Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Resipi Pearl 'Homemade' Ala Tealive, Lepas Ni Tak Perlu Beratur Dah!

15-4-2019 12:36 PM|Oleh: intan| Komen: 8

Jika anda penggemar minuman seperti Tealive dan Chatime pasti pernah merasa 'topping' minuman seperti pearl, grass jelly dan sebagainya. Harga satu minuman paling kurang pun RM 6 hingga RM10. Kalau hari-hari minum pun boleh muflis juga ya! Kali ni tak perlu dah beratur panjang-panjang di kiosk sebab anda boleh buat sendiri di rumah resipi pearl ala Tealive ni.

Bahan dan cara memasak pun mudah saja, boleh buat satu jug terus!

Bahan-bahan diperlukan

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hitam


Campurkan kesemua bahan. Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga aduna tidak melekat di jari. Cubit dan uli adunan menjadi bebola kecil sehingga siap semua.

Rebus dengan air gula

Kemudian, rebus dengan air gula. kalau nak sedap lagi gunakan gula melaka.

Tunggu sehingga masak. Kemudian dah siap untuk dihidang. Mudah ja kan?


Selain teh ais, boleh juga dicampurkan dengan minuman lain. Sedap kenyal-kenyal gitu. Selamat mencuba! -CARI

kredit : Su Abdullah

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Ayam Percik Kelantan, Buat Air Liur Merecik!

Next       : 'Telur Dadar Pearl', Resipi Baharu Buat Peminat Tegar Bubble Tea!

Komen Terbaru

Quote bondeh 25-4-2019 05:28 AM
I tgk resepi di ig masakan Thai dia guna serbuk minuman coklat 3 in 1 campur air & serbuk agar-agar then masak. Macam leceh juga sebab nak keraskan kena ada acuan. Huhu. Tapi ini senang. I baru tgk ig resepiadik dia guna bahan2 macam ini tapi dia buat warna warni. Menarik

Lain-lain Komen

Quote sfrnna 15-4-2019 06:26 PM
Thanks sharing! i mmg suka pearl ni expecially kalau dpt minum dgn thai green tea tak pun milk coffee.  cari dekat kedai x pernah jumpa pulak.  Nak gentel kecik2 tu yang leceh tu.
Quote twinkleboo 16-4-2019 10:03 AM
OMG! Senang jer nak buat!
Quote chinta89 17-4-2019 09:41 AM
sape dh buat? sedap tak?

kalau nk beli pearl yg dh siap,kat mana? iols bayangkan ade dijual bijik kecil2 lps tu rendam dlm air bg kembang hahaha
Quote lwyl 19-4-2019 10:22 AM
chinta89 replied at 17-4-2019 09:41 AM
sape dh buat? sedap tak?

kalau nk beli pearl yg dh siap,kat mana? iols bayangkan ade dijual bijik ...

Di Shopee.
Quote chinta89 21-4-2019 07:51 AM

owh tq uols nt nak carik
Quote lwyl 21-4-2019 06:24 PM
chinta89 replied at 21-4-2019 07:51 AM
owh tq uols nt nak carik

Boleh juga beli dari Taiwan.
Quote Bantalkuning 21-4-2019 07:17 PM
wahh, tak sangka pula sng je buatnya
Quote bondeh 25-4-2019 05:28 AM
I tgk resepi di ig masakan Thai dia guna serbuk minuman coklat 3 in 1 campur air & serbuk agar-agar then masak. Macam leceh juga sebab nak keraskan kena ada acuan. Huhu. Tapi ini senang. I baru tgk ig resepiadik dia guna bahan2 macam ini tapi dia buat warna warni. Menarik

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056536s Gzip On
To Top