CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rumah Cecah Harga Billion? Ini 5 Rumah Paling Mahal Di Dunia Setakat Ini

23-4-2019 12:31 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 3909| Komen: 19|Original author: Oleh: nameera

Description: Rumah adalah sesuatu keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Tidak kiralah sama ada harus menyewa sehingalah membina mahligai indah seperti istana ia bergantung kepada kemampuan masing-masi ...
Rumah adalah sesuatu keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Tidak kiralah sama ada harus menyewa sehingalah membina mahligai indah seperti istana ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. 

Baiklah untuk kali ini, apa kata kita intai rumah paling mahal di seluruh dunia. Sunggu beruntung iya orang-orang bertuah yang memiliki rumah-rumah ini.

18-19 Kensington Palace Gardens

Terletak di jalan di Kensington, London yang dipanggil Billionaires Row, rumah  ini merupakan salah satu daripada banyak rumah mahal yang terletak di jalan yang sama.

Kredit Foto:Google
Bilik tidur: 12
Lokasi: Kensington, London
Nilai: $ 222 juta
Pemilik: Lakshmi Mittal-ketua Arcelor Mittal, pengeluar keluli terbesar di dunia.


Four Fairfield Pond

New York terkenal dengan rumah mahalnya kerana ruang terhad, populariti bandar, dan pelbagai faktor lain.  Rumah ini dibina di atas tanah berlebar 36 hektar dengan kawasan rumaha yang penuh kehijauan dan berhampiran dengan lautan. Indah bukan?
Kredit Foto:Google
Bilik tidur: 39
Lokasi: Sagaponack, New York
Nilai: $ 248.5 juta
Pemilik: Dimiliki oleh Ira Rennert yang juga pemilik sebuah syarikat  Renco Group, iaitu bidang pembuatan peleburan dan juga mobil yang sangat besar.


Sky Penthouse At Odeon Tower

Ini adalah penthouse pencakar langit dengan 49 tingkat di Monaco, yang dinamakan sebagai Tour Odéon. Di ketinggian 557 kaki (170 m), ia adalah bangunan kedua tertinggi di pantai Mediterranean Eropah.

Pembinaan penthouse dikatakan dibina untuk menjadi pembaharuan penting kepada pembangunan ekonomi untuk negara kedua terkecil di dunia ini.

Kredit Foto:Google
Lokasi: La Rousse/Saint Roman, Monaco
Nilai : $335 million
Pemilik: SCI Odeon, anak syarikat Groupe Marzocco

Villa Leopolda

Vila Perancis yang indah ini dimiliki oleh Lily Safra yang mendudukinya hanya selepas suaminya meninggal dunia. Ia terkenal setelah pembikinan filem  klasik pada tahun 1955, iaitu "To Catch a Thief " yang diarahkan oleh Alfred Hitchcock.

Bilik tidur: 14
Lokasi: Cote D'Azure, Perancis
Nilai: $ 750 juta
Pemilik: Dimiliki oleh dermawan Brazillian, Lily Safra.


Antilia

Antilia  adalah kediaman persendirian milik lelaki terkaya di India, iaitu Mukesh Ambani yang memerlukan 600 kakitangan untuk mengendalikannya. Rumah pencakar langit ini mempunyai keluasan sebanyak 400,000 kaki persegi denganga ketinggian  173 meter iaitu sebanyak 27 tingkat.

Ia dilengkapi dengan 3 pad helikopter, dan hanya dihuni oleh Mukesh Ambani dan isteri, bersama 3 orang anak mereka. 
Kredit Foto:Google
Bilik : 27 stories
Lokasi: Mumbai, India
Nilai: $ 2-3 bilion
Pemilik: Dimiliki oleh Mukesh Ambani, yang memiliki Reliance Industries - syarikat gergasi minyak dan gas.


Bahagianya rasa kalau dapat tinggal di salah satu buah rumah tu, bukan? 

Jika anda diberi pilihan rumah mana pilihan anda? -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-4-2019 12:41 PM
Untunglah kaya raya mampu untuk nikmati semua tu
Quote nisako 23-4-2019 01:19 PM
wow.............
Quote pakderis 23-4-2019 01:39 PM
menarikkkkkk
Quote kucingitam 23-4-2019 01:57 PM
bestnya. kalau dapat
Quote ikanmasin 23-4-2019 02:38 PM
best nya mampu tgk pun hepi
Quote matbad 24-4-2019 01:42 AM
Mau berhantu bilik2 rumah tu..tak tertido berbelas berpuluh bilik tu..
Quote adik_aza 24-4-2019 03:49 PM
bestnya jadi kaya
Quote haryatie 24-4-2019 04:01 PM
fuhhhh...seronok nya jd org kaya
Quote ctaz 26-4-2019 09:25 AM
mahal2 pun...
last2 duduk kat sini jugak...

Quote nora_balqis 26-4-2019 10:34 AM
cantiknya..rumah mampu tengok..
Quote ixora87 27-4-2019 12:54 PM
Cantiknyaa..
Quote rayray28 27-4-2019 07:09 PM
ctaz replied at 26-4-2019 09:25 AM
mahal2 pun...
last2 duduk kat sini jugak...

Akhirnya ini laa penentu harta akhirat yg kita bawa bekal bersama tu huhuuu insofff
Quote mamarock 27-4-2019 10:38 PM
Antilia.. kat India tu dah macam rumah setinggan bertinggat-tingkat je.. dalam cantiklah kot
Quote diss69 30-4-2019 10:47 AM
Mujur nengok je xperlu bayar..
Quote anastasia7 30-4-2019 06:56 PM
Rumah besar2 kalau tggl tk ramai pun scary juga. I idamkan rumah setingkat setengah je tp luas. Yg penting ada studio dan office i sendiri & bilik mainan
Quote adeqbun 2-5-2019 09:02 AM
anastasia7 replied at 30-4-2019 06:56 PM
Rumah besar2 kalau tggl tk ramai pun scary juga. I idamkan rumah setingkat setengah je tp luas. Yg p ...

ai idamkan umah ai skang ni dermawan yg tlg bayarkan smpi abes..hahahahaha
Quote EvieWanKenobi 2-5-2019 09:20 AM
sampai 600 pekerja nak
maintain rumah..??
Quote anastasia7 2-5-2019 07:48 PM
adeqbun replied at 2-5-2019 09:02 AM
ai idamkan umah ai skang ni dermawan yg tlg bayarkan smpi abes..hahahahaha

Wow. Mmg idaman sgt
Quote adeqbun 3-5-2019 09:17 AM
anastasia7 replied at 2-5-2019 07:48 PM
Wow. Mmg idaman sgt

hahaha xyah mntak byk2..mntak setelkan utang rumah sedia ada..eh utang kete skali..sengkiyu..kahkahkah..

Lihat semua komen(19)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.080211 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top