CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Membazir, Dah Terlampau Kaya Ke?' - Netizen Terkejut Hartawan Beli Lemang Naik Helikopter!

27-4-2019 09:37 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 17805| Komen: 102|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Lemang To’Ki, tetapi bagi penggemar menu tempatan lemang ini sememangnya pilihan ramai kerana rasanya yang berlemak dan teksturnya yang lembut dan padat.
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Lemang To’Ki, tetapi bagi penggemar menu tempatan lemang ini sememangnya pilihan ramai kerana rasanya yang berlemak dan teksturnya yang lembut dan padat.


Kredit foto: Twitter / Carian Google

Tidak hairanlah ada yang sanggup datang dari jauh ke Bentong, Pahang hanya kerana ingin membeli Lemang To’ki ini. Walaupun pernah mencetuskan berita kerana diarahkan tutup sementara oleh Kementerian dua tahun dahulu kerana gagal mematuhi aspek kesihatan tetapi pemilik restorannya kembali bangkit menjadi menu pilihan ramai.




Baru-baru ini, beberapa netizen terkejut apabila sebuah helikopter dilihat mendarat berdekatan premis restoran itu. Dipercayai, penumpang helikopter itu adalah pelanggan kepada restoran lemang tersebut.


Kredit foto: Twitter

‘Dah terlampau kaya ke, beli lemang pun naik heli?’ seloroh netizen yang sempat merakam kedatangan helikopter tersebut.


Kredit foto: Twitter

Beberapa orang lagi memberi komen bahawa helikopter itu pernah dilihat mendarat di situ beberapa kali. Ada yang berspekulasi mengatakan pemilik restoran pernah ditemu bual Astro dan memberitahu sering membawa tetamu datang dari jauh dengan helikopter untuk merasa lemang.


Kredit foto: Lemang To'Ki / Carian Google

Sebilangan lagi melaporkan mereka pernah melihat helikopter sama berdekatan sebuah restoran ikan patin yang popular. 


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Walaupun ramai yang mempersoalkan tindakan itu satu pembaziran, ada juga yang menyokong dengan mengatakan pemiliknya pasti seorang yang berkemampuan dan wajar untuk menikmati kekayaannya.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Adakah ini satu pembaziran bagi anda? Dan siapakah agaknya hartawan pemilik helikopter tersebut? - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 27-4-2019 09:48 AM
Kalau org Kaya eloklah dia berbelNja
Pakcik jual lemang tu kaya
Quote Perk77 27-4-2019 09:50 AM
Aku kalau ade Heli pun Aku Naik je utk gi mana2..tak payah hadap jem...lagi2 nk balik kg time raya
Quote Sang_Pencinta 27-4-2019 09:52 AM
Aku pun teringin kaya ke mana-mana naik helli
Quote missDollie 27-4-2019 09:56 AM
Perlu ke komen sikit2 menbazir..membazir level kau bukan sama dengan level orang have2..dah rezeki dia lebih ke situ..dia rajin usaha, pandai cari peluang..dapat la beli lemang naik heli..kalo aku pun nakkkk!!!
Quote Perk77 27-4-2019 10:06 AM
missDollie replied at 27-4-2019 09:56 AM
Perlu ke komen sikit2 menbazir..membazir level kau bukan sama dengan level orang have2..dah rezeki d ...

Kannan...sikit2 ckp membazir....entah yg ckp Tu dpt duit lebih sikit ..Dr oppo tukar iPhone terus....
Quote nisako 27-4-2019 10:08 AM
wow bestnye.....
Quote farlis 27-4-2019 10:20 AM
Komen org dengki, mcm tu lerrr...
Quote cahaya_almas 27-4-2019 10:26 AM
Glemer betul kedai ni..tp mmg lemang dia sdp pun.....cuma skrg ari mggu beratur je selalu...i nk singgah pn jd malas....huhu
Quote Sang_Pencinta 27-4-2019 10:35 AM
cahaya_almas replied at 27-4-2019 10:26 AM
Glemer betul kedai ni..tp mmg lemang dia sdp pun.....cuma skrg ari mggu beratur je selalu...i nk sin ...

Betul ke sedap? tak try lagi jauh plak nak ke Bentong demi lemang
Quote Artemesiaa 27-4-2019 10:50 AM
Ikut suka dia ler nak datang naik apa bukan dia suruh orang lain tolong bayarkan tambangnya pun.  
Quote lee_sakura 27-4-2019 10:58 AM
Aku pnh beli lemang tokki ni, rendang basi beb...mmg xkn beli lg la lps ni
Quote aleesyasofia 27-4-2019 11:11 AM
dah kaya dan mampu.. ikut dialah..
Quote umbut 27-4-2019 11:31 AM
Yg cakap membazir.. ko tu miskin memangler membazir. Dengki ngan org kaya. Apa salah org kaya naik heli.
Quote kucingitam 27-4-2019 11:52 AM
baby pian kot yg naik heli tu..
Quote shernazz 27-4-2019 12:06 PM
Iols.pelik...semua dikatakan membazir la..derma lah..
Entah entah rn50k tu cm rm10 kita ni je..
Quote prettyuglybabe 27-4-2019 12:15 PM
macam video lama..
owner mofaz ke katanya..
tak ingat dah..
memang dia kaya raya..
suka hati dia la nak beli heli ke apa..
anyway rendang toki ni tak sedap pun pada i..
banyak sampah dari isi..
dah la kasar-kasar..
makan mesti ada serai terselit..
cam mana la taste orang yang kata sedap sangat tu..
Quote hasniey 27-4-2019 12:17 PM
Dia mampu xpelah.lg pon xguna duit rakyat
Quote cahaya_almas 27-4-2019 12:20 PM
Sang_Pencinta replied at 27-4-2019 10:35 AM
Betul ke sedap? tak try lagi jauh plak nak ke Bentong demi lemang

Mmg sdp...i bkn org pahang..jd mmg lemang bukan mknn i time raya....tp sbb keje kt phg setiap kali raya or majlis2 khas lemang msti ada....jd try lah...bias nk abis sepotong pn tk lepas...keras lah..tk msklah...tp bila try lemang toki ni...lembut je..mcm makan pulut pg...n berlemak2 ..haha...stkt 2 3 potong tu boleh abis....kalau tk tak kanler bersusun org beratur pd hjg mggu.....time nk dekat ry tkyah citer lah..semua pakat cari lemang ni.....tp i tk join lah beratur...biasa kalau nak makan i pegi time tkde org .time ramai beratur i terus je belah..tk kuasa nak menunggu...hehe
Quote cahaya_almas 27-4-2019 12:21 PM
lee_sakura replied at 27-4-2019 10:58 AM
Aku pnh beli lemang tokki ni, rendang basi beb...mmg xkn beli lg la lps ni

Tak pernah pulak i dpt yg basi...mgkn nasib u tk baik hari tu....

Lihat semua komen(102)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074865 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top