Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Isteri Aku Anak Satu Dah Gemuk, Ex Aku Janda Anak 3 Pun Masih Slim" - Suami Mengeluh

Oleh: jiji|20-4-2019 12:30 PM Komen: 78
Saban hari, makin banyak masalah rumah tangga atau pasangan yang diceritakan di media sosial. Page seperti IIUM Confession dan Kisah Rumah Tangga di Facebook sentiasa memaparkan masalah rumah tangga, yang kadang kala agak tidak logik bagi si pembaca.

Baru-baru ini tular apabila ada confessor meluahkan rasa kecewanya terhadap isterinya yang sudah gemuk dan peha menggerutu meskipun baru melahirkan satu anak. Dia bertambah kecewa apabila bekas kekasihnya masih cantik dan ramping meskipun sudah melahirkan 3 anak.


Namun, komen dari brader ni sangat win!

Kecantikan isteri itu bergantung kepada tahap layanan suami. Jika sebelum berkahwin si isteri cantik dan ramping, itu tandanya ayahnya menjaganya dengan betul. Tetapi jika si isteri menjadi semakin gemuk dan tidak menjaga rupanya, itu tandanya si suami tidak menjaga si isteri dengan betul. 

Sayangi isteri anda! - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 78
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Bunggah 22-5-2019 10:42 PM
Kang bini cari negro baru tau

Lain-lain Komen

Quote Nana_Man 20-4-2019 12:44 PM
Aku nk salahkn genetik.....
Quote bintangct 20-4-2019 12:50 PM
Dah tegur bini tp bini pun taknak dgr Nak wat macam mano?
Quote shernazz 20-4-2019 01:14 PM
Hahaha
Komen tu kalau x tembus hati si suami xtau la
Harap mati cepat.. nnt roh kau boleh tengok bini kau cantik selim guna duit insurans kau...
Quote redapple10 20-4-2019 01:16 PM
bintangct replied at 20-4-2019 12:50 PM
Dah tegur bini tp bini pun taknak dgr Nak wat macam mano?

Payah nak kurus bro 1) kalo dia diet dia lapar kang jadi mummy monster semua benda nak mengamok.
2) kalo dia exercise, anak berkepit celah ketiak 24 jam tambah keja umah kalo bekerja lagi.. mau patah riuk tulang dia... penat bro... malam ko nak mintak seround dua.. last ada masa terluang dia bantai tido eventho utk 15 mins.. tu blom part ko expect balik umah lauk hebat, umah super clean pakej anak behave wangian surga..
3) kang dia beli produk kurus merapu tu kos dah la main ratus.. ko pulak membebel.. not to mention rabak buah pinggang dia nnt..
4) stakat ko membebel suruh kurus tu mmg x jalan la... ko spare time  2 hours 2 3 kali seminggu tolong jaga anak kat umah.. pstu hantar dia g gym.. then kalo x jalan gak, baru la ko membebel sampai langit ke tujuh.. sbbnya maybe bini ko instead of berlari kat treadmill dia bergosip dgn member gym or tido kat loker room..
Quote sfrnna 20-4-2019 01:33 PM
kahkahkah tp mmg win la comment dia. tp i rasa confession yg macam ni selalunya saja2 je nak trigger pembaca2 krt tu.
Quote Jerambut 20-4-2019 01:42 PM
Jika sebelum berkahwin si isteri cantik dan ramping, itu tandanya ayahnya menjaganya dengan betul. Tetapi jika si isteri menjadi semakin gemuk dan tidak menjaga rupanya, itu tandanya si suami tidak menjaga si isteri dengan betul.



=============================================================================================
ada ke pulak. Ni macam bunyi twitter sapa ntah hari tu. Tak logik langsung.


Masa ayah dia jaga, ayah dia suruh dia diet dan jogging ke?
Isteri tu gemuk atau kurus, tak berkaitan orang lain. Ia usaha dia sendiri, ada ke dia kurus ....org lain dpt kredit.
Bila gemuk, tu salah orang lain.
-----sebijik dah jadi macam perkakas, perempuan tu.-- bergantung pd siapa yg jaga dia.
ntahapa apa
Quote noor2 20-4-2019 01:50 PM
Hehe..komen tu buat akak gelak guling. ...
Quote ms.mango 20-4-2019 02:24 PM
Setuju dgn komen tu {:laugh
Quote hyie 20-4-2019 02:30 PM
sebenarnya dia dah terbayang2 ex dia hari2...tu yang meroyan je kejenya cakap je la nak kawen lagi satu kan senang
Quote Perk77 20-4-2019 02:47 PM
Hahhaha..setuju Komen Tu...laki Dr byr Kan duit gym ke beli suppliment utk Bini rela dia bakar duit beli rokok
Quote isseliparjepun 20-4-2019 02:51 PM
redapple10 replied at 20-4-2019 01:16 PM
Payah nak kurus bro 1) kalo dia diet dia lapar kang jadi mummy monster semua benda nak mengamok.
...

Sis bersetuju. Setakat komplen makin gemuk it hurts even more aja. Tajalah kursus2 pelangsingan badan or belikan produk produk turun berat. Ini tidak, pandai komplen aje. Mungkin stok stok tak berduit ni. Kerja ala kadar tu pasal tak mampu nak sponsor bini pny produk. Ataupun kedekut. Kihkih ingat nak lawa tak pakai duit ke bangg?
Quote orgsepang 20-4-2019 03:16 PM
Sesetengah suami tahu merungut isteri tak sekurus dan secantik masa sebelum kahwin tapi diri sendiri tak sekacak sebelum kahwin dengan perut semakin membusung tak diambil kira pulak
Quote UmbrellaCorps 20-4-2019 03:23 PM
manusia ni ikut kadar metabolisma masing2. ada yg makan byk pun badan tak naik2 jugak, ada yg makan sikit tp badan cepat je naik. tambah2 bila ada faktor usia, cepat je naik berat badan.
yg penting syukur kalau kesihatan tu baik. Kalau kurus tapi ada sakit tyroid la, cyst la, lagi susah.
Ada je ramai bini2 yg kat fb insta twitter mekap dressing mak oii kalah Marion Caunter, tp bila gi rumah Masya Allah mcm tongkang pecah. yg penting bini kau jaga kesihatan, kebersihan dan makan minum famili kau..
Quote buapakperut 20-4-2019 03:34 PM
Edited by buapakperut at 20-4-2019 07:37 AM

iols suami x bagi gi gym, yela situ kan banyak zantan2 bontot tonggek. jogging jela heols kasi, die ngan anak dok dalam kete iols jogging le seraun dua. pastu otw balik dia tanya nak jagung butter cup ke? nak sate tak? iols is susah hati.... bab2 diet heol support la. belikn makanan sihat semua. btw kalau suami sama gundu, isteri takyah insecure sangat, balas je balik pe dia cakap tu. tapi kalau husband ganteng, harus lah polish fizikal tu ya, cari jalan
Quote amyza 20-4-2019 03:57 PM
Komen tu
Laki dah mati jadi janda berhias harus lah melaram.
Quote ffbeauties 20-4-2019 04:28 PM
Suami tu kurus ke gemuk?
Majoriti malaysian tak kira, perempuan atau lelaki memang gemuk.
G la bersukan.. g jogging ke, gym ke tapi ajak bini sekali. Jangan lupa diet.
Serampang dua mata. Nanti dua dua slim.
Cubalah sendiri!
Quote MentariSenja 20-4-2019 04:31 PM
Omg win nya komen tu...I like
Quote Perk77 20-4-2019 04:40 PM
Yang Aku sediakan maklum..isteri nk kurus semata mata utk suami takut laki Cari lain..bukan utk diri sendiri ya...please ubahkan Minda MCM Tu...ko sihat utk diri sendiri ..sebab ko nk jadi supermom superwomen...mcm2 kerja nk buat lagi dpt suami pemalas ..Aku tk pernah lagi dgr suami kalau nk kurus gi gym jogging bagai utk isteri..
Quote Elle_mujigae 20-4-2019 05:58 PM
Kalau ikut apa bidan Kak Ice kata, masa pantang lepas bersalin adalah masa terbaik nak reset blk body..so kena pantang betul2..boleh dpt body lagi cun dari masa zaman anak dara kalau disiplin tinggi masa tempoh pantang ni..

Lihat semua komen(78)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.136149s Gzip On
To Top