Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Amaran Doktor! Petua Masukkan Bawang Dalam Vajajay Untuk Rawatan Boleh Memudaratkan

26-4-2019 10:51 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 33

Seorang pakar ginekologi hari ini memberikan amaran kepada wanita di United Kingdom (UK) yang masih mengamalkan petua tradisional dengan memasukkan bawang putih ke dalam vagina untuk merawat jangkitan.


Kredit foto: Carian Google

Dr Jennifer Gunther yang juga penulis buku The Vagina Bible membuat peringatan itu dalam beberapa siri status di Twitternya. 

Menurut doktor sakit puan itu, beliau mendapati beberapa pesakitnya masih mengamalkan rawatan kuno itu sehingga terlewat mendapatkan rawatan yang sepatutnya.


Kredit foto: Twitter

'Mengapa masih ada wanita yang menggunakan rawatan memasukkan bawang putih ke dalam vagina? Kononnya bawang putih mengandungi allicin, bahan antifungal,' katanya.


Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, beliau menerangkan sememangnya kajian makmal mendapati bawang putih mengandungi bahan allicin, tetapi ianya perlu melalui proses tertentu terlebih dahulu sebelum digunakan dan bukannya dimasukkan selabu atau seulas begitu sahaja ke dalam vagina.

Mengulas lebih lanjut, doktor itu berkata bahawa bawang putih mungkin mengandungi tanah yang tercemar dengan bakteria dan akan lebih memudaratkan jangkitan sedia ada.


Kredit foto: Carian Google

'Nasihat saya, hentikan tabiat ini dan dapatkan nasihat yang lebih berfaedah daripada pakar,' katanya lagi.


Jadi, buat wanita yang mengamalkan petua ini, sila hentikan sebelum ianya memudaratkan kesihatan anda sendiri. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
5
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 33
Komen

Previous : Tulang Belakang Bengkok, Wanita Cenderung Hidap Skoliosis

Next       : Menangis Boleh Menurunkan Berat Badan, Paling Afdal Jam 7 Malam - Kajian

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 30-4-2019 11:31 AM


Lain-lain Komen

Quote Simunggu 26-4-2019 10:53 AM
aduh rasa bawang pula pembawang ni..
Quote pearl.silver 26-4-2019 11:03 AM
Omputih pun ada jamu insert rupanya
Ingatkn org malaya je yg paling maju ada jamu insert
Quote Sang_Pencinta 26-4-2019 11:19 AM
Tak busuk ke bau bawang?
Quote monreyes 26-4-2019 11:33 AM
ada juga bodohnya omputih ni....
Quote gummygummy 26-4-2019 11:34 AM
pergh confirm lagi bau siot. apooo letak bawang kat vajayyyyna kooooo
Quote Sang_Pencinta 26-4-2019 11:37 AM
Sama je dengan kitalah

Siram daun sirih
Quote Sang_Pencinta 26-4-2019 11:39 AM



Quote dekmieDandy 26-4-2019 11:43 AM
kena mata pon dah nangis guling2, ni gi letak kat situ
Quote puteribaya 26-4-2019 11:45 AM
laa..antifungal rupanya..ingatkan nak halang count drakula dari dekati..
Quote TuntungReturn 26-4-2019 11:45 AM
bawang putih elok utk jantung,kawal gula dalam darah utk pesakit kencing manis. benda ni doktor x bgktaw.. cincang bwg putih seulas. telan sebelum tido. esok pagi cek gula mesti turun
Quote natrahn 26-4-2019 11:53 AM
Ingatkan apa Vajajay tu ..rupanya vagina ... Bahasa planet mana nih sebenarnya Vajajay tu
Quote lasagnaklcc 26-4-2019 11:56 AM
Kalau petua org lama ntah2 org kita pon ada je buat sblm kemunculan antifungal cream, tablet, pencuci semua tu.
Quote nazzse 26-4-2019 11:57 AM
Mendonia bawang putih sekarang.. Nak kurus makan bawang putih, nak trat vjayjay boh bawang putih..naik harga lepas ni
Quote haryatie 26-4-2019 11:58 AM
ada jugak yg bodoh
Quote Sang_Pencinta 26-4-2019 12:10 PM
Korang ingat semua kokosen bijak ke?

Forumner Chazey selalu sebut  kokosens are trash mcm inilah
Quote baghal_bortuqal 26-4-2019 12:23 PM
Edited by baghal_bortuqal at 26-4-2019 12:24 PM
Sang_Pencinta replied at 26-4-2019 11:19 AM
Tak busuk ke bau bawang?


My thoughts exactly.

Walopon aku suka sgt garlic, but off-putting kot bau garlic Masa cat dinding?
Quote prettyuglybabe 26-4-2019 12:29 PM
tak pedih ke..

Quote Mamidingdong 26-4-2019 12:38 PM
bebal sungguh..tumbuk bawang tu pun kita rasa pedih ni kan pulak nak masukkan dlm tut
Quote tumpanglalu74 26-4-2019 12:46 PM
Edited by tumpanglalu74 at 26-4-2019 12:47 PM
natrahn replied at 26-4-2019 11:53 AM
Ingatkan apa Vajajay tu ..rupanya vagina ... Bahasa planet mana nih sebenarnya Vajajay tu

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081605s Gzip On
To Top