CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Teguran Maut" Akibat Tak Puas Hati Ditegur, Leher Kena Kelar Sampai Mati

23-4-2019 01:09 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3296| Komen: 17|Original author: Oleh: intan

Description: "Teguran Maut" Akibat tak puas hati ditegur, leher kena kelar sampai mati
Kejadian ini bukan berlaku di luar negara, tetapi berlaku di Malaysia! Hanya sebab tidak puas hati dirinya ditegur, pelaku mengelar leher mangsa mengguna pisau pemotong sayur sehingga mati.



Suspek yang merupakan rakan sekerja dengan mangsa dikatakan tidak berpuas hati setelah ditegur mengenai perihal tugas di tempat kerja. Menurut saksi, ketika kejadian berlaku, terdengar perbalahan di belakang dapur dan tercetus pergaduhan. Suspek kemudian mengambil pisau pemotong sayur lalu mengelar leher mangsa. 


Mangsa meninggal dunia


Mangsa yang merupakan warga Thailand berumur 24 tahun serta suspek pula baru berumur 19 tahun juga merupakan warganegara yang sama. Mereka berdua bekerja di kedai makan di Taman Bukit Emas, Rahang, Seremban.

Adik mangsa serta rakannya yang kebetulan berada di tempat kejadian segera menangkap suspek ketika kejadian itu berlaku. Mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Tunku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iloveselangor 23-4-2019 01:17 PM
Ada bideo Nye ngeriiii
Quote bawangkecik 23-4-2019 01:32 PM

tepek la siniii
Quote jazaa100 23-4-2019 01:33 PM
Giler.....

dtg sini nak cari rezeki, kerja lah elok elok.....
Quote famri7 23-4-2019 01:33 PM
Sentapnya..adakah terpengaruh dengan keramaian.?? Ahh?
Quote moonbug 23-4-2019 01:37 PM
Apa benda yang ditegur sampai dia marah sangat tu? Tak boleh ke terajang sekali dua buat lepas geram, senang sangat nak kelar-kelar leher orang
Quote ikanmasin 23-4-2019 02:46 PM
bahaya btl zmn skrg ni..silap skt main tetak..
Quote arm_band 23-4-2019 03:05 PM
uiiii ngilu pulak urat leher aku  
Quote Artemesiaa 23-4-2019 03:10 PM
Mana2 tempat kerja ada je stress nya tak kira di pejabat atau kedai makan.  Bila dah makin tertekan campur banyak pulak cakapnya mau macam kes ni jadinya.
Quote chinta89 23-4-2019 03:48 PM
bukti tukang masak/staff restoran ramai bukan warganegara
Quote prettyuglybabe 23-4-2019 04:18 PM
chinta89 replied at 23-4-2019 03:48 PM
bukti tukang masak/staff restoran ramai bukan warganegara

standard la kalau kedai tomyam..
kg baru tu kalau kena serbu, mau kelaparan orang kl
Quote grouper 23-4-2019 04:24 PM
chinta89 replied at 23-4-2019 03:48 PM
bukti tukang masak/staff restoran ramai bukan warganegara

Org siam masak baru sedap..waiter dr pattani plak cun2 putih melepak plak tu baru selera nak mkn..
Quote Jorja 23-4-2019 08:37 PM
Masa kecik cgu pernah ajar kata jangan bergaduh Di dapur, time Tu confuse kenapa tak boleh Pula then ada sorang budak pandai dlm kelas myampuk kata dlm dapur Banyak pisau bahaya {:smile
Quote Pink_Purple 24-4-2019 12:51 AM
ngerinya                  
Quote batmana 24-4-2019 07:07 AM
Bdk ni mental agaknya..dgr suara halus.
Quote kimsa-ra 24-4-2019 07:41 AM
takot pulak nk tegur rakan sekerja dh la dia jealous dgn iols
Quote myakayina 24-4-2019 10:17 AM
main kelar leher terus..  
Quote chinta89 8-5-2019 09:08 AM
prettyuglybabe replied at 23-4-2019 04:18 PM
standard la kalau kedai tomyam..
kg baru tu kalau kena serbu, mau kelaparan orang kl

hahahaha.. port makan best tu kalau ke KL bg org luar

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.078876 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top