Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dicabul Jurulatih Miang Ketika Menyelam, Pelancong China Dedah Pengalaman Ngeri Di Semporna

Oleh: Sang_Pencinta|15-4-2019 12:33 PM Komen: 22
Dua orang pelancong wanita dari negara China mendedahkan pengalaman ngeri mereka diganggu secara seksual oleh seorang jurulatih menyelam ketika bercuti di Semporna, Sabah.


Kredit foto: China Press
Memetik kenyataan mereka kepada akhbar China Press, mereka berdua telah melancong ke Sabah untuk mendapat pengalaman menyelam dan menginap di Dragon Inn Floating Resort, Semporna. Mereka kemudiannya dirujuk kepada seorang jurulatih menyelam lelaki berumur 29 tahun yang bekerja dengan resort tersebut.


Kredit foto: China Press
Bagaimanapun, mereka terkejut kerana mengalami gangguan seks ketika menyelam. 'Lelaki itu memukul punggung saya beberapa kali, saya ingatkan dia mahu saya berenang lebih cepat kerana itulah pengalaman menyelam saya yang pertama'  kata seorang mangsa memberitahu Touch TV.

'Dia memukul punggung saya tak berhenti-henti kemudian merabanya' katanya menambah. Seorang lagi mangsa pula memberitahu lelaki itu meraba buah dadanya. 

'Dia pegang tangan saya dan tangki oksigen kemudian menyentuh buah dada saya, saya ingatkan hanya kesilapan tetapi dia mengulanginya beberapa kali' kata mangsa kedua itu.


Kredit foto: China Press
Kedua pelancong itu kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus agensi yang mengendalikan program menyelam tersebut beserta video rakaman kejadian sebagai bukti dan mereka dijanjikan pampasan RM1,840 yang akan dibayar dalam tempoh 30 hari. 


Perjanjian pampasan tersebut menyatakan 'Agensi bersetuju membayar pampasan RM1840 kepada kedua mangsa dalam tempoh hari, jika tidak kedua wanita ini akan mengambil tindakan selanjutnya'.


Kredit foto: China Press


Menurut China Press lagi, kedua wanita itu mengambil keputusan untuk mendedahkan kejadian tersebut kerana tidak mendapat sebarang pampasan sehingga kini. 


Kredit foto: China Press
Kedua mangsa itu juga memberi amaran kepada wanita yang berniat untuk menyelam di Semporna supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Semoga agensi itu dan jurulatih menyelam yang miang dikenakan tindakan untuk menjaga nama baik industri pelancongan setempat. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 18-4-2019 09:34 PM
Update: Dive Master kata pelancong China menipu, dia nak betulkan peralatan bukan raba, tak pernah offer pampasan, pengurus suruh lapor polis tetapi mereka enggan.

https://www.utusanborneo.com.my/ ... HgYjruBUjFcjCe5XID0


`Dive master' tampil beri penjelasan dakwaan raba penyelam China'


SEMPORNA: Dua dive master yang didakwa meraba dua penyelam warga China dalam insiden pada 31 Mac lalu tampil membuat penjelasan kepada Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Sabah.

Pengarah Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, kenyataan kedua-dua pihak yang terlibat sudah diambil.

Menurutnya, dive master yang dikenali sebagai James Jark dalam satu kenyataan pada Selasa, insiden yang berlaku tidak seperti yang didakwa kedua-dua penyelam dari China itu.

Laporan akhbar China yang tular mengenai insiden itu menyebabkan imejnya sebagai seorang dive master profesional tercemar kerana dakwaan yang dilemparkan itu tidak benar.

Katanya, dia sudah memberi kenyataan kepada pihak polis untuk membantu siasatan kerana pengusaha pelancongan yang terlibat telah membuat laporan polis berkenaan kes itu.

Saya tampil membuat kenyataan ini untuk membersihkan nama saya dan dive master yang bekerja di Semporna, katanya.

Beliau berkata, kedua-dua penyelam warga China itu datang ke Semporna bagi melakukan aktiviti Discovery Scuba Diving (DSD) dan mereka bukan penyelam yang berpengalaman.

Bagaimanapun ketika berada di dasar laut, peralatan menyelam yang dipakai kedua-dua mereka bermasalah dan memerlukan bantuan seseorang untuk memperbetulkannya.

Katanya, apa yang berlaku di dasar laut ketika itu bukan seperti yang didakwa dua penyelam wanita China berkenaan.


Pada 31 Mac lepas, ketika saya membawa dua penyelam itu melakukan DSD, kedua-dua penyelam itu berdepan masalah dengan BCD yang dipakai ketika menyelam di dasar laut.

Apabila mendapati tangki seorang penyelam hampir terjatuh, saya memberikan tanda isyarat untuk memintanya berhenti dan menyuruhnya mengetatkan klip BCD yang dipakai.

Penyelam itu membalas isyarat OK dan kemudian meneruskan selaman tanpa memperbetulkan klip dan tangki yang dipakainya. Saya mengandaikan dia tidak memahami isyarat saya berikan," jelasnya.

Katanya, beliau perlu memegang BCD yang dipakai dan memasang klip itu dan membetulkan kedudukan tangkinya. Ketika itulah beliau terpaksa menyentuhnya bukan dengan niat melakukan gangguan seksual seperti yang didakwa.

James berkata, seorang lagi penyelam tidak memasang klip BDC di bahagian hadapan dengan betul, maka beliau perlu membantu memasang klip berkenaan.

Sebagai dive master, keselamatan penyelam di bawah kendalian mereka adalah satu tanggungjawab yang besar.

Katanya, kedua-dua penyelam itu tidak mempunyai pengalaman menyelam, justeru mereka tidak faham situasi yang mereka hadapi dengan pemakaian BCD itu sebenarnya membolehkan mereka berdepan masalah.

Jika saya tidak membantu memperbetulkan masalah BCD mereka, nyawa mereka dalam bahaya. Ini adalah pengetahuan asas bagi dive master untuk memastikan keselamatan dan juga peralatan penyelam tidak bermasalah.

Sudah tentu sebelum turun ke laut, kami ada membuat pemeriksaan peralatan namun, ada kalanya ia boleh longgar ketika berada dalam air.

Adakah tindakan saya membantu penyelam itu dianggap salah kemudian didakwa cuba melakukan gangguan seksual, jelasnya.

James berkata, beliau sudah menjadi dive master selama tiga tahun. Belum pernah ada penyelam yang tidak berpuas hati dengan caranya membantu mereka di dasar laut.

Menurutnya, keselamatan penyelam adalah keutamaan dive master dan itulah etika profesional yang dipegang.

Tindakan yang saya lakukan itu betul dan saya tidak menyesal menegur cara pemakaian BCD mereka walaupun pada akhirnya saya yang didakwa meraba mereka.

Saya sudah berkeluarga, cuba fikir apa perasaan isteri dan anak saya jika saya kehilangan sumber pencarian disebabkan dakwaan yang tidak benar sebegitu, katanya.

Wakil pengusaha pelancongan tempatan itu berkata, penyelam China itu tidak membuat sebarang aduan pada hari kejadian itu berlaku, iaitu pada 31 Mac.

Namun, pada 1 April penyelam itu membuat aduan kepada ejen pelancongan China kononnya dive master berkelakuan tidak elok ketika membawa mereka melakukan DSD.

[b]Justeru, kami nasihatkan supaya penyelam China itu membuat laporan polis. Syarikat kami tidak pernah mencadangkan memberi bayaran pampasan kepada wanita China itu dan menasihatkan mereka membuat laporan polis. Namun, sehingga hari terakhir mereka berada di Semporna, iaitu pada 2 April, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.

Kemudian, kami hanya mengetahui mengenai isu yang tular ini melalui kawan-kawan pada 11 April lalu, jelasnya.

Sementara itu, Abdul Razak Ismail dari Persatuan Penyelam Profesional Semporna (SPDA) berkata, pihaknya turut membantu dalam kes berkenaan bagi menjaga nama baik dive master yang berada di Semporna.

Walaupun dive master itu bukan ahli SPDA tetapi demi menjaga nama baik penyelam di Semporna, kami terpanggil turut membantu menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Sebagai badan yang tidak memihak kepada sesiapa, kami menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh ke atas semua pihak yang terlibat, katanya.

Pada 11 April lepas, akhbar China melaporkan insiden yang berlaku ke atas dua warga mereka ketika menyelam di Semporna.

Kedua-dua wanita warga China itu mendakwa diraba oleh dive master ketika berada di dasar laut. Dive master itu didakwa menyentuh bahagian sensitif pada tubuh mereka dengan sengaja beberapa kali ketika berada di dasar laut.

Mereka memfailkan aduan kepada pengusaha pelancongan tempatan yang mengendalikan tempahan mereka dan agensi itu bersetuju menawarkan pampasan bernilai RMB3,000 (RM1,842). Namun, bayaran itu tidak diterima sehingga mereka kembali ke China.

Lain-lain Komen

Quote munchkin 15-4-2019 12:35 PM
Mana videonya???
Quote iloveselangor 15-4-2019 12:36 PM
Beach boy raba...aummm

Merogol takda kaitan dgn pakaian.
Quote Kurex 15-4-2019 12:48 PM
Setahu aku, China tanah besar sanggup berlakon kena langgar kereta semata utk dapat pampasan
Quote chicozinn 15-4-2019 01:18 PM
heleh baca bleh percaya jgan si PRC ni..
Quote matchstick 15-4-2019 01:30 PM
sanggup pulak dia tutup mulut kalau dpt pampasan...cemana org nk purcaya
Quote laksmanabentan 15-4-2019 01:37 PM
bad boy.... auummmmm
Quote shernazz 15-4-2019 01:39 PM
Maybe dia betul betul.kena
Tapi dh dpt pampasan..dia pilih duit la ..
Quote CharlesDera 15-4-2019 01:39 PM
brazzers....big tits in sports...wakakakakakakakakaa
Quote MissVixen 15-4-2019 01:41 PM
Memang ada bukti betul ke? Prc ni susah nak percaya. Banyak video diorang ni suka ugut dan scam orang.
Quote FailFish 15-4-2019 01:41 PM
setiap org ada harga..
so harga utk dia punya 2 body part RM1,840
Quote Sang_Pencinta 15-4-2019 01:54 PM
Msetilah pengurus tu dah tengok bukti sblm setuju bagi pampasan kan/

Quote tagas 15-4-2019 04:09 PM
takat tacing2 geli2 sket pun nak berkira

tak luak pun
Quote nusaraya 15-4-2019 05:07 PM
Betol-betol pintar ambil opportunity semasa melatih...elus-elus, remas dan pijat menambah gairah..
Quote Sang_Pencinta 15-4-2019 08:42 PM
Bijak pelancong tu rakam bukti
Quote mentadaklaut 16-4-2019 06:45 AM
Kurex: Setahu aku, China tanah besar sanggup berlakon kena langgar kereta semata utk dapat pampasan


Tu la pasal..byk jd cmtu kt sana, x mustahil sini pn sama
Quote babyLON. 16-4-2019 06:50 AM
Kurex replied at 15-4-2019 12:48 PM
Setahu aku, China tanah besar sanggup berlakon kena langgar kereta semata utk dapat pampasan

kan.. klau kereta tu ada dashcam boleh la lawan.. klau tak buta2 kena fitnah.
Quote precious_chicas 16-4-2019 10:36 AM
ini silap2 kes sengaja nak menjerat beach boys heheh. Backfired. padan muka dedua. Yg beachboys pun mmg pantang tgk girl yg boleh bawak bersembang.
Quote weezerfan 16-4-2019 11:42 AM
Segala benda yg keluar dr mulut ummah prc ni dgr je boleh caya jgn
Quote bellaa 16-4-2019 11:53 AM
1840? murah nya bontot & ur boobs

btw ai pon tak berapa berkenan sgt dgn beachboy.
tambah2 kat Chenang tu. mcm lapar pompuan je.

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051781s Gzip On
To Top