Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Anak Kena Sawan Lepas Tercekik Cebisan Ayam. Tindakan Pantas Ibu Selamatkan Nyawa Anaknya..

Oleh: Skinny|11-6-2019 03:53 PM Komen: 9
Ibu bapa mana yang tidak panik dan hilang arah bila anak kecilnya tiba-tiba sahaja diserang sawan tanpa ada apa-apa petanda sebelum itu.

Jika penyakit sawan yang berlaku pada bayi sering dikaitkan dengan simptom demam panas atau suhu badan yang melonjak tinggi, namun berbeza dengan kisah yang satu ini.

Seorang ibu telah berkongsi kisah menerusi laman Facebook (seperti paparan di bawah, namun dalam bahasa Mandarin). Dia mengalami detik cemas apabila anaknya yang berusia 19 bulan tiba-tiba sahaja diserang sawan.



Katanya, pada 29 Mac lalu, dia bersama keluarga bertolak dari Johor Bahru untuk ke Cameron Highland.

Ketika mereka menikmati makanan tengahari, anaknya lelakinya yang berusia 19 bulan itu turut menikmati ayam seketul ayam goreng.

Secara tiba-tiba badannya menjadi keras, matanya pula menjadi putih dan tidak sedarkan diri.

"Saya panik dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan."


Nasibnya baik apabila seorang jururawat berbangsa Melayu ada di situ, terus membantunya mengeluarkan makanan yang tersangkut di tekak kanak-kanak itu.

Kredit foto: Carian internet

Anaknya mula sedar dan dalam keadaan lemah, wanita ini dan suami terus bergegas ke hospital bagi rawatan kecemasan.

Selepas mendapatkan rawatan, anak ini kembali normal. Tiada lagi sawan. Namun, mereka terkejut kerana suhu badannya yang tadi normal mula menjadi tinggi dan melonjak sehingga 39.3 darjah celcius.

Menerusi penjelasan doktor, situasi yang dialami oleh anaknya adalah serangan sawan. Ya, meskipun sawan sering bermula dengan demam panas, namun apa yang dialami oleh anaknya ini adalah berbeza. Menurut doktor, sesetengah kanak-kanak mengalami sawan dahulu sebelum demam panas.

Katanya lagi, 3 hingga 4 peratus daripada 100 kanak-kanak akan mengalami situasi seperti itu.

Kredit foto: Carian internet

Wanita ini mendapat banyak respon daripada netizen yang terkejut dengan kejadian menimpanya.

Apa pun, dia berharap apa yang dikongsikan ini dapat membantu ibu bapa lain dari segi info dan persiapan awal jika berlaku perkara yang sama. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote whitePoison 12-6-2019 10:48 PM
Ayam guring? Kenape x bagi ketam je? Bengong

Lain-lain Komen

Quote Asdan 11-6-2019 04:01 PM

dah kata banyak kali, jangan makan ayam, ayam pun hak hidup,
Quote Melorqe 11-6-2019 04:23 PM
anak jiran aku dulu pun selalu sgt kena sawan.
rasanya mula tu pasal semam panas tapi lepas tu dok saja2 pun kena sawan tarik.
apa jadi lepas tu aku tak tau la. aku merantau sambung belajar.
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 06:40 PM
bukan ayamlah penyebabnya kan..
Quote crazybeach 12-6-2019 01:35 AM
haiyo ahso oi. cemane bagi anak 19 bulan tu makan ayam goreng. bagi gedebuk seketul camtu jah ke? tak carik2 dulu ke isi ayam tu sampai lumat ke dulu pastu masuk sikit2 dlm mulut dia

tapi umur gitu elok ke bagi makanan bergoreng camtu. ayam goreng ni kan oily, bergaram semua
Quote chinta89 12-6-2019 10:54 AM
nasib baik panjang nyawa..
Quote najib888 12-6-2019 12:26 PM
Tindakan pantas tu, bukan tindakan ibunya pun. Dia panik kan.

Tapi tindakan pantas nurse Melayu tu yg selamatkan bayi dari tercekik.

Kalau takde nurse tu, tak tau la nasib anak macam mana.
Quote nononcrux 12-6-2019 12:32 PM
sawan ni boleh samapi besar kena dia..
Quote emmet_23 12-6-2019 12:47 PM
setahun lebih makan ayam goreng berminyak?
Quote whitePoison 12-6-2019 10:48 PM
Ayam guring? Kenape x bagi ketam je? Bengong

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.424033s Gzip On
To Top