Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Meski Sering Dikecam Rakyat, Tun Mahathir Tersenarai 100 Manusia Paling Berpengaruh Dunia

Oleh: Tukang Tulis|19-4-2019 11:37 AM Komen: 12
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kredit foto: Carian Google

Walaupun pentadbirannya sentiasa dikecam rakyat kerana gagal menunaikan janji-janji yang ditabur pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap menerima penghargaan di peringkat antarabangsa.

Beliau dinamakan oleh majalah TIME sebagai salah seorang daripada 100 manusia paling berpengaruh di dunia pada masa ini.

Pengiktirafan itu meletakkan Dr. Mahathir sebaris dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden China, Xi Jinping.

Imran Khan, Jacinda Ardern, Xi Jin Ping dan Donald Trump. Kredit foto: Carian Google


Memetik ulasan yang ditulis oleh pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam portal TIME pada 17 April, Dr. Mahathir membuktikan usia yang lanjut bukan penghalang untuk bergerak aktif dalam politik pilihan raya.

"Kuda perang tua yang menggerunkan ini mempesonakan ketika mengharungi kempen yang melelahkan, menarik khalayak yang besar; kebergantungannya terhadap nilai-nilai teras menyatukan kumpulan-kumpulan pengundi dan usianya menarik kepercayaan orang ramai terhadap tokoh besar dalam politik ini," katanya.

Kredit foto: TIME

Turut berada dalam senarai 100 Manusia Paling Berpengaruh ialah bintang-bintang Hollywood seperti Dwayne Johnson (The Rock), Glenn Close, Brie Larson dan Rami Malek. 

Bagi kategori ikon pula, antara yang tersenarai ialah Taylor Swift, Lady Gaga, Michelle Obama dan Spike Lee.

Selain itu, bintang Liverpool, Mohamed Salah; jaguh golf dunia, Tiger Woods dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg turut dimasukkan dalam senarai yang sama.

Dr. Mahathir memang kelihatan gah di pentas dunia namun masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinannya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis terhadap mereka. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Rainora 2-5-2019 12:43 AM
Banyak2 gambar, gambar tu juga drg letak... Donald Trump

Lain-lain Komen

Quote Kurex 19-4-2019 11:45 AM
Macai pasti bangga
Quote EmaAsmadi 19-4-2019 03:21 PM
Boringgggggg
Quote hussaini4675 19-4-2019 04:08 PM
EmaAsmadi: Boringgggggg


I like
Quote hussaini4675 19-4-2019 04:09 PM
Kurex: Macai pasti bangga


Payah la nuar berahim nak langgar atok
Quote Melorqe 19-4-2019 04:10 PM
hhmmmm  artis punya level saja kaaa yg lelain tu?
Quote jue10 19-4-2019 04:55 PM
x dinafikan mahathir antara pemimpin yg disegani serata dunia, tp gabungan beliau dgn pmimpin ph yg lain mcm xserasi.
ni sume salah najib klu x mahathir xkn kluar umno, mst bn tatap memimpin malaysia
Quote tobby 19-4-2019 05:00 PM
Apa guna klu rakyat kelaparan??
Quote hussaini4675 19-4-2019 05:11 PM
tobby: Apa guna klu rakyat kelaparan??


Depa kejar glamer
Quote EncikH 19-4-2019 06:00 PM
Dia antara pemimpin negara Islam yang berani & lantang depan2 kritik Yahudi.

Like him or not.

Nak harap bosskurrr masa jadi PM dulu? US DOJ jentik pasal MO1 pon terkucil lari.
Quote Sham143 20-4-2019 10:40 AM
Aiseymen.. Rosmah tk ada dalam senarai ke?
Quote dodolgemok 20-4-2019 12:12 PM
Najib smpah tetap worst finance minister. Kahkahkah malu apa bossku?
Quote Rainora 2-5-2019 12:43 AM
Banyak2 gambar, gambar tu juga drg letak... Donald Trump

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.305037s Gzip On
To Top