CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Gosip Socmed Lihat artikel

'Melampau, Baik Bergambar Dengan Kuda!' – Peminat Pertikai Aiman Tino Kenakan Caj Untuk Selfie

27-4-2019 09:47 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9648| Komen: 44|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Bila dah minat dengan seseorang artis, sudah pastilah peminat sanggup membayar harga tiket ataupun CD untuk menikmati nyanyian mereka.
Bila dah minat dengan seseorang artis, sudah pastilah peminat sanggup membayar harga tiket ataupun CD untuk menikmati nyanyian mereka. 


Kredit Foto: Carian Google


Sebab itulah konsert penyanyi luar banyak mengaut keuntungan kerana peminat berpendapat berbaloi untuk berbelanja tinggi bagi menonton persembahan artis kesayangan mereka.


Kredit Foto: Facebook

Bagaimanapun, tindakan penganjur pertunjukan penyanyi muda Aiman Tino mengenakan bayaran untuk swafoto dengan artis itu dikatakan sudah melampau.


Menurut laman Facebook Kota Belud Info, penyanyi itu akan muncul memeriahkan Pesta Lampu di Kota Belud pada 29 April ini. Bagaimanapun, penganjur telah mengambil kesempatan dengan menjual tiket khas VVIP untuk berswafoto dengan penyanyi tersebut. 


Kredit foto: Facebook

Menurut pengumuman itu lagi, tiket adalah terhad dan hanya ditawarkan untuk pembeli terawal. Bagaimanapun, harga tiket istimewa itu tidak dinyatakan dalam iklan dan hanya mengarahkan peminat supaya menghubungi nombor yang tertera.

Iklan berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Beberapa peminat mempertikaikan penganjur dan penyanyi itu yang cuba mengambil keuntungan tambahan.

Malah, rata-rata netizen menyatakan tidak berbaloi untuk mereka membayar harga tinggi semata-mata untuk berswafoto. 


Kredit foto: Facebook

'Selfie pun berbayar ke? Melampau lah, lagi bagus bergambar dengan kuda!' kata seorang netizen.  

'Inilah kali pertama saya melihat promosi seperti ini. Terdesak sangat ke orang Kota Belud?' kata seorang lagi.

Bagaimanapun ada juga peminat yang mempertahankan penyanyi itu dan menyalahkan pihak penganjur. 


Kredit foto: Facebook

'Kalau tak mahu pun, tak payahlah keluarkan kata-kata kesat menjatuhkan maruah orang. Lebih baik diam, jualan tiket selfie ni tak ada paksaan untuk sesiapa pun,' kata mereka menyatakan sokongan kepada Aiman.

Memang tak ada paksaan pun, jika tak berminat tak ada salahnya. Tapi melampaulah untuk mengenakan bayaran hanya untuk berswafoto beberapa saat. Berbaloi ke? Adakah ia salah penyanyi ini atau ketamakan pihak penganjur? - CARI
1

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • MoFirdaus


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawangkecik 27-4-2019 10:06 AM
mungkin cara penyampaian tu salah. maybe lebih sesuai letak meet and greet session ke apa ke
Quote onexox97 27-4-2019 10:16 AM
Bukan blue pun buat jugak
Quote lee_sakura 27-4-2019 10:21 AM
Apa punya pengajur la ni, xpasal2 aimna tino kena kecam...hopefully pengajur tarik balik la pengumuman bayaran tu...show kt kota belud sapa je nk dtg, lain la kalo buat kt kota kinabalu...
Quote LadyCarefree 27-4-2019 10:27 AM
Klau namakan meet&greet ok plak xde nk kecam. Bangang.
Quote Sang_Pencinta 27-4-2019 10:38 AM
Meet and greet kena plak penganjur bayar ectra kpd artis sbb ada acara lain lebih lama
Quote kucingitam 27-4-2019 10:55 AM
back staged ticket ko apo ni.. betoi kata penganjur tu..aiman tno dah setaraf metallica & slipknot dah ni
Quote umbut 27-4-2019 11:40 AM
Dulu2 zaman tok kadok.. ning baizura kena kecam.. nak interview gambar bayar. Yg buat rules pa omputih.. ko ingat ni hollywood
Quote shernazz 27-4-2019 11:58 AM
Cradle of filth pung sapah
Iols igt candle mana lah
Masukkan cult of luna skali
Aiman tino tehtap idaman pojaan ati bbnu
Quote 234126 27-4-2019 02:49 PM
Sumbangan besar to negara? Peringkat antarabangsa? Metalica? Slipknot? Sarcasam ke apa ni hahaha
Quote cicicumel 27-4-2019 02:51 PM
betoi ka video part 2 Aiman ada leaked? PM plz nk tgk he2
Quote biskut_milo 27-4-2019 03:13 PM
"... bergambar dgn kuda di siring jalan"
Quote inspektoremos21 27-4-2019 03:22 PM
Kuda betul ke kude wahid tahi lalat tu?
Quote ikanmasin 27-4-2019 03:46 PM
andu bah di kb ja kan bukan bandar kk..
Quote dua_chzy 27-4-2019 05:01 PM
Tempoh hari Mael XPDC datang tempat hakak takda pon gini. Bayar tiket berapa ringgit ja ntah, dapat la tengok Mael nyanyi. Akak dengar dari rumah ja la. Jelas terang bundurang sebijik studio version suara Mael kat rumah akak.
Quote MoFirdaus 27-4-2019 05:41 PM
X heran la dgn Aiman Tino ni....
Quote RatuDunia94 27-4-2019 05:50 PM
Rasanya kalau Siti buat mcm ni dr dulu.. mmg boleh menjana pendapatan sampai jutaan ringgit.. x payah buat show pon duit masuk ribu riban org nak selfie..
Quote matchstick 27-4-2019 07:41 PM
Baca ayat2 kecaman org sabah bunyi sopan je
Quote Sang_Pencinta 27-4-2019 08:28 PM
matchstick replied at 27-4-2019 07:41 PM
Baca ayat2 kecaman org sabah bunyi sopan je

Sabahan suka kecam dlm lawak dan sarcasm
Quote HannahMontana 27-4-2019 08:34 PM
teringat gambar dia sedang beronani tu sehingga sekarang aku pandang jijik muka aiman tino , lapar tino saja.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072139 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top