Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Promo Jual Kek Guna Gambar Danish Harraz, Letak Watermark Sendiri Pula Tu

Oleh: Azza|17-4-2019 12:30 PM Komen: 69




Insta Famous Cilik masak-memasak, Danish Harraz antara personaliti yang dikagumi kerana sanggup berkongsi ilmunya membuat kek kepada netizen menerusi laman media sosialnya. Malahan dia tidak pernah berkira jika ada yang mahu menggunakan gambarnya sebagai panduan.

Namun, apabila ada individu yang tidak bertanggung jawab mengambil gambar Danish lalu meletakkan 'watermark'nya sendiri serta menyatakan dia mampu membuat kek tersebut, sebenarnya ia sangat biadab. Lebih mengecilkan hati kanak-kanak berbakat ini ialah, sikap acuh tidak acuh pencuri karyanya lalu sempat 'membahasakan' Danish sebagai beruk.


Menurut Danish, dia cuma bertanyakan individu tersebut mengapa meletakkan 'watermark' pada gambarnya. Namun dijawab dengan nada sombong bahawa dia cuma terjumpa gambar tersebut di Internet dan berkenan kerana cantik. Selain itu, individu tersebut juga sempat berpesan supaya meletakkan 'watermark' sendiri jika tidak mahu gambar dicuri.

Kredit foto: IG
Selain itu, individu yang menggunakan nama Rara Homemade (telah ditukar namanya di Facebook) juga mengajak netizen untuk bergaduh jika tidak berpuas hati dengannya. Jawapan tersebut membuatkan ibu kepada Danish turut tampil meminta penjelasan mengenai isu tersebut.

Kredit foto: IG

Setelah mendapat kecaman bertalu-talu daripada netizen, Rara kemudiannya menukar nama Facebook lalu menarik balik gambar tersebut. Ini ialah gambar Congo Bar yang dimaksudkan. Dalam tulisannya juga, Danish menjelaskan yang dia tidak kisah jika ada netizen mahu menggunakan gambarnya untuk dibuat berniaga, tetapi biarlah info tersebut jelas dan sampai. Tidaklah sampai menyalahgunakan gambar sehingga membuatkan netizen lain keliru.


Ternyata budaya 'copy and paste' masih berlaku di sekeliling kita. Mujurlah isu ini terhenti apabila Rara akhirnya meminta maaf (walaupun kedengarannya tidak ikhlas). Namun sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengambil mudah isu hak cipta. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 69
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote goss79 22-4-2019 10:44 AM
adui siap panggil dtg turun kelate nak bergaduh. bodoh nya ppuan nih. malas gaduh dgn org bodoh camnni, jd sakit hati je. tp geram betul.

Lain-lain Komen

Quote annehuda 17-4-2019 12:43 PM
nampak sgt la kak ko produk ko tu hauk sampai kene curik gmbr org lain.
Quote aderaderker 17-4-2019 12:47 PM
Kuangajaq nya pompuan kelate ni,  kalau orang dok blame negeri becoz yg buruk perangai dua tiga ekor ni,  sek2 dia bakalan play victim pulok.

Dah sendiri perangai huduh..
Quote shernazz 17-4-2019 01:09 PM
Nate beruk ni kalau turun kl kita baling budu ke dio..
Selet kek bronis ape bagai kat muka dia...bagi beruk makan kat muka dia
Quote mongoose_kidz 17-4-2019 01:14 PM
fb nama rara homemade lagi ke...
berniaga area mana la prmpuan ni...
i nk pastikan x terbeli biskut dia ni..
perangai huduh..kecek pun huduh
Quote fushimi 17-4-2019 01:17 PM
set bodo lembang

tiner neh sembang je lebih



Quote ikanmasin 17-4-2019 01:23 PM
kuang ajar nya ko perempuan..tak malu sungguh lah dah lah
ko amik siap letak watermark .apa salahnya ko ngaku silap dan
perbetulkan jer .mmg tak sedar diri dah salah tak nak ngaku siap
suka suki panggil anak org beruk..ko lah beruk tak malu.geram pl
akk
Quote buapakperut 17-4-2019 01:26 PM
teruknya bahasa ko mek ...macam budak yang asek sebut babi syial tu je. curi gambar orang tu satu. bile baca post dia dengan slang negeri dia tu lagi iols nyampah. brownies ko rupa apa sampai takleh guna gambar sendiri. iols syak macam najis kot
Quote whadda 17-4-2019 01:28 PM
pemalas punya seller.. nak letak watermark tangkap le gambar sendiri.. ye tak ye je dah lama niaga.. ntah2 baru
Quote CiliPadiSedap 17-4-2019 01:32 PM
#serambiMoscow
Quote RatuDunia94 17-4-2019 01:42 PM
Dah 2019 pon masih ada yg curi pic org ngaku pic sendiri.. kalau zaman2 fb baru nak naik dulu boleh lah... hahahaha
Quote paz 17-4-2019 01:53 PM
Buruk sangat perangai kakak ni. Adab takde.
Quote smeetasmitten 17-4-2019 02:12 PM
Hoh dia ambik dari ig. Sah2 la ig si danish. Bukan stock photo google ke apa
Quote Queenmastani 17-4-2019 02:31 PM
Boleh la demo kawan gan lemak suka mencarut kt org
Quote dua_chzy 17-4-2019 02:31 PM
Oh awek tudung dengan pangai memalukan berpisah teda.
Quote beatgirlX 17-4-2019 02:41 PM
Dah la copy..bahasa punnnn....malu la wehhh
Quote Cookingholic 17-4-2019 02:45 PM
smeetasmitten replied at 17-4-2019 02:12 PM
Hoh dia ambik dari ig. Sah2 la ig si danish. Bukan stock photo google ke apa

Scroll ig kan? Lagila huduh perangai. Amik gamba org pastu letak watermark buat mcm hak sendiri.

Btw tak paham meniaga makanan tp guna gambar org. Lagi2 kek, cookies, pastries. Ape ko tak pernah buat ke sbl ni? Tak pernah buat food tasting dulu ke sebelum nak menjual? Confirm sedap ke? Confirm customer bleh dpt sebijik mcm dlm gamba yg ko curik tuh?
Quote EvieWanKenobi 17-4-2019 02:57 PM
busuknya perangai..
Quote MadameOnion 17-4-2019 03:05 PM
siap pakej maki org beruk lagi..mu gi make budu sano sampa mapuh
Quote Megikari 17-4-2019 03:57 PM
Confirm sekut dia huduh sebab tu dia sendiri pun tak tergamak nak tayang kat orang. Pastu gigih scroll ig orang cari gambar sekut comey2 untuk iklan dia. Pigidah tino beruk!! Semoga takde la orang yang order sekut raya kat pompuan ni

Lihat semua komen(69)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.094800s Gzip On
To Top