Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Didenda RM2,000, Lan Pet Pet Mengaku Bersalah Pukul Pak Guard!

15-4-2019 02:51 PM|Oleh: LilRose| Komen: 21

Isu pelawak membelasah seorang pengawal keselamatan masih hangat diperkatakan.


Kredit foto: IG Lan Pet Pet

Selepas mengaku bersalah atas tuduhan memukul dan menendang warga emas terbabit, Mazlan Ahmad, 49, atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, lapor mStar Online.

Dalam kejadian jam 8 malam pada 6 April lalu, anggota Senario itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sedang memukul mangsa, Yahya Manap, 68, di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Seremban dan tular di laman sosial.



Sebelum ini, Lan ditahan pada 7 April mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan, namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut laporan media sebelum ini, kakak iparnya, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menyifatkan kejadian yang menimpa Lan sebagai satu fitnah.


Kredit foto: IG Che Ta

Apa pula kata Che Ta selepas ini apabila Lan terbukti bersalah? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 21
Komen

Previous : Apa Gabungan Artis Yang Peminat Nak Tengok? Ini List Yang Rare Dan Di Luar Kotak!

Next       : Tak Jadilah Nak Berlaki? Joy Revfa, Bekas Isteri Hafiz Hamidun Putus Cinta

Komen Terbaru

Quote Chairman 28-5-2019 11:32 AM
kes dh setel..diorg pn dh berbaik2...Alhamdulillah

Lain-lain Komen

Quote hannan_rayyan 15-4-2019 02:55 PM
cheta komen sikit please
Quote BoongaKertas 15-4-2019 03:05 PM
fitnah?? teruk pakcik tu kena belasah, hang kata fitnah?? cheta plis!
Quote weezerfan 15-4-2019 03:09 PM
Babi je dh blasah org denda 2k je. Sial
Quote missflamingo 15-4-2019 03:12 PM
Dah ada rakaman cctv pun masih kata fitnah? Penipu betul cheta ni. I dah mula menyampah family dorang since kes driver cheta tu, now pasal lan pet plak. Tak boleh terima
Quote duricinta 15-4-2019 03:15 PM
Makin lama makin menyampah ngan family cheta ni...
Quote tensic~ 15-4-2019 03:21 PM
Kalau tmj pukul org pun kena 2k je agaknya... Celah gigi
Quote MarryPottet 15-4-2019 04:21 PM
Belasah warga emas yg sedang menjalankan tggjwb dia, lagi pulak mmg salah dia yg menonong masuk kws perumahan yg berpengawal. Pastu duit denda 2k bukan dapat kat acik malang tu. Peguam patut bantu acik utk saman makhluk bongkak ni mintak gantirugi atas kecederaan serius yg dialaminya
Quote laksmanabentan 15-4-2019 04:25 PM
cian ko pakcik.... biaya rawatan kena bayar sendiri ker pakcik?
lan pet pet tu takde datang melawat, minta maaf ker... hulur sikit bantuan gitu ker...
da sedap2 ko terajang orang tua tu... bla camtu jer...
Quote budakmanentah 15-4-2019 04:27 PM
ye ye che ta kata fitnah...bekap xberagak
Quote zie_indah 15-4-2019 07:14 PM
Hahaa che ta cuba kne kat ko ...marah dak kes driver pun rempan smpai bk saman2
Quote Megikari 15-4-2019 07:23 PM
Kalau belasah orang setakat kena denda 2k, boleh la aku gi belasah jiran rumah depan yang sesuka hati atok dia buang sampah kat tong aku sampai aku pulak susah nak buang sampah
Quote nadie90 15-4-2019 07:23 PM
Kn dnda RM 2K ja...mmg truk undg2 kt Malaysia nie...dia pkul warga emas yg msih cr rezeki kot....lps tu 'KAKAK IPAR' kt tu fitnah....moga ad pengadilan utk pkck guard ni
Quote giyomi 15-4-2019 07:34 PM
org tua ko brani terajang, cuba ko wat camtu kat guard gurka nepal, mesti ko yg tercirit lari. RM2000 jer, mmg tak patut, klu bole denda dan penjara dan sebat sekali sebab nak sgt tunjuk samseng
Quote munchkin 15-4-2019 07:39 PM
Fitnah pala bana
Quote tagas 16-4-2019 08:58 AM
Fitnah pant*t ko la betina
Quote ChildrenOfBodom 16-4-2019 01:10 PM
fitnah tapi ngaku bersalah
bodoh mcm hanjing.
bincang la dulu sebelum bg statement
Quote mohdcrow 16-4-2019 01:36 PM
SEREMBAN 15 April - Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati kerana pelawak, Lan Pet-Pet hanya dikenakan denda sebanyak RM2,000 kerana memukulnya dalam kejadian pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, memandangkan kecederaan yang dialaminya dalam kejadian itu agak teruk.


“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal (pukul) ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Lan Pet-Pet didenda RM2,000 oleh mahkamah di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati di Nilai pada 6 April lalu.

Pelawak itu dipercayai bertindak demikian selepas ditegur oleh pengawal keselamatan itu kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 82860#ixzz5lEYn658Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote de_ikea 16-4-2019 02:45 PM
mohdcrow replied at 16-4-2019 01:36 PM
SEREMBAN 15 April - Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati kerana pelawak, Lan Pe ...

Yes pacik security. Teruskan saman cedera, saman malu pd lan petpet. Bukti dan saksi semua ada. Go go!
Quote YomiuriLandMae 16-4-2019 07:15 PM
mohdcrow replied at 16-4-2019 01:36 PM
SEREMBAN 15 April - Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati kerana pelawak, Lan Pe ...

bagus kasi saman je itu org..kakak ipar dia byk duit kan..

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.805452s Gzip On
To Top