CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Mengaku Cucuh Dua Anak Kawan Dengan Penyepit Besi Panas

26-4-2019 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2452| Komen: 14

Description: Seorang wanita mengaku tidak bersalah mendera dua anak rakannya hingga melecur pada bahagian kaki, tahun lalu.
Seorang wanita mengaku tidak bersalah mendera dua anak rakannya hingga melecur pada bahagian kaki, tahun lalu.

Harian Metro melaporkan, pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.




Mahkamah menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.

Tertuduh berusia 37 tahun yang juga penjual minyak wangi itu didakwa sengaja mendera dengan mencucuh penyepit besi panas ke atas dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun enam bulan dan sembilan tahun lima bulan.

Akibat perbuatan tertuduh, kedua-dua mangsa melecur pada bahagian kaki kiri dan kanan.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku di sebuah bilik hotel di Kuchai Maju 2, Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields, Kuala Lumpur, jam 12 tengah malam, antara 11 Jun hingga 29 Oktober 2018.

Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI


Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 26-4-2019 06:23 PM
Apa bengong ya dera anak orang..
Mereput lah kau di dalam penjara
Quote passwork 26-4-2019 06:33 PM
shernazz replied at 26-4-2019 06:23 PM
Apa bengong ya dera anak orang..
Mereput lah kau di dalam penjara

Td aku tbayang cerita cikgu kat fb. Mak budak2 tu lesbian.
tp tbila baca tempat kejadian.. aku anggap, pendera ni org lain la.
Quote arm_band 26-4-2019 06:34 PM
kena follow bicara ni. rasanya cerita pasal mangsa 2 orang tu dah viral baru2 ni. kalau betullah cerita viral tu kes ini, harap2 ada pertuduhan tambahan kat pompuan tak guna nih
Quote shernazz 26-4-2019 06:37 PM
passwork replied at 26-4-2019 06:33 PM
Td aku tbayang cerita cikgu kat fb. Mak budak2 tu lesbian.
tp tbila baca tempat kejadian.. aku an ...

Yang alia tu ke..yg kena dera dgn pengkid?
Huhu...kesian kan..sure trauma bebudak.ni
Quote jazaa100 26-4-2019 07:32 PM
Nak tgok gmbar pompuan pendera ni....

Gomok ke kurussss.....
Quote passwork 26-4-2019 08:16 PM
shernazz replied at 26-4-2019 06:37 PM
Yang alia tu ke..yg kena dera dgn pengkid?
Huhu...kesian kan..sure trauma bebudak.ni

A.ah..
tp yg ni mcm bukan kes alia kot.
kalau pun bukan.. rs mcm sedih sgt. Sbb dh ada dua 'alia'.. kesian budak2 ni. Nk hadap masa dpn msg2
Quote ikanmasin 26-4-2019 09:02 PM
aduhai kenapa lah geram sungguhlah akk ..mcm berjangkit2 pl
mendera anak2 ni..ni kwn mak yg mendera mmg benggong sungguhla
Quote nuyunnisa 26-4-2019 10:08 PM
Ini kes Alia n Aimi beb.Mak dia lepas kena denda RM 6k je..babah pengkid dia ni yg kena bicara n plead not guilty.bole follow kisah alia kat FB cikgu Fadli.gila otak punya mak.kena  dera 2 tahun ko..fizikal n mental.alih2 tu je yg mak dia dapat.
Tak dapat aku bayangkan Alia ni dapat lari dr rumah neraka n cari nenek dia dr Kuchai Lama ke Gombak.minta sedekah..naik lrt sendiri.syukur sampai juga.nenek dia pon hampir tak nenal cucu sebab bnyk sangat perubahan kesa daripada di dera.Alhamdulillah both alia n aimi is recovering.tapi trauma tu masih ade

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2320101461344769&id=100000348124684
Quote asfaz 27-4-2019 04:41 PM
Alia n Amie tu kena kencing tikus  ikut pada post cikgu. Bilik air tu kompom kotor jijik. kesian Alia sampai jari pun takleh nak lurus betol. tangan dah macan tangan dewasa.
Tak setimpal langsung denda Rm6k kat emak dia tu. Kejam. Dera anak, tak sekolah kan anak.
Quote asfaz 27-4-2019 04:43 PM
nuyunnisa replied at 26-4-2019 10:08 PM
Ini kes Alia n Aimi beb.Mak dia lepas kena denda RM 6k je..babah pengkid dia ni yg kena bicara n ple ...

Pengkid ni ada anak lelaki kan. Tpi anak dia tak kena apa apa. Alia dengan Aimi aje. lawa Alia dan Aimi ni walaupun diblurkan muka.
Quote rina0602 27-4-2019 05:17 PM
Aku tak faham la mana pergi naluri seorang mak tu..Kau tak penat ke mengandung, lahirkan anak kau tu. Tak bela langsung anak sendiri dari kena dera. tambah kau dera lagi. Anak sendiri tidur kat bilik air. Ye pun benci kat ayah dia jangan lah buat anak sendiri macam tu

Esok2 kau dah tua, anak juga yang kau harapkan
Quote Elle_mujigae 27-4-2019 05:21 PM
Kesiannya.... tak terbayang sakit yg budak2 ni hadapi... byk org mental sekarang ni..
Quote Kiahlemau 27-4-2019 06:09 PM
rina0602 replied at 27-4-2019 05:17 PM
Aku tak faham la mana pergi naluri seorang mak tu..Kau tak penat ke mengandung, lahirkan anak kau tu ...

Berdasarkan citer si kakak...maknya dgn babah pengkid sial tu ngisap dadah....siang malam tak tido2..tu sebab hilang perasaan belas smpi sanggup mendera anak sndiri..elok dimandulkan je
Quote rina0602 28-4-2019 08:11 PM
Kiahlemau replied at 27-4-2019 06:09 PM
Berdasarkan citer si kakak...maknya dgn babah pengkid sial tu ngisap dadah....siang malam tak tido ...


Betul, Memang elok dimandulkan

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.078305 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top