CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Peraturan Baru Masuk Ke Australia: Dilarang Bawa Beras, Mi Segera, Beg Palsu

23-4-2019 12:33 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 43645| Komen: 130|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Minggu lalu, ramai pelancong ke Australia telah dipendekkan atau dibatalkan visa mereka kerana gagal mematuhi peraturan baru negara itu dan membawa masuk pelbagai barangan yang kini dilarang.
Minggu lalu, ramai pelancong ke Australia telah dipendekkan atau dibatalkan visa mereka kerana gagal mematuhi peraturan baru negara itu dan membawa masuk pelbagai barangan yang kini dilarang.


Kredit foto: Carian Google
Peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh negara itu pada 16 April bertujuan untuk menjaga industri pertanian dan hidupan liar di negara itu daripada serangan kuman dan penyakit berikutan barangan yang dibawa masuk pelancong dari negara luar.


Kredit foto: Carian Google
Kegagalan mengisytiharkan barangan tersebut boleh mengakibatkan anda dikenakan tindakan undang-undang seperti denda RM1.2 juta dan penjara 10 tahun.

Antara barangan yang kini dilarang dan memerlukan anda mengisytiharkan dalam boring masuk adalah;


1. Produk tenusu dan telur

Walaupun roti, biskut, kek dan coklat dibenarkan, produk tenusu seperti cheese dan mentega perlu diisytiharkan kepada imigresen ketika ketibaan. Sila ambil maklum bahawa larangan ini termasuklah makanan yang disediakan di dalam kapal terbang.


Kredit foto: Carian Google
2. Tumbuhan dan barangan berasaskan tumbuhan

Tumbuhan hidup,  lumpur serta tanah liat adalah dilarang. Biji benih dibenarkan dengan syarat memenuhi beberapa kriteria, termasuk bebas serangga, tiada tanda-tanda penyakit dan tidak tercemar.


3. Ubatan dan Bahan Kimia

Steroid dilarang sama sekali. Bahan kimia atau ubatan peribadi seperti hormon perlu dibawa dengan permit atau surat doktor. Vitamin dan makanan sampingan, tembakau, cerut dan alcohol juga perlu diisytiharkan.


Kredit foto: Carian Google

4. Segala Jenis Buahan, Sayuran, Teh

Segala jenis buahan, sayuran , sama ada segar ataupun terawet mesti diistyiharkan. Ini termasuklah jeruk, jem dan kurma. Selain itu herba teh, ginseng dan rempah juga perlu diistyiharkan. Walaupun sirap dan madu dibenarkan , ianya juga perlu diperiksa terlebih dahulu oleh pihak berkuasa mereka.


Kredit Foto: Carian Google

5. Kekacang dan Beras

Segala jenis kekacang dan beras yang dahulunya dibenarkan kini perlu diisytiharkan. Makanan mi segera dibenarkan dengan syarat dalam kuantiti kecil, untuk keperluan sendiri dan tidak mengandungi telur atau daging mentah dan tidak perlu dibekukan. Minyak masak dan sayuran juga perlu bersih daripada pencemaran tanah, tumbuhan dan haiwan.

Kredit foto: Carian Google

6. Daging dan Makanan Laut

Semua jenis ikan, daging dan makanan laut lainnya perlu diisytiharkan tidak kira dalam tin atau tidak. Kebenaran hanya diberikan jika makanan tersebut dibawa dari New Zealand atau membawa permit khas.


Kredit foto: Carian Google

7. Binatang Hidup, Barangan Berasaskan Haiwan

Hanya binatang yang dibenarkan dari beberapa negara dibenarkan dibawa masuk. Makanan haiwan dan barangan berasaskan haiwan (dompet dan beg kulit, kasut kulit, tanduk, bulu, sarang burung) juga perlu diisytiharkan.


8. Peralatan dan Barangan Palsu 

Peralatan seperti kasut hiking, joran dan semua yang mungkin dicemari tanah, biji benih dan air mesti diistyiharkan. Senjata api, mercun, penunjuk lazer, pemetik api juga perlu. Bagaimanapun peranti elektrik , keris, penyembur lada hitam dan barangan palsu adalah dilarang sama sekali.

Kredit foto: Carian Google

9. Barangan Bermusim dan Perayaan

Kesemua barangan bermusim seperti buahan berawet dan gula-gula juga dilarang. Kuih bulan tanpa daging pula dibenarkan asalkan dipakej secara komersial.

Kredit foto: Carian Google
Peraturan baru yang mula berkuatkuasa 16 April itu sebenarnya tidak semuanya baru. Sebahagiannya sudah termasuk dalam larangan sebelumnya. 

Bagaimanapun, semua pelancong di negara itu diingatkan untuk sentiasa peka supaya tidak mengalami masalah perundangan ketika memasuka negara Australia kelak. -CARI
6

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 23-4-2019 12:52 PM
Acik2 yang gigih travel dengan rice cooker dan paket Brahim pasti pening baca peraturan baru ni
Quote RatuDunia94 23-4-2019 12:53 PM
Abislah maggi.. sardin.. segala mala sambal pon x boleh..
Quote matamata 23-4-2019 12:57 PM
yg tu aku tak kisah...kat sana byk jual kalau nak sgt....tp bab rokok tu yg aku kisah sgt....buatla cam yurop...blh bwk sampai sekarton....ngok betol lah
Quote Artemesiaa 23-4-2019 01:02 PM
Peraturan ni dah ada lama tapi sekarang mereka lebih bertegas bab tu jadi mereka kuat kuasakan semula.  Dulu mereka lepas kan jugak sekarang tak lagi.  
Quote Orgkgdukobesi 23-4-2019 01:15 PM
Dan jangan ada material berunsur pornografi dan mesej2 berunsur racism homophobic isu sensitif dalam mobile phone anda.

Pastikan tiada dadih dan dadah dlm bagasi dan beg anda kerana South East Asia adalah  pusat transit dadah dan keldai dadah seantero dunia
Quote Levespa 23-4-2019 01:18 PM
beli je la barang dapur kat sana.. no hal
Quote helicornia 23-4-2019 01:18 PM
aku gi sydney tahun lepas langsung tak bawak apa2 makanan.malas nak declare
Quote brego 23-4-2019 01:21 PM
Edited by brego at 23-4-2019 01:35 PM

travel as minimalist, small backpack & satu luggage.
makanan ni semua tak payah bawak, kecuali roti & biskut utk makan on the way.
yg lain beli jer la kat sana. banyak jer benda boleh makan.
kalau risau status halal, avoid process food,
cari raw & natural food macam buah, cereals, nuts & seeds, telur, fish & chips.

masa travelling ni la nak rasa new culture.
kalo rasa tak boleh tinggal makan nasi & cerewet bab makan,
better tak payah travel.
Quote reddots 23-4-2019 01:26 PM
Edited by reddots at 23-4-2019 01:31 PM

negara kau... law kau..  sukati kau lah..

pelancong kalau x langgar peraturan yg kau buat.. x salah.. boleh jer aman2 masuk negara kau...

sama la ngan law negara jiran tu.. selagi kau x buat salah.. buat apa kau org luar nak kecoh??
ni xde ke yg nak kata hak asasi bagai?  banyak tuuu semua benda x leh bawa masuk..  klu megi pun kena bawa dlm kuantiti kecil.. macammana backpackers  acah2 traveller nak makan cari halal food? dah la nak travel ikat perut.. nak cari makan halal pun berkira..
Quote ira_229 23-4-2019 01:27 PM
Artemesiaa replied at 23-4-2019 01:02 PM
Peraturan ni dah ada lama tapi sekarang mereka lebih bertegas bab tu jadi mereka kuat kuasakan semul ...

tulah dah lama kan? siap diaorang letak anjin kt masa buat pemeriksaan...
Quote prizadane 23-4-2019 01:30 PM
Setuju benda camni. Kau nak melancong negara orang, tapi sibuk la nak pack food from here. Pastu acah-acah travel with minimum bajet. Menyampah.
Quote xtahumenahu 23-4-2019 01:35 PM
Sang_Pencinta replied at 23-4-2019 12:52 PM
Acik2 yang gigih travel dengan rice cooker dan paket Brahim pasti pening baca peraturan baru ni

X boleh ke uols..tgk boleh cuma.kena declare kan?
Quote duri_durians 23-4-2019 01:40 PM
masa first time pergi sydney bawak sambal bilis, punya innocent aku pergi declare.

habis beg aku kena punggah.
Quote moonbug 23-4-2019 01:43 PM
Declare jelah betul-betul kalau nak bawak, bukan susah pun
Quote Sang_Pencinta 23-4-2019 01:46 PM
xtahumenahu replied at 23-4-2019 01:35 PM
X boleh ke uols..tgk boleh cuma.kena declare kan?

Ikut jenis kot

Ada yg dibolehkan ada yg tidak

Declare je mudah kan
Quote Sang_Pencinta 23-4-2019 01:48 PM
prizadane replied at 23-4-2019 01:30 PM
Setuju benda camni. Kau nak melancong negara orang, tapi sibuk la nak pack food from here. Pastu aca ...

Lepas tu buat blog ; I travel to Australia 8D7N with budget under Rm1K, kan???  
Quote sidewinder 23-4-2019 01:52 PM
beli je kat sana.....baru nampak kaya...ada kelasssss tersendiri
Quote riyadhK 23-4-2019 01:53 PM
duri_durians replied at 23-4-2019 01:40 PM
masa first time pergi sydney bawak sambal bilis, punya innocent aku pergi declare.

habis beg aku  ...

Dorang buka semua beg chuols ke lps tu?
Quote kucingitam 23-4-2019 01:55 PM
travel stkt bawa biskut tu ok lah lagi, tapi ai is kenot hadam yang nak angkut periuk nasi, lesng batu segala..dok rumah je la, takyah jalan2 gi travel.

Lihat semua komen(130)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076595 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top