Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Guna Satu Resipi Sahaja Tapi Hasilkan Pelbagai Lauk Masak Lemak Cili Api

8-4-2019 04:00 PM|Oleh: M. Manis| Komen: 18

Orang Melayu memang suka masak lemak cili api kerana rasanya yang berlemak dan pedas. Sesuai dengan cita rasa orang Melayu. Masak lemak cili api ni senang sangat kalau kita pandai nak ubah suai resipinya.
 

Ini resipi masak lemak cili api dengan hanya menggunakan satu resipi, tapi anda boleh buat bermacam-macam lauk.


Foto: Carian internet

Bahan-bahan:

*4 ketul ayam/ Semangkuk besar udang/ Seekor ketam saiz besar/ 4 ekor ikan (pilihan)/ Semangkuk daging
*7 biji cili api (belah dua)
*Secawan santan pekat
*1 keping asam gelugur
*1/2 sudu kecil serbuk kunyit
*1/2 sudu besar garam
*2 batang serai
*2 biji tomato
*Sebiji kentang (direbus sedikit terlebih dahulu)

Cara masak:

1. Masukkan lauk pilihan anda bersama bahan-bahan yang lain. Perasakan dengan garam dan santan secukup dan selemak yang anda mahukan.

2. Masak dalam api perlahan selama 5-7 minit. Mungkin untuk ketam dan daging, masa memasak yang lebih lama diperlukan.

3. Setelah lauk anda sudah masak, angkat dan hidangkan.



Tip 1: Ada juga sesetengah individu rebus lauk dengan bahan-bahan lain dalam sedikit air tanpa masukkan santan terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan santan menjadi seperti berketul.

Tip 2: Nak lagi sedap? Masukkan sedikit belimbing buluh atau nanas. Tapi kalau dah letak belimbing buluh, elakkan letak asam gelugur dan tomato. - CARI 



Sumber: MakanLena

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 18
Komen

Previous : Rupanya Ini Cara Makan Mi Ramen Jepun Yang Betul...

Next       : Ayam Percik Kelantan, Buat Air Liur Merecik!

Komen Terbaru

Quote bidadari_tyco85 19-5-2019 04:12 PM
Bagus ni wat paste siap2..

Lain-lain Komen

Quote sapeka 8-4-2019 04:28 PM
klu nk cepat masak ni je
Quote nono86 8-4-2019 04:28 PM
Sedapnyaaaaaaaaaa
Quote seramado 8-4-2019 05:12 PM
ni kira masakan mcm rebus je kan..tp sdpp
Quote munchkin 8-4-2019 05:28 PM
Tomato??? First time dengar ni
Quote Keisha_izara 8-4-2019 08:54 PM
Nak lagi sedap blend serai,cili,bawang putih dan besar..masukkn bahan blend td dlm periuk,masuk lauk yg nak digunakan,masuk santan cair..bila lauk dh masak sikit,bru masukkn santan pekat..tmbh belimbing buluh atau asam keping..sedapp  Letak sikit daun kunyit utk aroma wangi
Quote frozenfroggie 9-4-2019 02:32 PM
boleh try ni
Quote rosasen 9-4-2019 04:42 PM
Keisha_izara replied at 8-4-2019 08:54 PM
Nak lagi sedap blend serai,cili,bawang putih dan besar..masukkn bahan blend td dlm periuk,masuk lauk ...

biasa blend dlu jugak
Quote violetungu 10-4-2019 12:40 PM
bawang xdak,serai xdak??cili belah je?
Quote violetungu 10-4-2019 12:41 PM
Keisha_izara replied at 8-4-2019 08:54 PM
Nak lagi sedap blend serai,cili,bawang putih dan besar..masukkn bahan blend td dlm periuk,masuk lauk ...

i selalu bt cam u cm serai x blend i ketuk je.
Quote m.manis 10-4-2019 02:30 PM
munchkin replied at 8-4-2019 05:28 PM
Tomato??? First time dengar ni

sedap. kena try
Quote juruterra 10-4-2019 02:46 PM
masak lemak better pakai kunyit hidup,rasa lebih sedap berbanding dgn kunyit serbuk yg dah di process.

Dan lagi satu pastikan api kecil, kacau sampai menggelegak supaya x pecah minyak

Oh ye kalau masak lemak ikan / daging, sedap tumbuk sekali ketumbar sikit.

Quote eileen80 10-4-2019 02:54 PM
antara masakan yg mudah & ringkas.
sng bg wanita yg bekerja.
Quote sfrnna 10-4-2019 11:58 PM
Edited by sfrnna at 10-4-2019 11:59 PM

Masak lemak cili api ni kalau guna ayam kampung lagj sedap. Kalau letak belimbing tu lagi sedap kau gulai tu guna ikan. Ayam x berapa nak umph.. Kalau guna daging sedap letak Daun kunyit. Ni apa yg I nampak mak I selalu buat la... Hehe
Quote Bantalkuning 11-4-2019 12:20 AM
sedapnya.. favourite i ni.. makan plak dgn sambal belacan and ulam.. perghhh sedapnya
Quote bazarayamy 11-4-2019 03:18 PM
arwah opah ajar santan bahagi dua, mula mula rebus dgn air dan 1 bahagian santan bila lauk dh masak baru masukkan santan selebihnya... tggu gelegak trus tutup api. nyam... nyam
Quote boolan 13-4-2019 03:11 AM
Tadi baru buat itik salai masak lemak cili api. Itik smoke sendiri kat blkg rumah
Quote yayangmama 15-4-2019 10:28 AM
2 mgu sekali mst masak lauk ni

lawan dgn telo dadar, ibu2 bekerja mcm ni lah

apa yg mudah je masak...hehehe...jnji ank makan dr air tangan mak dia
Quote bidadari_tyco85 19-5-2019 04:12 PM
Bagus ni wat paste siap2..

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044399s Gzip On
To Top