CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Majikan Di UK Mahu Haramkan Berjabat Tangan Di Tempat Kerja

29-4-2019 05:23 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2491| Komen: 10|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Majikan-majikan di United Kingdom (UK) mungkin mempertimbangkan penguatkuasaan larangan berjabat tangan khususnya antara pekerja lelaki dan wanita di tempat kerja.
Berjabat tangan antara pekerja lelaki dan wanita mungkin dilarang di UK. 

Kredit foto: Independent

Majikan-majikan di United Kingdom (UK) mungkin mempertimbangkan penguatkuasaan larangan berjabat tangan khususnya antara pekerja lelaki dan wanita di tempat kerja.

Memetik laporan Metro.co.uk, langkah itu bakal diambil bagi mengelakkan berlaku insiden gangguan seksual yang seterusnya akan melibatkan kos yang tinggi.

Kajian yang dijalankan mendapati tiga daripada empat pekerja di UK mahu larangan sepenuhnya dikuatkuasakan terhadap sentuhan fizikal di tempat kerja.


Perbuatan menyentuh bahu rakan sekerja berlainan jantina boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. 

Kredit foto: Carian Google


Menurut pengarah bersekutu firma rundingan sumber manusia Peninsula, Kate Palmer, sukar untuk dinyatakan sama ada larangan terhadap berjabat tangan sebagai sesuatu yang keterlaluan.

"Mereka mungkin berkata tidak boleh bersentuhan langsung kerana larangan ini menghilangkan segala ketidakpastian.

"Ia menjadi mudah tetapi menghilangkan unsur hubungan kemanusiaan dan itu sesuatu yang menyedihkan," jelasnya.

Beliau memberitahu, majikan perlu memikirkan sedalam-dalamnya tentang pelaksanaan dasar mengenai sentuhan fizikal dan memastikan semua pekerja mereka diberi pendedahan secukupnya.


Islam mempunyai garis panduan dalam interaksi antara lelaki dan wanita. 
Kredit foto: WikiHow

Adakah peraturan serupa harus dikuatkuasakan di Malaysia kerana Islam melarang lelaki dan wanita yang tidak mempunyai pertalian darah dan ikatan perkahwinan untuk bersentuh kulit. - CARI

5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapeka 29-4-2019 07:06 PM
elok la macam tu
motip nk kena salam2?
salam sesama gender sudah
Quote hussaini4675 29-4-2019 07:10 PM
sapeka: elok la macam tumotip nk kena salam2?salam sesama gender sudah


Kalau msia cadangkan buat camni, terpekik terlolong puak2 siti kasim
Quote white_musk 29-4-2019 09:21 PM
Salam tidak boleh tetapi bermukah boleh
Quote CharlesDera 29-4-2019 09:59 PM
feminis sudah menang...wakakakakakakakakkakakakaka
Quote kroit92 30-4-2019 05:29 AM
aku lelaki dengan lelaki pun liat nak salam
germaphobia
tapi tak teruk lagi la. still, aku penggeli

aku jenis kerap ke toilet, basuh tangan guna sabun.
kadang2 siap bawak sabun kecik dalam beg, takut toilet awam tak prepare sabun or sabun habis or geli nak tekan pemicit sabun
hand sanitizer lagi..

lagi2 time raya, kena salam sana-sini, lemahnya laaa
boleh tak tunduk-tunduk je macam orang jepun
Quote batmana 30-4-2019 06:46 AM
kroit92 replied at 30-4-2019 05:29 AM
aku lelaki dengan lelaki pun liat nak salam
germaphobia
tapi tak teruk lagi la. still, a ...

Kamu Kene rajin join jemaah uruskan jenazah.belaja mandikan jenazah..geli .tu semua perasaan aja.
Kalaulah salam pun geli..camnr nk mandikan jenazah ayah ,anak dlln?lelaki Kene jadi pemimpin.
Quote turboturtle 30-4-2019 07:12 AM
Tak boleh dilaksanakan di Malaysia, nanti ada beruk beruk kepanasan melaungkan kote tak berbalut mudah terangsang.

BTW lelaki tak boleh sentuh perempuan, perempuan je berhak sentuh lelaki.
Quote kroit92 30-4-2019 05:19 PM
batmana replied at 30-4-2019 06:46 AM
Kamu Kene rajin join jemaah uruskan jenazah.belaja mandikan jenazah..geli .tu semua perasaan aja.
...

ada pengalaman, jangan risau
aku penggeli sebab germaphobia. GERMAPHOBIA. sila gugel kenapa ada orang ada germaphobia ni
bukan geli suka-suka ok. tu gedik namanya
aku buang sampah jugak, kucing kencing berak aku bersihkan jugak, terjun masuk kebun menebas,
tolong uruskan jenazah pun pernah jugak. reti nak bezakan yang mana kena tahan, yang mana tak
tapi kalau takat salam-salam merata orang ni, idok lerr
Quote tobby 30-4-2019 05:24 PM
Sexual harassment ni mcm2 cara...melalui jelingan pun blh kena caj. Melainkan ppuan tu pun respond. Tp nx time bila dia marah dia blh caj anytime. Blh kena buang kerja. Klu x kena buang pun nama dah tarnish ...org panggil pervert.
Quote sharlenetexas 30-4-2019 05:30 PM
Akak siti kasim tak merempan ke uk ke arah kelobaian?

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.072287 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top