Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Bertudung Tapi Dedah Paha Putih' - Apabila Pelancong China Teringin Cuba Fesyen Bertudung

23-4-2019 10:30 AM Komen: 35
Baru-baru ini, semakin banyak insiden membabitkan pelancong dari negara China di negara kita. Terkini, dua insiden tular membabitkan pelancong dari negara itu 'melepas hajat' di tepi pantai dan di sebuah kompleks membeli belah.

Sememangnya insiden ini membuktikan tidak adanya sensitiviti daripada rakyat negara itu apabila berkunjung ke luar negara. Walaupun terdapat banyak gesaan dari pelbagai pihak betapa perlunya kerajaan menghantar notis khas ke kedutaan negara tersebut, tetapi yang nyata sehingga kini masih lagi berlaku.


Kredit foto: Facebook

Terbaru, seorang netizen berkongsi gambar pelancong dari negara itu mengenakan fesyen bertudung. Mungkin tertarik dengan fesyen yang dikenakan wanita Islam di negara kita selepas bercuti, tiga pelancong wanita dari China dikatakan telah membeli tudung untuk mencubanya sendiri.


Kredit foto: Facebook

Bagaimanapun, dalam insiden yang dikatakan berlaku di sebuah lapangan terbang dalam negara, pelancong terbabit dilihat mengenakan tudung dengan lengkap tetapi malangnya mereka mengenakan skirt dan seluar pendek yang terdedah mengakibatkan pemakaian fesyen tersebut kelihatan janggal.


Kredit foto: Facebook

Beberapa netizen yang melihat gambar tersebut mempersoalkan niat pelancong itu. Ada yang mengatakan mungkin mereka meniru daripada pemakaian segolongan kecil umat Islam yang terdedah walaupun bertudung. 

Ada pula yang menyalahkan pihak peniaga yang tidak memaklumkan cara pemakaian tudung yang betul.


Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, sebilangan lagi menyalahkan pelancong itu kerana tidak sensitif dan cuba mendapat informasi lengkap sebelum membeli tudung.


Kredit foto: Facebook

Mungkin mereka tidak ada niat untuk mempersendakan agama, tetapi yang nyata mereka masih kurang sensitiviti terhadap budaya dan agama sesebuah negara yang mereka kunjungi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote vee_zara 12-7-2019 05:58 PM
uda: I pun ada terjumpa kat one shopping complex. Pakai tudung tapi pakai sleeveless and seluar pendek. Chinese juga

Mungkin haritu bad hair day..{:nose

Lain-lain Komen

Quote felinecat 23-4-2019 10:44 AM
aku pelik ramai share kt fb kutuk2 diorg, apasal xtegur depan2. diorg bukannye muslim xtau ape2, yg xmenahan yg marah2 tu.teringat peminat shila amzah pakai tudung sbb idolize shila. so sebelum mengutuk, kene la terangkan fungsi hijab tu sendiri. tp ade je aku jumpe dr kt um pakai dress paras bawah sikit je kt lutut, pakai tudung.lepas tu baju die xde lengan tu die pakai baju lace kt dlm
Quote RatuDunia94 23-4-2019 10:49 AM
Eh bukan itu ke yg netizen selalu duk mahukan semua wanita dlm dunia ni BERTUDUNG? Deols dah BERTUDUNG tu. Nak bising apa lagi?










Quote Artemesiaa 23-4-2019 12:36 PM
Mula2 mengutuk sebab mereka bertudung tapi pakai pakaian pendek.  Bila dah tahu mereka tu semua pelancong asing dah salahkan penjual tudung sebab tak terangkan kalau bertudung tak boleh berpakian sebegitu.  
Quote missinpiece 23-4-2019 12:57 PM
Iols pnah jmpa x sure tourist dr negara mana sgtla comey bertudung dgn bertopi berskirt tutu kena pulak fesyen mereka
Quote gummygummy 23-4-2019 01:09 PM
aduii. they alls kan pelancong. apa dorang tau tentang tu sume. dorang nak try je weyh. bukannya jadikan itu sebahagian diri dorang pon. esok keluar pon belum tentu pakainya. halah halah halaaaaaah
Quote AbukRokok 23-4-2019 02:56 PM
xpasal2 dah jadi fitnah dah haritu kata pompuan melayu la pompuan indon la
Quote paz 23-4-2019 03:06 PM
Agaknya dia nampak cantik orang bertudung, so cubalah.
Quote dua_chzy 23-4-2019 03:19 PM
What damage? Seriously, what damage?
Quote dua_chzy 23-4-2019 03:21 PM
Camna tatacara pakai tudung yang betul untuk non Moslem? I yem seriously wanting to know?
Quote uda 23-4-2019 03:52 PM
I pun ada terjumpa kat one shopping complex. Pakai tudung tapi pakai sleeveless and seluar pendek. Chinese juga
Quote ashcroft86 23-4-2019 04:02 PM
Pfftttt. Meleis dengan sensiviti x bertempatnya. Pfffttt. Bende cenggini pon nak offended ke? diorang bukan tahu pon. And tudung or veil ni bukan exclusive kepada acik2 kepam je k. Pffftttt. Like wtf. Tu pon rasa tersinggung ke? kejadah? Bukan fesyen melayu pon. Orangg melayu asal free hair je. Ornag kelantan lagi la dulu, berkembang je kot. Pffftttt. Dasar bangsa hati tisu. Pffttt.
Quote LolaRosa 23-4-2019 04:26 PM
Dah tu pegi la tegur? Diaorang bukan tau pon
Quote Miss.Rara 23-4-2019 04:58 PM
depa negara china sendiri pun ramai org islam la..

takkan depa tak pernah nampak org china negara depa sendiri bertudung dan tutup aurat?

sengaja laa ni dtg sini buat perangai china khinjir dia...
Quote ikanmasin 23-4-2019 05:12 PM
ptt pg lah tegur ckp elok2..ni amik pic trs viralkan.
padahal tau tu bukan org islam kan..
Quote jazaa100 23-4-2019 06:00 PM
Miss.Rara replied at 23-4-2019 04:58 PM
depa negara china sendiri pun ramai org islam la..

takkan depa tak pernah nampak org china negara ...

Kannnn.....

Agaknya dorang pernah nmpak ke org pajai tudung, bawah pakai short pant?.....
Quote sfrnna 23-4-2019 08:36 PM
Aduh dah nampak tu p la tegur elok2. Cakap la x sesuai pakai macam ni. Yg p viral tu pasal apa. I rasa kalau dia tau x kan dia nak memalukan diri sendiri dress up macam tu kan..
Quote meisapoya 23-4-2019 09:06 PM
Makcik2 amoi kat kawasan rumah i, pakai gini gak... nak kurangkan uv exposure kot.
Quote glump 24-4-2019 05:56 AM
Nampak tak yg org Malaysia panggil tudung tu hanya fashion dimata mereka.. Kita pun menampilkan ia sbg fashion bukan sebagai keperluan syariah.
Quote pokaibanktokyo 24-4-2019 06:46 AM
Lantak lah. Tudung adalah pakaian kafir kristian, yahudi

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.229543s Gzip On
To Top