Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Ayah Dah Tak Ada, Johnny' -Gadis Kongsi Hubungan Rapat Anjing Liar Dengan Arwah Ayah

19-4-2019 12:55 PM Komen: 24
Walaupun Islam menyatakan anjing sebagai haiwan yang haram disentuh namun masih ramai yang menunjukkan belas kasihan kepada haiwan tersebut.


Kredit foto: Twitter
Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menceritakan hubungan baik ayahnya dengan seekor anjing liar yang dipanggil Johnny. Menurut gadis itu, ayahnya sering memnberikan makanan kepada anjing liar itu menyebabkan mereka menjadi rapat.

Kredit foto: Facebook
Kerana keakraban itu, anjing itu  sering berkawal di luar rumah mereka dan mengikuti ke mana sahaja ayahnya pergi termasuk ketika ke surau. 


Kredit foto: Facebook
Ayahnya juga sangat menyayangi anjing tersebut sehinggakan ayahnya sanggup memungut tulang-tulang di meja orang lain ketika keluar makan untuk dibawa balik bagi Johnny.

 Gadis tersebut turut memuat naik screenshot perbualan mereka sekeluarga mengenai gelagat ayahnya mencari dan menyediakan makanan untuk Johnny.


Kredit foto: Twitter
Ada satu ketika Johnny mengalami kecederaan dan ayahnya telah meminta pertolongan jiran untuk membawa Johnny ke klinik haiwan.

Bagaimanapun, kisah itu terhenti apabila ayahnya meninggal baru-baru ini. Menurut gadis itu, Johnny kelihatan senyap dan sedih di luar pagar sepanjang majlis pengkebumian berlangsung. Cuma malam itu Johnny kembali meminta makanan.


Kredit foto: Twitter
Netizen yang membaca perkongsian gadis itu mengucapka takziah ke atas pemergian ayahnya. 

Saya doakan family awak murah rezeki, saya faham sebagai seseorang yang sayangkan haiwan, anjing itu pasti rindukan arwah ayah awak' kata seorang lagi.


Kredit foto: Twitter
Malahan ada juga yang menghulurkan bantuan untuk memberikan vaksin kepada Johnny. 'If you need help getting vaccine and permit, let me know' kata seorang lagi.

Kredit foto: Twitter
Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah nasib Johnny selepas ini, gadis itu memberikan jaminan bahawa anjing itu akan tetap diberikan makan minum.


Kredit foto: Twitter
Takziah kepada keluarga gadis tersebut dan semoga Johnny akan tetap dijaga dengan baik. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote paz 22-4-2019 09:28 AM
Terharu dan sedih baca berita macam ni.

Bagus ramai orang mulai perihatin kat haiwan terbiar.

Lain-lain Komen

Quote HujanBatuTiga 19-4-2019 01:09 PM
Moga roh ayah awak tenang disana. thank you masih teruskan amalan ayah awak bg Johnny makan.
Quote Kurex 19-4-2019 01:09 PM
Ohhh............
Quote Peaches113 19-4-2019 01:17 PM
Dah debab dah johnny.

Kat rumah pun ada sekor kucing jiran buta sebelah mata. I rebus ikan & gaul nasi. Licin nasi satu pinggan. I bagitau kucing tu tolong doakan i murah rezeki. Tak tau lah dia paham ke tak hihi.
Quote mzzenma 19-4-2019 01:17 PM
sama mcm my neighbour's dog nama blackie. Tuan dia tak jaga dia sangat, makan pun entah apa2 je.. so kitorang lah yang bagi dia makan selalu. Kalau my parents nak keluar malam jalan gi rumah kawan ke, blackie akan follow dari belakang and teman diorang. Siang2 pun gigih lepak depan gate kitorang.

Tuan dia kadang2 pukul dia. Mzz pernah nangis masa dia pukul tu..terus dia tak pukul dah. Tapi blackie dah mati accident depan rumah..
Quote makneng 19-4-2019 01:27 PM
Johnny.. Johnny eating sugar... No mama
Telling lies.. No mama
Open your mouth....


Semoga Jhonny tak diabaikan... Sian dia.
Quote sfrnna 19-4-2019 02:12 PM
Baik ayahnya. semoga arwah ditempatkan  dalam kalangan org yg beriman.
Quote nazzse 19-4-2019 02:14 PM
Baiknya family ni..family conversation pun pasal johnny je {:cryrun
Quote kurga 19-4-2019 02:17 PM
Peaches113 replied at 19-4-2019 01:17 PM
Dah debab dah johnny.

Kat rumah pun ada sekor kucing jiran buta sebelah mata. I rebus ikan & gau ...

ada rezeki awk tu... rezeki x semestinya wang ringgit.. ia datang dalam mcm2 cara kan... mak ayah saya pun rajin bg kucing makan..kami x bela pun.. tp, mmg nmpak la rezeki tu masuk..
Quote Artemesiaa 19-4-2019 02:54 PM
Sian begitu setia harap terus bantu bagi dia makan tak luak apa pun
Quote prettyuglybabe 19-4-2019 02:54 PM
harap dia kotakan janji akan terus bagi johhny makan and minum..
bela je la anjing tu.. tak berdosa kot..
buatkan satu dog house kat luar pagar kalau takut sangat nak buat dalam kawasan rumah..
harap tak ada la jiran hati busuk pi report kat pbt suruh tangkap ke apa..
Quote munchkin 19-4-2019 03:05 PM
Sayang johnny. Sayang semua haiwan juga. Sedih sangat. Father adik ni hati bersih sangat. Huwaaaaaa
Quote gigahertz 19-4-2019 03:13 PM
Peaches113 replied at 19-4-2019 05:17 AM
Dah debab dah johnny.

Kat rumah pun ada sekor kucing jiran buta sebelah mata. I rebus ikan & gau ...

cakap english dengan dia lar
Quote zhoney 19-4-2019 03:17 PM
Betul klo bg mkn haiwan terbiar ni rezeki murah. Sy gaji xlah besar tp alhamdulillah ckp, x penah putus. Dlm beg sy sentiasa ada cat food in case ada kucing lapar. Penah jpe kucing lapar smpi terbaring, bila bg mkn nmpk airmata bergenang dlm mata dia.
Quote faraway1 19-4-2019 11:05 PM
me bela sekor husky sejak sebulan lalu..
maya nama dia..
asal dia bekas penyewa punya anjing tapi dia masuk hospital dan takkan
kembali ke our apartment kami dah,
so parents penyewa tak mau maya lagi so
dorang plan nak euthanasia anjing yang sangat sihat dan comel.

so kami step up dan offer bela.

my daughter' bestfriend @ bodyguard.
Quote DeeHanania 20-4-2019 02:14 AM
Comel Johnny nie
Sedih diwajah yer
Semoga terus bgi Johnny makan&minum
Quote missDollie 20-4-2019 03:03 AM
Aduh sedih la plak..ending dia ayah dia plak mati..mati2 ingat johnny..lg la sedih..adududududu..meols terkedu..semoga iohnny terus sihat..jangan rindu abah sangat..nanti sakit pulak..hukhukhuk
Quote ikanmasin 20-4-2019 04:20 AM
baiknya arwah bapa nya.kat watsap pun asyik ckp psl johnny jer..
Quote cmf_premierleag 20-4-2019 03:21 PM
Peaches113 replied at 19-4-2019 01:17 PM
Dah debab dah johnny.

Kat rumah pun ada sekor kucing jiran buta sebelah mata. I rebus ikan & gau ...

trust me, doa uols bakal dimakbulkan
sbb iols penah bagi stray cat makan...and ada satu kucing ni mmg selalu tggu aku blk rumah lps keje
dia mintak makan
and masa aku bagi dia makan, mmg aku wish aku nak sgt dpt satu job dgn satu kampeni ni...sbb nk masuk situ mmg susah gak le..so mmg suruh je cik kucing tu doakan aku
and few weeks lps tu,HR call and ckp aku berjaya dpt job tu
and smpi skang dia masih setia tggu aku blk keje
time kasih cik kucing
Quote chicozinn 21-4-2019 12:54 AM
Smoga dimurahkn rzki sis sekeluarga..anjing ni klu kte wt baik insha Allah dia stia kt kte

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.195428s Gzip On
To Top