Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Imej Ngeri: Terbabas Dan Terlanggar Besi Jambatan, Kaki Putus

Oleh: Myra Rozi|18-4-2019 11:08 AM Komen: 13
Ketulan ais dilonggokkan pada kaki milik seorang penunggang motosikal yang putus dalam kemalangan di Jalan Jelutong, Georgetown.

Tindakan dari orang ramai itu dilakukan dengan harapan kaki tersebut dapat disambungkan semula.

Foto: Harian Metro
Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu menyaksikan mangsa Muhammad Kamil Raja Mydin, 19, menunggang motosikal Yamaha Y15 ZR bersama seorang remaja perempuan, Siti Nuraishah Mydin Koya, 19, dari arah Jalan C Y Choy menghala ke Jalan Sungai Pinang.

Difahmakan mangsa terbabas dan terlanggar besi bahagian tengah jambatan tersebut.

Foto: Harian Metro
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, 

Kesan rempuhan itu, kaki kanan mangsa putus pada paras lutut ke bawah manakala pembonceng mengalami luka di kaki kanannya.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu mangsa yang putus kaki termasuk ada yang melonggokkan ais pada kaki mangsa yang putus selain di pahanya."

Foto: Berita Harian
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan termasuk menyambung kembali kakinya yang putus.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Kadaisaku 19-4-2019 08:39 AM
Kesiannya semoga dipermudahkan

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 18-4-2019 11:11 AM
Masya Allah.. ngerinya..

Quote eyansss 18-4-2019 11:13 AM
harap2 dapat la disambung balik...
Quote sfrnna 18-4-2019 12:05 PM
Edited by sfrnna at 18-4-2019 04:30 PM

ya allah muda lagi. btw, cara betul bukan kena balut dulu kaki tu dgn plastic lepas tu baru cover dgn ice ke kalau nak memudahkan penyambungan?? ke i salah?
Quote Jajabeans 18-4-2019 12:06 PM
Betul ke tindakan longgokkan ais tu? Harap2 dpt sambung balik
Quote natrahn 18-4-2019 12:06 PM
Dapat sambung tak kaki tu?
Quote Artemesiaa 18-4-2019 12:08 PM
Mengerikan harap kaki beliau masih boleh diselamatkan
Quote RatuDunia94 18-4-2019 12:32 PM
Ya Allah... bila keadaan mcm tu rasa hidup dah musnah... xde nikmat nak berjalan scr normal lg... silap2 bangun pengsan.. bagung pengsan..
Quote intan_smsb 18-4-2019 03:03 PM
ngerinya.. harap takde jangkitan kuman
Quote pai.kacang 18-4-2019 03:52 PM
sfrnna replied at 18-4-2019 12:05 PM
ya allah muda lagi. btw, cara betul bukan kena balut dulu kaki tu lepas tu baru cover dgn ice ke kal ...

orang yang takde latihan rawatan kecemasan tak boleh alihkan mangsa kemalangan sesuka hati. maybe sebab tu dorang buat cara macam ni
Quote iloveselangor 18-4-2019 04:49 PM
Ko bawa macam Mana dik...mesti laju khennn Tak padan dengan badan kelajuan
Quote moonbug 18-4-2019 05:15 PM
Ngerinya. Muda lagi dik, dah putus kaki. Semoga sembuh balik macam biasa
Quote cupu 18-4-2019 05:28 PM
Bwk awek ke tu...klu aweknya ko jgn plk tinggalkan pakwe ko tu klu kaki dia cacat..apapun takziah..tp hrpnya dpt sambung blk la kaki tu.
Quote Kadaisaku 19-4-2019 08:39 AM
Kesiannya semoga dipermudahkan

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.313869s Gzip On
To Top