Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Buat Servis Hidu Ketiak, Jual Seluar Dalam Terpakai Untuk Tampung Yuran Kolej

Oleh: intan|6-4-2019 11:44 AM Komen: 15


Seorang pelajar yang sedang menuntut di sebuah pusat pengajian di Amerika Syarikat terpaksa melakukan perkhidmatan menghidu bau ketiak dan menjual seluar dalam terpakai demi menampung yuran kolej yang mahal.

Nama tidak didedahkan, pelajar perempuan berumur 21 tahun tersebut memulakan perniagaannya dengan membeli seluar dalam terpakai secara pukal dengan harga serendah RM20 dan menjualnya kembali dengan harga hampir RM 500 sepasang. Lumayan juga ya?

Menurut sumber berita online Glamour, seluar dalam yang dijual bergantung kepada keadaan dan cas tambahan juga dikenakan untuk mereka yang inginkan pelajar tersebut 'selfie' dengan seluar dalam pilihan. Pelajar tersebut yang sebelum ini bekerja sebagai web cam girl telah mula terjebak dalam perniagaan seluar dalam terpakai secara online sebagai pendapatan tambahan.

Dia juga menambah bahawa tidak pernah berasa dirinya diancam bahaya dan berasa gembira kerana dapat menolong orang yang mempunyai ketagihan yang pelik seperti ini. Sebagai tambahan, pelajar ini juga menyediakan perkhidmatan mencium bau ketiak sebagai layanan eskstra bagi yang mahukannya. Pendapatan yang dia dapat? Hampir RM 2000 untuk satu sesi. 



Menurutnya, perkhidmatan itu disediakan jika ada permintaan dan dia tidak perlu membuka baju sepanjang sesi itu berlangsung. Tempoh yang dibenarkan adalah selama 15 minit. Pelajar tersebut yang kini sedang belajar dan membuat perkhidmatan 'aneh' ini juga bekerja sebagai pelayan restoran dan servis layanan anjing untuk bersiar-siar. Keseluruhan pendapatan dia dianggarkan dalam 200k setahun. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AwanCikDania 18-6-2019 09:51 AM
Apa sajalah yang mendatangkan fulusss {:good

Lain-lain Komen

Quote najib888 6-4-2019 12:53 PM
Harap2 betui la panties tu memang pompuan tu punya.. mana la nak tau kot2 permintaan tinggi, dia pi sub job kat bf dia ka, jantan sekolej .. pakai spenda tu semalaman..dah masam, baru pi bungkuih, shipment.
Euwww.. teringat film white chicks..
Quote nono86 6-4-2019 03:02 PM
Haha.. takpe la asal pulangan lumayan
Quote disneyrecess 6-4-2019 04:29 PM
Ini normal yach bg kokesenn... meols penah try pantydeals. Jual undie yg dah kita pakai, haram sebenarnya tp meols dah desperate xde duit pocket so hadap jur..  Nilai undie tu yg xberbasuh lg mahal LOL
Quote mawar_mustika 6-4-2019 10:06 PM
200k sethn...mak oi lumayan tu{:hooray
Quote Bedah.Cun 6-4-2019 10:58 PM
Ai pernah jer jual, yang. Nak hidup weols bukannye dapat MARA mcm ngkaw xde biasiswa takde fund JHEOA pun. Fark btol tapi ai survive jer.
Quote brego 6-4-2019 11:30 PM
Edited by brego at 6-4-2019 11:31 PM

ada minah buat servis phonesex pada jantan sangap.
RM50 untuk 20/30 minit.
dengar citer kencang gak bisnes nya.
bijak betoi pompuan tu.

pukul rata sejam 100, 5 jam sehari dah 500.
seminggu 5 kali, darab 4 minggu, sebulan udah RM10k !!
bijok bijok.
Quote komotthecat 7-4-2019 12:14 AM
demi sesuap nasi. keje senang, hasil lumayan
Quote amoyfazna 7-4-2019 12:57 AM
Motif suruh org cium tiyak?
Utk kepuasan abadikah
Quote afidahhb 7-4-2019 09:42 AM
Bg idea plak pada pelajar lain..
Quote Meiizu 7-4-2019 02:20 PM
Cun ehhh semua gmbr panties kat atas tu
Cari kat shopee lah
Quote keds 7-4-2019 03:00 PM
Sekali amphibians punya ...hahhahahahha
Quote Sazida 8-4-2019 09:45 AM
wekkkk..nk cium spender sendiri pun geli..lagi nk cium spender org lain.. ape tah yg disukainya
Quote Mrperfect2 8-4-2019 09:45 AM
Renoma tak de ke.... Kah... Kah... Kah..
Quote pai.kacang 8-4-2019 11:31 AM
panty / spender sendiri x wangi ke sampai kena beli? hahahha
Quote AwanCikDania 18-6-2019 09:51 AM
Apa sajalah yang mendatangkan fulusss {:good

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.331724s Gzip On
To Top