Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Shawn Mendes Sahkan Bakal Adakan Konsert Di Malaysia Oktober Ini

25-4-2019 11:59 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 16

Ketika mempromosikan albumnya pada tahun 2017 dahulu, Shawn Mendes singgah mengadakan beberapa konsert di beberapa negara Asean, bagaimanapun Malaysia tercicir daripada senarai beliau menyebabkan ramai peminat yang menggelar diri mereka 'Mendes Army' patah hati.

Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, kekecewaan itu akan terubat apabila penyanyi itu mengumumkan tarikh untuk World Tour 2019 beliau dan Malaysia telah tersenarai sebagai salah satu daripada lokasinya. Sudah pasti berita ini akan menggembirakan peminat penyanyi lagu Stitches, Mercy, dan banyak lagi lagu hits ini.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusannya, Shawn Mendes akan mengadakan persembahan pada 5 Oktober 2019 ini bertempat di Aziata Arena, Bukit Jalil.

Kredit foto: Carian Google
Inilah kali pertama beliau akan membuat kemunculan di negara kita. Selain Kuala Lumpur, Shawn Mendes juga akan mengadakan konsert di beberapa negara Asean lainnya seperti Bangkok, Singapura, Jakarta, Manila, Macau, dan Tokyo.


Kredit foto: Carian Google
Tiket-tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM258, RM358, dan RM428 dan boleh ditempah lebih awal mulai 25 April oleh ahli kelab peminat beliau melalui Aplikasi ShawnAccess.  Peminat yang lain pula boleh membeli melalui PR Wordwide atau MyTicket.Asia mulai 29 April.



Kredit foto: Carian Google
Sudah pastinya kemunculan Shawn Mendes akan ditunggu-tunggu oleh peminat beliau. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Previous : Jennifer Garner Gesa Ben Affleck Ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak

Next       : Susulan #Freebritney, Britney Spears Nekad Tinggalkan Pusat Rawatan Mental Walau Belum Sihat Sepenuhnya

Komen Terbaru

Quote Orix 26-4-2019 06:15 PM
nak beli tapi tak boleh pilih seat, yiiihhhhh!!!!!

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 25-4-2019 12:13 PM
Bila dah rasa nak sendu baru nak singgah.  Apa pun pasti peminat yang dah lama menanti kedatangan beliau pasti tak sambar nak tengok konsert nya tu
Quote namieamuro 25-4-2019 12:16 PM
bole la akak nazimah pegi..mane tau mimpi jd kenyataan kan
Quote RatuDunia94 25-4-2019 12:31 PM
Kat poster tu gambar jering kude ke??
Quote aijinmisaki 25-4-2019 12:39 PM
namieamuro: bole la akak nazimah pegi..mane tau mimpi jd kenyataan kan


Nazimah minat shawn mendes ke?
Taste hadik2 sangat heshe
Quote ikanmasin 25-4-2019 12:45 PM
namieamuro replied at 25-4-2019 12:16 PM
bole la akak nazimah pegi..mane tau mimpi jd kenyataan kan

kan tiber gitu
Quote namieamuro 25-4-2019 12:46 PM
aijinmisaki replied at 25-4-2019 12:39 PM
Nazimah minat shawn mendes ke?
Taste hadik2 sangat heshe

sheols bermimpikan bdk shawn ni..siap kissing ke peluk..tah iols pn lupe la mimpi akak nazimah ni
Quote Kurex 25-4-2019 01:10 PM
Mesri nazimah tak sabar..
Quote Sang_Pencinta 25-4-2019 01:20 PM
Nazimah mana ni? Nazim Othman ke?
Quote babydoll 25-4-2019 01:27 PM
namieamuro replied at 25-4-2019 12:16 PM
bole la akak nazimah pegi..mane tau mimpi jd kenyataan kan

hahhahahah!! tercapai jugak impian kak nazimah
Quote amyza 25-4-2019 01:53 PM
Paling murah rm258, mesti hujung2 dewan jer. Lagu2 dia best!
Quote umbut 25-4-2019 01:54 PM
Mimpi nazimah jadi kenyataan
Quote borrow 25-4-2019 02:40 PM
hadoi korang .. kelakar
Quote mieymiey 25-4-2019 03:10 PM
HAHAHAHAHA. Nazimah dah beli tiket kettewwww?
Quote aleesyasofia 25-4-2019 03:56 PM
confirm nazimah dtg.. seat dpn sekali dibookingnya nnt..
Quote Sazida 25-4-2019 07:52 PM
Mesti nazimah terkam dia kt backstage nanti. Btw shawn mendes ni gay jgk kan?
Quote Orix 26-4-2019 06:15 PM
nak beli tapi tak boleh pilih seat, yiiihhhhh!!!!!

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092581s Gzip On
To Top