CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 9 Aksesori Fesyen Paling Pelik, Bikin Anda Terhibur Melihatnya!

26-4-2019 11:38 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 3366| Komen: 9|Original author: Oleh: nameera

Description: Berfesyen dan memakai aksesori menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan lebih kelihatan cantik. Walau bagaimanapun, ini sangat biasa dan tidak semua orang suka melakukan perkara biasa. Terdapat ...
Berfesyen dan memakai aksesori menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan lebih kelihatan cantik. Walau bagaimanapun, ini sangat biasa dan tidak semua orang suka melakukan perkara biasa. Terdapat juga beberapa aksesori pelik yang telah dicipta, dan jika ia sesuai dengan keperibadian anda, anda mungkin juga boleh memilihnya.


Memetik dari Wonderlist, ini 10 fesyen aksesori paling pelik  dan wujud.

9. Bag TV
Kredit Foto : Wonderlist
TV dalam beg adalah sesuatu yang benar-benar wujud. Ini adalah beg tangan dengan skrin LCD 7 inci dengan kmudahan tempat untuk memasang  DVD, dan memiliki  fail MP3, imej dan muzik.


Hal ini demikian menyebabkan harga beg ini lebih mahal dan bagi mereka yang ingin memiliki beg ini boleh sahaja membeli beg sahaja atau bersama-sama dengan set TV.

8. Barang Kemas Teardrop
Kredit Foto : Wonderlist
Air mata menggambarkan kesedihan, satu emosi yang kita semua mahu mengelakkan. Namun kini ia sudah menjadi aksesori fesyen. Eric Klarenbeek, seorang pereka dari Netherland, ingin mencipta sesuatu yang unik, lantas mencipta perhiasan air mata ini.

Perhiasan ini pada dasarnya kristal yang tergantung dari kanta sentuh. Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, kristal ini akan bersinar dengan indah. Mungkin ada yang dah bosan dengan kanta setuh biasa, apa kata anda cuba yang ini pula!

7. The Denture Bracelet
Kredit Foto : Wonderlist
Bagaimana rasanya jika anda diminta untuk memakai satu set gigi di sekitar pergelangan tangan anda? Adakah anda sanggup?
Iya. Satu set gigi telah diciptakan sebagai gelang, dan ada orang yang telah membelinya. Jadi, jika anda pernah melihat sesuatu seperti ini, jangan terkejut.

6. Mantyhose
Biasanya, wanita boleh memakai pelbagai jenis pakaian yang dipakai oleh lelaki. Bagi wanita yang memakai pantyhose juga adalah sesuatu perkara normal.

Oleh kerana senarai kali ini adalah asksesori fesyen yang pelik, sesuatu yang perlu anda tahu, pantyhose juga kini dipakai oleh lelaki.

Melihat gambar ini? Adakah ia sesuatu yang pelik bagi anda?


5. Botox-Injected Handbags
Kredit Foto : Wonderlist
Seperti yang kita ketahui, botox digunakan segilintir orang terutamanya wanita untuk membuatkan mereka tetap muda.
Untuk itu, bagaimana pula dengan beg yang telah disuntik Botox? 

Seorang pereka Milan, Mauro Orietti-Carella, menjadi terkenal kerana membuat aksesori yang bergaya menggunakan teknologi yang tidak konvensional. Dia mendapati bahawa dengan suntikan silikon disuntik ke dalam  buaya eksotik, burung unta, atau kulit python, ia akan meningkatkan kualiti kulit dan warna akan menjadi lebih terang dan tepu.

Selain daripada kualiti kulit yang bagus, aksesori Oriette-Carella juga unik kerana memiliki kilauan yang menakjubkan, yang mana disalut dengan lapisan 18-karat perak dan campuran debu emas.

4. Alive Around the Neck
Kredit Foto : Wonderlist
Ada yang sanggup nak pakai aksesori ditemani benda hidup seperti ini ke?

Inilah yang dinamakan Alive Around the Neck. Unik betul kan?

3. Barang Kemas Ais
Kredit Foto : Wonderlist
Ia telah dicipta oleh Katharina Ludwig, yang juga membuat perhiasan ais lain seperti anting-anting dan cincin. Ais yang digunakan dalam kalung ini bukanlah hiasan semata-mata. Ia adalah ais asli dan hanya boleh dipakai sekali sahaja kerana ais itu akan mencair.

Sesuai betul kalau nak dipakai dengan cuaca Malaysia yang panas ni kan? Tapi sesudahnya, mahu basah satu baju! Rasionalkah?

2. Nubrella
Kredit Foto : Wonderlist
Bosan menggunakan payung biasa, maka anda harus mendapatkan nubrella sebagai percubaan. Ini adalah payung perlindungan penuh yang boleh dilekatkan pada bahu anda dan tidak perlu susah-susah lagi untuk memegangnya. 

Walaupun kelihatan aneh, ia menyelamatkan bahu dan leher anda daripada hujan dan salji. 

1. Barbie Doll Jewelry
Kredit Foto : Wonderlist
 Ia adalah koleksi perhiasan aneh yang merangkumi bahagian-bahagian badan yang dipotong dari boneka Barbie. Koleksi ini adalah kalung yang telah dibuat menggunakan payudara patung ini, anting-anting yang memaparkan bibir anak patung, dan beberapa anting mempunyai telinga.


Ada yang berminat nak cuba ke? Mana satu pilihan anda? -CARI
11

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 26-4-2019 12:11 PM
Barang kemas ais pastinya tak sesuai dipakai di Malaysia tak sampai sepuluh minit pakai cair semuanya
Quote RatuDunia94 26-4-2019 09:30 PM
X sejuk plak tetek ko pakai kalung ais tu..
Quote buapakperut 26-4-2019 11:33 PM
pelik2 belako.
Quote dreamdaddy 27-4-2019 01:06 AM
tak menggigil ke kopek pakai kalung ais tu
Quote Tudunghitam 28-4-2019 09:22 PM
Haha pelik2 Tak sanggup i nak pakai. Sape la yg brave sgt nak pakai benda2 gini
Quote rainbowrainz 29-4-2019 02:08 AM
X sejuk ke tetek kau tu
Quote tri-max 29-4-2019 08:28 AM
rantai ais tu klu pakai gi kedai mamak save kan
order teh o,  pastu campak rantai dlm gelas
Quote ikanmasin 30-4-2019 11:21 PM
mmg pelik2..
Quote puanbintang 6-5-2019 08:11 AM
gelang gigi tu...ewwww!! tak sanggup nak pakai

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069907 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top