umah kaisu tu macam isi hati rakyat Tanahairku jer kan
nasib la uols, terlampau lantang, simpan dalam hati dah ler
Quote kroit92 30-4-2019 05:24 PM
doktor racist, kan dah kena. langgar kod & etika
Quote auntyacid 30-4-2019 05:58 PM
lepas satu2 rakyat malaysia buat masalah kt aussie... adoi... duk tempat org ke mana2 ke x leh ke buat perangai leklok skit
Quote jalfa 30-4-2019 06:02 PM
Dasarrrr....mohon merepot di ausie
Quote damsel_fiji 30-4-2019 06:04 PM
aint life grand katanya

ujung2 cash jugak ko dek..selayaknyalah
Quote Aerhys 30-4-2019 06:09 PM
I salute the justice system in australia. Sementara itu di sebuah negara "islam" seperti malaysia, malah di forum cari pun, ramai saja bebas sesuka hati bagi komen racist lebih dasyat daripada lelaki itu. Yg komen wanita seksi layak dirogol pun aman2 saja. Yg terang2 scammer berulang kali pun boleh terlepas ke australia. Yg seludup child porn pun hanya kantoi di australia. Standard ethics and moral malaysians masih di tahap sampah. Sungguh memalukan apabila orang luar pandang malaysia as a problematic country with problematic people kerana manusia2 seperti itu.
Quote airmineral 30-4-2019 07:12 PM
Meminta sangat ayat2 dia tu
Camana la dia ni treat patient dia
Adakah double standard ?
Quote CharlesDera 30-4-2019 07:26 PM
Aerhys replied at 30-4-2019 06:09 PM
I salute the justice system in australia. Sementara itu di sebuah negara "islam" seperti malaysia, m ...

report la polis....dengan hang2 sekali kita angkut..hang pun ada ja mempertikai agama orang len.....satu website dengan owner2 kita angkut sebab omit nak kawai jari hangpa meluah perasaan dan menunjuk bowdow dalam mempertikai agama orang len......wakakakakkakakakakakakakak
Quote CharlesDera 30-4-2019 07:27 PM
airmineral replied at 30-4-2019 07:12 PM
Meminta sangat ayat2 dia tu
Camana la dia ni treat patient dia
Adakah double standard ?

hang pi spitai pakaq selayang tengok dr2 sepet tu treat hang...kalau hang Melayu or non-sepet la...wakakakakakkakakkakaka
Quote onexox97 30-4-2019 07:49 PM
Guna Nick name pun kena ke
Quote Austranesia 30-4-2019 08:17 PM
apabila dokter cina lelaki rasis sama perempuan cina..
Quote Aerhys 30-4-2019 08:18 PM
CharlesDera replied at 30-4-2019 07:26 PM
report la polis....dengan hang2 sekali kita angkut..hang pun ada ja mempertikai agama orang len... ...

Bila masa pula saya mempertikaikan agama lain? Mengutarakan pendapat dan mengkritik dgn konstruktif pun kamu tak boleh nak bezakan dgn ayat memaki hamun dan menghina seperti kamu kah? Ppl criticize because they want changes. Kalau kamu mahu jadi seperti lembu ditarik hidung dgn tali sampai tak boleh berfikir sendiri terpulanglah. Kamu ni teruk sangat racist ke hulu ke hilir panggil kaum lain sepet lah, rentung lah. Its very offensive seperti blacks pun tak suka dipanggil nigger oleh non blacks. Itu pun kamu tak ada sensitiviti dan kesedaran sivik tapi ada hati mahu orang lain hormati kamu and your so called religion. Mulut bertasbih agama tapi selalu tonton porn kan sebab kamu pernah komen lucah. Hipokrit!
Quote CharlesDera 30-4-2019 08:24 PM
Aerhys replied at 30-4-2019 08:18 PM
Bila masa pula saya mempertikaikan agama lain? Mengutarakan pendapat dan mengkritik dgn konstrukti ...

konstruktif? pi report polis...semua komen polis siasast...hang punya komen ja dah banyak pertikai agama orang len....jom jom....nak tau konstruktif dak mahkamah bicara jom...wakakakkakakakakakakaka
Quote Aerhys 30-4-2019 08:29 PM
CharlesDera replied at 30-4-2019 08:24 PM
konstruktif? pi report polis...semua komen polis siasast...hang punya komen ja dah banyak pertikai ...

Tak ada masa nak melayan komen kamu lah. Selama ini saya diam sahaja tapi kamu ni semakin melampau and you just provoked me. Ppl know your comments are more insulting here tapi mereka pun tak ada masa nak melayan kamu. Its an eyesore really and mencacatkan forum. Good bye and have a good day!
Quote Aerhys 30-4-2019 08:32 PM
Dan dia bercakap seolah olah yakin benar saya ini kafir lol. Tak apalah, saya serahkan pada tuhan saja utk tentukan balasannya sebab menuduh tanpa bukti dan bersangka buruk. Konon dia sajalah yg betul. Tuhan maha mengetahui dan maha adil.
Quote honeybee1802 30-4-2019 08:33 PM
Mcm dr psycho ja mamat neh... Elok la dikurung...
Quote CharlesDera 30-4-2019 08:35 PM
Aerhys replied at 30-4-2019 08:29 PM
Tak ada masa nak melayan komen kamu lah. Selama ini saya diam sahaja tapi kamu ni semakin melampau ...

dah hina2 pertikai agama orang lain dengan komen2 sampah hang nak kata hang punya komen konstruktif....tu belum lagi dengan andaian hipotetikal tentang permasalahan dengan sindiran2 berbaur kebencian agama yang hang dan kawan2 hang da buat dekat sini...sebab tu saya tak perenah gentaq kalau ada yang nak report polis...sebab satu website dengan owner2 sekali kita boleh angkut pi balai pi mahkamah....silap2 jadi landmark case on internet freedom of speech on religion......wakakakakakakakakakakakakakaka
Quote CharlesDera 30-4-2019 08:36 PM
honeybee1802 replied at 30-4-2019 08:33 PM
Mcm dr psycho ja mamat neh... Elok la dikurung...

tau la lubang idong dia luaih...jangan la kata dia psycho...wakakakakakakakakkakaka
Quote Jorja 30-4-2019 08:38 PM
Haah ain't life grand Tu kelakar

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.131858s Gzip On
To Top