Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sampai Menangis Peragut Dalam Balai Polis, Takut Bini Marah!

Oleh: Tukang Tulis|16-4-2019 12:19 PM Komen: 50
Gambar hiasan
Insiden ragut kebiasaannya menjadi pengalaman yang menakutkan dan penuh trauma terhadap mangsa, namun seorang wanita menganggap kejadian jenayah yang dialaminya sendiri baru-baru ini sebagai sesuatu yang lucu.

Mangsa yang berkongsi pengalaman melalui Facebook pada 15 April berkata, peragut berkenaan menangis ketika datang ke balai polis kerana takut dimarahi isterinya.

Suspek kes ragut (berbaju merah) menangis ketika datang ke balai polis. Kredit foto: Facebook

Wanita itu memberitahu, pada 11 April lalu, dia diragut di hadapan sebuah bank di Kuala Selangor namun ketika melarikan diri, suspek tertinggal motosikal yang masih dihidupkan enjinnya.

Tanpa membuang masa, dia terus membawa motosikal tersebut ke balai polis dan membuat laporan tentang kejadian.

Katanya, semasa membuat laporan, suspek datang ke balai polis sambil menangis kerana takut dimarahi oleh isterinya yang merupakan pemilik motosikal berkenaan.

Mangsa hairan kerana suspek sangat takut dengan isterinya sedangkan dia tidak berperasaan begitu ketika melakukan jenayah ragut.

Ekoran peristiwa melucukan itu, suspek dijadikan bahan lawak dan diketawakan oleh semua orang yang ada di balai polis.

Kredit foto: Facebook
Kisah yang kini tular itu turut menjadi bahan lawak oleh para netizen lebih-lebih lagi golongan wanita yang geram dengan perbuatan suspek yang menyasarkan kaum hawa sebagai mangsanya.

Kredit foto: Facebook
Entah apa pula cerita si peragut dengan isterinya. Daripada gunakan motosikal isteri untuk meragut, bukankah lebih baik kalau memanfaatkannya bagi mencari rezeki yang halal? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
4
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 50
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote None68 18-4-2019 10:23 PM
X fahamlah camne dia boleh tinggalkan motor tu..

Lain-lain Komen

Quote Zirara99 16-4-2019 12:28 PM
Hahahaha tak boleh blah yang dia mai balai tu kenapa?
Quote uori 16-4-2019 12:30 PM
jahat dan bodoh bila seiring
Quote hussaini4675 16-4-2019 12:31 PM
Zirara99: Hahahaha tak boleh blah yang dia mai balai tu kenapa?


Kantoi le tu. Tengok nombor plate polis dah tau sapa punya.
Quote prettyuglybabe 16-4-2019 12:38 PM
kalau gini bini masih hadap jugak, tak tau la..
Quote imransulaiman 16-4-2019 12:39 PM
Dapat balik tak beg yang dia ragut tu dengan semua isi sekali tak hilang??
Quote hussaini4675 16-4-2019 12:45 PM
prettyuglybabe: kalau gini bini masih hadap jugak, tak tau la..


laki dia terus masuk dalam kot.
Quote hussaini4675 16-4-2019 12:46 PM
imransulaiman: Dapat balik tak beg yang dia ragut tu dengan semua isi sekali tak hilang??


Dengarnya dapat balik

Quote hussaini4675 16-4-2019 12:46 PM
imransulaiman: Dapat balik tak beg yang dia ragut tu dengan semua isi sekali tak hilang??


Dengarnya dapat balik

Quote prettyuglybabe 16-4-2019 01:10 PM
hussaini4675 replied at 16-4-2019 12:45 PM
laki dia terus masuk dalam kot.

takat kes samun macam ni, reman berapa lama je pun..
lepas beberapa hari keluar la dia dari lokap..
keluar lokap bini datang jemput
Quote puteribaya 16-4-2019 01:13 PM
haaaa tau takuttt
Quote umie 16-4-2019 01:14 PM
Hujung2 bini tau jugak ko menyamun org
Quote sehirkedi 16-4-2019 01:14 PM
Hahahaaa takot bini rupanya..
Quote OrkedCattleya 16-4-2019 01:31 PM
Hahaha bini dia mesti garang gilerrr
Quote hussaini4675 16-4-2019 01:40 PM
OrkedCattleya replied at 16-4-2019 01:31 PM
Hahaha bini dia mesti garang gilerrr

Peragut ni ahli pertabi agaknya
Quote moonbug 16-4-2019 01:44 PM
Tuhan tak takut pulak?
Quote MarryPottet 16-4-2019 01:57 PM
Edited by MarryPottet at 16-4-2019 01:59 PM

Peragut haluih tu set yenna. Dia siap bgtau kat akak yg diragut tu - "terima kasih kak"
Mungkin dia sengaja serah diri untuk check in penjara sebab dlm penjara baginya lebih aman dari di rumah. Kot di rumah bini garangnya pantang nampak muka dia, asyik kena bambu je
Quote ninnamina 16-4-2019 02:10 PM
Hahaha tau takot
Quote bazarayamy 16-4-2019 02:26 PM
huish... lagi takut bini dari takut kene jail? bagusla... senang kerja polis...
Quote Supersirap 16-4-2019 02:30 PM
Mungkin lelaki tersebut mengalami tekanan perasaan yang teramat

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.318508s Gzip On
To Top