Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Rindu Waktu Dulu,'- Peminat Rayu Emma Maembong Kembali Pakai Tudung

23-4-2019 12:29 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 47

Selepas tindakan pelakon Emma Maembong membuka tudung kira-kira 3 bulan lalu menjadi kontroversi, kini peminat mula merayu pelakon itu kembali mengenakan tudung selepas telefilem Cassandra mula bersiaran di TV3 Sabtu lalu.


Kredit foto: Instagram
Telefilem yang membuat penggambaran ketika Emma masih mengenakan tudung itu turut menampilkan barisan pelakon Emma Maembong, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Zamarul Hisham dan bersiaran di slot Cerekrama, pukul 9 malam di TV3.


Dalam telefilem itu, Emma memegang watak seorang gadis kacukan yang dibesarkan oleh ayahnya setelah kematian ibu. Lahir dari sebuah keluarya yang berada dan sering menderma kepada masyarakat, Cassandra menjalin hubungan dengan Luqman, anak seorang nelayan yang hidup serba miskin. Konflik terjadi apabila hubungan itu tidak disenangi keluarga Cassandra berikutan perbezaan status.

Susulan penayangan telefilem yang menampilkan imej lamanya itu, ramai peminat di ruangan Instagram Emma mula mendesak dia untuk mengenakan kembali tudungnya.


Kredit foto: Instagram
'Rindu tengok Emma bertudung,' kata seorang peminatnya.

'Emma, semoga awak pakai tudung kembali lepas ni. Suka tengok kalau pakai tudung, nampak manis,' kata seorang lagi.

'Nak Emma macam dalam tuuu, please,' rayu seorang peminatnya.

Kredit foto: Instagram
'Rasa rindu tengok Emma brtudung,' kata seorang lagi penuh makna.

Bagaimanapun, Emma membuat keputusan untuk tidak menjawab sebarang rayuan peminatnya itu. Terdahulu, Emma membuat pengakuan beliau belum bersedia memakai tudung kerana imannya belum kukuh.


Kredit foto: Instagram
'Segala kekhilafan datangnya dari saya sendiri, saya terima segala kecaman dengan lapang dada,' katanya membuat keputusan.

Adakah rayuan peminat bakal menggerakkan hati pelakon ini untuk mengenakan kembali tudungnya? Hanya masa yang akan menentukan. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 47
Komen

Previous : Apa Gabungan Artis Yang Peminat Nak Tengok? Ini List Yang Rare Dan Di Luar Kotak!

Next       : "Buruk Tengok Amyra Rosli Kurus Sangat, Nampak Tua!"

Komen Terbaru

Quote kenarikelabu 25-4-2019 09:57 AM
Ala relax la. Dah tua sok, rambut dah beruban...dia start la pakai tudung balik.

Lain-lain Komen

Quote friedfishsoup 23-4-2019 12:33 PM
Sibuknya netizen ni. Biarlah si Emma tutup aurat kerana Allah, bukan kerana korang.
Quote munchkin 23-4-2019 12:35 PM
Mak ko suruh buat kerja rumah kemain mengeluh tepis. Bos suruh buat kerja ofis membebel.

jaga kepala selebriti banyak masa banyak ko punya rindu. Bodoh to the max
Quote umbut 23-4-2019 12:35 PM
Sibukkkkk jelah
Suka hati dia lah
Tak yah pki lagi cantik
Quote matchstick 23-4-2019 12:36 PM
X tgk cerekarama hari tu pasal minah ni yg berlakon
Quote RatuDunia94 23-4-2019 12:37 PM
Netizen yg memuji..netizen gak yg mengeji
Quote zidane2011 23-4-2019 12:38 PM
Tak syak lagi netizen ummah meleis mmg loser, keje jaga pintu surga neraka org lain. Koser.
Quote kecikgurl 23-4-2019 12:44 PM
sibuk nak rindu bagai..mcm la kau hari2 jumpe emma nih depan2
Quote Rainrein 23-4-2019 01:22 PM
Bosannye cite tuh. X abis abis pasal cinta dua darjat.
Quote Legaspi 23-4-2019 01:45 PM
Overnye netizen.
Quote mixed 23-4-2019 01:48 PM
biar la dia x pakai tudung paksa2 plk
karang org pakai on off marah plk

sampai masa ntn bertutup litup la dia kalah nitizen yg sibuk jd
polis aurat

sb ni la byk retis sibuk nk pakai tudung bkn sb takut dgn Allah
tp takut dgn nitizen
Quote belilies 23-4-2019 01:58 PM
Emma cantik bila bertudung. So apa bezanya bila kau kata pompuan tu seksi? Objectification versi muslim.
Quote babycc 23-4-2019 02:12 PM
matchstick replied at 23-4-2019 12:36 PM
X tgk cerekarama hari tu pasal minah ni yg berlakon

Sama la kite.. x kuasa
Quote jargon 23-4-2019 02:24 PM
Tolonglaa emma buruk pkai tudung..cuba tgk drama zmn bile ntah tajuk satu tahun lagi kot blakon gn ammar dj hot tu buruk slekeh sememeh tudung pon level muaz yg reject rm3 tuu euww tp bila dia off tudung fuyooh international muka dia
Quote azwanaliori 23-4-2019 02:53 PM
Begitu tinggi tahap delusion netizen bangang ni.  Hari2 kemaruk ngadap artis berkhayal pasal artis smpi tahap rindu ke jadah apa sume. Jijik
Quote rosevelvet 23-4-2019 02:58 PM
Byk tul tajuk gosip ceduk ig ni... Penat kami nk ulas.
Quote Sazida 23-4-2019 04:01 PM
Netizen boleh g mampus x? Ko nk merayu2 bagai suh dia pakai tudung dh kenapa? Menyampah baca komen masing2. Ko igt emma tu kisah ke? Retiss lagi ko puja lagi dia angkat martabat dia tu. Korang tu je bodoh pergi hbs duit undi la sambut besday lah. Bangang
Quote fushimi 23-4-2019 04:03 PM
sibuk betul netizen

Quote hijau88 23-4-2019 04:05 PM
Lakonan emma tetap hauk.
Quote dory.thefish 23-4-2019 04:06 PM
Bila dia freehair tak nampak seri dah. Masa dia bertudung, elok je tudung dia pakai tutup dada.

Lihat semua komen(47)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.118282s Gzip On
To Top