CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kerana Rumah Terlalu Semak, Penyamun Tak Jadi Merompak

29-4-2019 11:02 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7692| Komen: 64|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Dua penyamun yang memecah masuk ke sebuah kediaman di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 24 April lalu terkejut dengan keadaan rumah yang sangat semak dan memutuskan untuk membatalkan niat mereka, lapor ...
Dua penyamun yang memecah masuk ke sebuah kediaman di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 24 April lalu terkejut dengan keadaan rumah yang sangat semak dan memutuskan untuk membatalkan niat mereka, lapor akhbar Sin Chew Daily.



Kredit foto: Sin Chew Daily

Dalam kejadian jam 1 petang itu, kedua-dua penyamun dikatakan keliru dengan keadaan rumah yang bersepah itu, di mana barangan di dalam rumah berselerakan di ruang tamu dan di atas tilam di bilik tidur. Tidak cukup dengan itu, perabotnya juga tidak tersusun dengan baik.


Kredit foto: Sin Chew Daily


Kedua-dua penyamun itu dikatakan cuba mencuri televisyen tetapi tidak meneruskan niat mereka kerana menyangkakan rumah itu sudah dimasuki pencuri lain. 

Tuan rumah, Ang, 77, yang baru pulang tergesa-gesa masuk ke dalam rumah apabila melihat sebuah kereta putih diletakkan di hadapan rumahnya sebelum terserempak dengan kedua-dua pencuri tersebut meluru melarikan diri.


Kredit foto: Sin Chew Daily

Lebih melucukan, mereka sempat bertanya "Ini rumah kamu ke?" kepada tuan rumah sebelum melarikan diri.

Ang kemudiannya membuat laporan polis. Menurutnya, ini bukanlah kejadian pertama. Sebelumnya, rumahnya telah dimasuki pencuri beberapa kali dengan memecahkan tingkap. 

Sebab itulah Ang berkata dia tidak suka mengemas barang dan tidak menyimpan sebarang barangan berharga di dalam rumahnya.


Kredit foto: Sin Chew Daily

Polis bagaimanapun mengesahkan nombor plat kenderaan yang digunakan pencuri itu sebagai palsu, lapor Sin Chew Daily.

Nampaknya, petua baru Encik Ang untuk mengelak kecurian menjadi. Tapi, mampukah kita untuk hidup seharian dengan rumah seperti ini? - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • edmorita79

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 29-4-2019 11:08 AM
Rumah macam ni bukan setakat pencuri tak mahu masuk, hantu dan setan pun tak berkenan nak melepak kat situ.
Quote MissVixen 29-4-2019 11:11 AM
Tuan dia sanggup duduk situ. Tak serabut ke?
Quote Artemesiaa 29-4-2019 11:17 AM
Jenis hoarder dan pemalas macam tu lah rumah mereka perompak pun boleh pening nak lihat apa pun cadar tetap shark du du
Quote moonbug 29-4-2019 11:18 AM
Tuan rumah cari barang sendiri pun tak jumpa kalau macam ni
Quote card_reader 29-4-2019 11:20 AM
hahahaha....teringat aku masa gi melawat sebijik rumah di georgetown, aku kata kalo pencuri masok mmg dia letak balek barang yg dia nak curi kalo tgk rumah mcm tongkang karam mcm nie

rupa2 nya ada, pencuri x jadi mencuri sebab rumah semak....
Quote pavlovachoc 29-4-2019 11:20 AM
x susah ke nak jln ngn barang x tersusun tu
Quote tri-max 29-4-2019 11:24 AM
siap tanya owner lagi utk kepastian
adoiiiila penyamun ni
mesti penyamun jenis OCD
Quote LautBiru52 29-4-2019 11:26 AM
Hahahahaha lawak pulak pencuri ni.
Quote R2D2 29-4-2019 11:42 AM
minta mana2 NGO jgn memandai buat program gotong royong di rumah ni
menghabiskan boreh ja
Quote namieamuro 29-4-2019 11:44 AM
sempat lg ye penyamun tnye soalan mcm tu

'better' sikit jela rumah ni compared dgn rumah yg berhimpit ramai2 adek bradek tu smpi tayar motor pun ade kt dapor..oh dgn rumah yg kt melaka tu..pampers setiap ceruk
Quote RatuDunia94 29-4-2019 11:46 AM
Iols kalau masuk rumah ni confirm pening terus pengsan.. nauzubillah.. sapah seketul keciknkat lantai rumah pon iols dh rengsa..
Quote Sang_Pencinta 29-4-2019 11:47 AM
Lawak, siap disindir penyamun lol
Quote zaziot 29-4-2019 11:50 AM
HEHEHEHEHE..KELAKAR PULAK NEWS NI
Quote prettyuglybabe 29-4-2019 11:57 AM
so kalau nak pi holiday lama boleh ikut tips ni ke cam mana?
Quote jetrofa 29-4-2019 12:02 PM
semak bersepah dgn barang je.. klu perhatikan dinding lantai tu nmpak bersih tak berkerak
Quote Kejora927 29-4-2019 12:05 PM
Haha pemalas punye pencuri ..!
Quote ekselen 29-4-2019 12:11 PM
Tuan rumah kata terpaksa sepahkan rumah dan x letak brg2 berharga sbb umahnya dh byk kali dimasuk pencuri...kesian pulak,terpaksa hidup mcm tu...
Quote R2D2 29-4-2019 12:13 PM
aku pernah pergi area flat PPR
kusyen buruk pun diangkut letak depan rumah kawasan flat tu
giler
mana la tak nmpk rumah PPR bersepah!
Quote sukacactus 29-4-2019 12:20 PM
Ayat perompak ' Rumah kamu ke ni? Lain kali kemaskan la sikit. Senang sikit kami nak buat keje'

Lihat semua komen(64)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.090501 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top