CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Rejim Zionis Israel Zalimi Kanak-kanak Palestin Dalam Penjara

23-4-2019 11:03 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1709| Komen: 5|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Seramai 250 kanak-kanak Palestin di bawah usia 18 tahun yang ditahan di penjara-penjara Israel bukan sahaja dinafikan hak asasi mereka, malah dizalimi, diseksa dan diberi layanan buruk serta memalukan ...
Kanak-kanak Palestin yang ditahan rejim Zionis Israel dinafikan hak asasi mereka serta diseksa. 

Kredit foto: Alwaght

Seramai 250 kanak-kanak Palestin di bawah usia 18 tahun yang ditahan di penjara-penjara Israel bukan sahaja dinafikan hak asasi mereka, malah dizalimi, diseksa dan diberi layanan buruk serta memalukan.

Middle East Monitor melaporkan, situasi itu didedahkan dalam laporan khas yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tahanan Palestin sempena Hari Kanak-kanak Palestin.

Antara kekerasan fizikal dan mental yang dilakukan terhadap kanak-kanak terbabit adalah dipukul tanpa belas kasihan, dihina serta diugut bagi mendapatkan pengakuan mereka secara paksa.

Mereka juga ditahan di rumah dalam serbuan pada lewat malam sebelum disoal siasat tanpa kehadiran peguam dan tidak diberi makanan serta minuman.


Tentera rejim Zionis Israel menggunakan kekerasan melampau semasa menahan kanak-kanak Palestin. 
Kredit foto: Carian Google

"Secara keseluruhan, tentera rejim Zionis Israel telah menahan kira-kira 10,000 kanak-kanak Palestin sejak Intifada Kedua pada September 2000.

"Selain itu, sejak kebangkitan pada Oktober 2015, jumlah kanak-kanak Palestin yang ditahan meningkat secara mendadak sehingga melebihi 400 kanak-kanak dalam bulan-bulan tertentu," jelas laporan itu.

Jawatankuasa tersebut menambah, rejim Zionis Israel juga menggunakan beberapa undang-undang yang menyasarkan kanak-kanak Palestin bagi membolehkan mereka dipenjara untuk tempoh lama bagi kesalahan kecil.

Justeru, jawatankuasa itu menyeru kepada masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia serta kanak-kanak untuk campur tangan bagi menghentikan kesengsaraan yang dialami kanak-kanak Palestin.

Memang malang nasib rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak kerana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seolah-olah tidak mempedulikan nasib mereka yang menderita dibawah kezaliman rejim Zionis Israel. - CARI
4

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 23-4-2019 11:06 AM
cara orang pengecut..mcm ni la.....
Quote hussaini4675 23-4-2019 01:21 PM
Boikot semua produk yang ada kaitan dengan zionis
Quote aminsaniah 23-4-2019 04:09 PM
bilanya depa ni baik...
Quote Dalcott 23-4-2019 04:48 PM
gila
Quote singajantan 23-4-2019 04:50 PM
Bangang nyer zionis

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.098936 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top