Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Tidak Pernah Dalam Sejarah Malaysia, Wanita Rogol Lelaki' - Peguam Bidas Logik Drama Tempatan

29-4-2019 12:23 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 78

Seorang peguam membidas jalan cerita dalam episode terakhir drama bersiri Nur 2 apabila seorang watak perempuannya (Juita) ditahan kerana didakwa merogol seorang watak lelaki (Ustaz Adam). 

Kredit foto: Carian Google
Menurut penguam, Nor Zabetha yang dipetik melalui Facebook Tanya Peguam Anda, walaupun memahami drama itu hanyalah fiksyen, ianya perlu diolah dengan tepat supaya tidak merosakkan fahaman awam.


Kredit foto: Carian Google
"Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang wanita ditangkap didakwa atau disiasat kerana merogol lelaki, selama 10 tahun saya beramal sebagai peguam," tulisnya. Oleh itu babak Juita ditangkap kerana merogol Ustaz Adam adalah salah dari segi perundangan negara kita," tambahnya.


Kredit foto: Carian Google
Menurutnya lagi , dalam Kanun Keseksaan, definisi rogol di bawah Seksyen 375 ialah apabila pelaku (his/lelaki) mengadakan hubungan seks dengan mangsanya (her/wanita) tanpa kerelaannya, dan bukan sebaliknya.

Polis dalam cerita itu juga dikatakan kurang mengetahui perundangan apabila tidak menegur kesilapan Ustaz Adam ketika beliau membuat laporan.


Kredit foto: Facebook
Untuk memperbaiki jalan cerita, peguam Nor Zabetha berkata penulis skrip sepatutnya boleh menggunakan perbuatan Juita yang memasukkan dadah dalam minuman Ustaz Adam untuk membuat laporan dan dakwaan dan bukannya merogol.

Sebagai maklumat tambahan, peguam itu juga memuatnaik petikan undang-undang yang berkaitan untuk membuktikan hujahnya.



Kredit foto: Facebook
Nampaknya, begitu hebat penangan Nur 2 sehinggakan para peguam juga berminat untuk mengkaji ketepatan jalan ceritanya.  Sebelum ini, banyak babak dalam drama tempatan dipertikai jururawat dan doktor kerana menggunakan terminologi dan rawatan yang salah ketika adegan di hospital. 


Kredit foto: Carian Google
Persoalannya, perlu ke drama tempatan ambil kira faktor logik atau cukuplah sekadar untuk menghiburkan penonton? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
5
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
5
Bosan
7
Komen: 78
Komen

Previous : Mengujakan! Belum Mula Tayangan Tapi 'Avengers: Endgame' Sudah Pungut RM10 Juta!

Next       : #DontSpoilTheEndgame Trending, Bintang Sukan Dikecam Kerana Bocorkan Jalan Cerita Avengers:Endgame

Komen Terbaru

Quote Minami2013 6-7-2019 07:30 AM
So i rase lacking dari segi perundangan Malaysia lah kalo gitu. Kat oversea, berlambak kes lelaki dirogol wanita.

Lain-lain Komen

Quote Victorioussss 29-4-2019 12:29 PM
Abis sape nk membela nasib2 lelaki y dirogol dgn rakus oleh pompuan2 kt luar tu?
Kesamarataan gender  dafuq mcm ni

Inb4 iols rela jah diratah juwita. Erm
Quote Sang_Pencinta 29-4-2019 12:30 PM
Edited by Sang_Pencinta at 29-4-2019 12:32 PM

Drama tempatan mana pentingkan logik? Paling tak boleh lupa Anita Sarawak pegang watak gadis kampung mekap berkilo kilo
Quote Sang_Pencinta 29-4-2019 12:33 PM
Victorioussss replied at 29-4-2019 12:29 PM
Abis sape nk membela nasib2 lelaki y dirogol dgn rakus oleh pompuan2 kt luar tu?
Kesamarataan gende ...

Kalau rela dan cukup umur bukan rogol  namanya bang
Quote bemyself 29-4-2019 12:34 PM
Halah..halah..halah...drama je ponnn...x yah nk beriye2 sngat la weiii...
Kalau ada pon...ada ke lelaki dlm msia ni yg berani nak tampilkn diri....kecuali Ostad Adam la..kahkahkah..
Quote tobobon 29-4-2019 12:39 PM
meols ingat juita just bagi pengsan ustaz adam ..ala...mcm citer2 drama biasa buat utk perangkap hero katanya..alih2 sheols ckp betul rupanya sheols dipanjat
Quote akumak 29-4-2019 12:52 PM
Ni haaaa Senario The Movie 1999 pun kes wanita jadiperogol bersiri haha
Quote akumak 29-4-2019 12:53 PM
Ni haaaa Senario The Movie 1999 pun kes wanita jadiperogol bersiri haha

https://youtu.be/CiUyQJiDZTQ
Quote duri_durians 29-4-2019 12:53 PM
drama melayu tak sah takde rogol.
Quote YomiuriLandMae 29-4-2019 12:54 PM
mostly drama melayu ni mmg mcm tu la.. bknnya jenis nak buat research btol2.. pakai tangkap muat jer.. drama ni selain as an entertainment, drama jugak patut jadi as medium to educate people.. sbb tu la ramai melayu asyik dok berangan jer.. yela asyik tgk drama2 cinta adaptasi novel..
Quote PocongTerbang 29-4-2019 12:56 PM
Alahai lawyer pon,just sbb tak pernah tgk kes camni depan mata,tak bermaksud tak pernah jadi. Kat luar negara sana berlambak,kat malaysia ni pon mungkin ada,tapi maybe lelaki tu malu nak buat report polis. Yelah,kalau buat report,silap2 kena gelak je dgn polis yg ambil report.
Quote Atata 29-4-2019 12:57 PM
Blh ke lelaki d rogol? Kalau dia x turn on, emm.. Angry bird dia x naik. Layu... So? Camana bleh rogol plk
Quote PocongTerbang 29-4-2019 12:59 PM
Tu yg dalam drama scene perempuan jahat letak ubat tidur,alih2 esoknya lelaki yg termakan ubat tidur tu terbongkang sebelah perempuan yg perangkap dia tu,kira rogol la tu sebab hubungan seks without consent.
Quote RatuDunia94 29-4-2019 01:04 PM
Episod akhir Nur 2 mmg tergesa2..
Dan2 ecah nekad bunuh suami sheols.
Dan2 Uchi nk mengaku hal sebenar.
Dan2 Juita dgn mudah ditangkap polis gara2 "merogol" ustaz adam sedangkan dulu masa bunuh Marzuki boleh terlepas.
Quote sleepandream 29-4-2019 01:20 PM
tapi ada kanun keseksaan utk lelaki yg dicabul kehormatan dan diliwat kan?

iols tak layan drama ni.. mungkin kesalahan hanya pada penggunaan definisi rogol itu saja.
sementelah kalau lelaki dirogol, pandai la peguam mendakwa mengikut kanun yang sesuai.. itu sajork...

mungkin jua peguam yg membidas ni mahukan spotlight... sheols tak layan ke drama law macam How To Get Away With Murders, The Good Wife, etc yang banyak jeh tak follow book law 100%?

Same goes to medical drama macam Greys Anatomy... term2 medical pun ada yg direka2 sendiri..
Quote febreze 29-4-2019 01:22 PM
haiyo lawyer ni...dah tau tu drama je pon, nk ikut lojik ape...dirextor pon da bgtau tu saje je dia letak skrip dirogol juita..sbb marketing jah ponn....haihs ko jah
Quote FY08 29-4-2019 01:27 PM
Drama budak kg miskin..jual kuih..pakai ipong xeran plak
Quote tumpanglalu74 29-4-2019 01:31 PM
https://www.wnd.com/2014/08/39783/

Awas, ade yang lawa dan ade yang hodoh & mengerikan.  Takleh imejin camne nak sodok kalo muke camtu..

Quote Victorioussss 29-4-2019 01:31 PM
Sang_Pencinta replied at 29-4-2019 12:33 PM
Kalau rela dan cukup umur bukan rogol  namanya bang

Lawyer ni ckp xde law untuk pmpuan rogol lelaki sbb istilah y ada hnya lelaki rogol perempuan

So apekah nasib lelaki y dirogol perempuan..xle masuk court ke
Quote SherryZass 29-4-2019 01:38 PM
Ada ke perempuan rogol lelaki ya? Sebab kalau tak rogol pon, dalam keadaan rela pon lelaki nak Hujung2 perempuan jugak bunting

Lihat semua komen(78)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
2.876777s Gzip On
To Top