Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Apr
03

Pilihlah Protein Berkualiti Tinggi

3-4-2019 12:04 PM|Kandungan Tajaan| Komen: 50

Sebenarnya, ramai di antara kita  tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menikmati makanan berkhasiat terutamanya pada permulaan hari, iaitu pada waktu pagi yang sibuk.

Sedangkan kesibukan itu memerlukan anda sentiasa aktif, sihat dan juga kuat. Usah risau, protein yang berkualiti tinggi dapat membantu badan kita berfungsi dengan optimum. 

Mengapa protein? Protein merupakan antara nutrien yang paling penting untuk kesihatan, fungsi penting protein untuk badan anda termasuklah:  
 


- Protein merupakan blok pembina tubuh. Rambut, kulit, mata, otot dan organ kita semuanya dibuat daripada protein.1 
- Protein juga membantu membaiki dan membina tisu badan. Pengambilan protein membantu badan membina otot yang kuat, dan membantu mengelakkan penyakit.2
-Menguatkan sistem imun anda. Protein membentuk antibodi yang membantu mencegah jangkitan dan penyakit.2

Apakah sumber protein? Daripada manakah anda boleh mendapat protein?

Kebanyakan makanan yang kita makan mengandungi protein. Tetapi bukannya semua protein mempunyai kualiti yang sama. Menurut Indra Balaratnam, Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition, kualiti protein diukur dengan sama ada ia mengandungi semua 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Selain itu, kualiti protein juga diukur sejauh mana ia boleh dihadamkan dan diserap atau digunakan oleh badan.

Protein daripada sumber haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan seperti kacang dan taufu, kerana ia mengandungi 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.1

Susu ialah sumber protein yang berkualiti tinggi

Kebanyakan orang mendapat sumber protein daripada daging, makanan laut atau telur. Akan tetapi, daging, telur dan makanan laut memerlukan masa untuk disediakan dan pemanasan atau terlebih masak boleh memusnahkan beberapa jenis asid amino2 atau nutrien lain dalam makanan. 

Namun, mereka tidak menyedari bahawa susu sedia diminum juga mengandungi protein yang berkualiti tinggi seperti daging di mana kedua-duanya kaya dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Selain itu, susu sedia-diminum boleh diminum terus tanpa sebarang penyediaan. Oleh itu, susu sedia diminum adalah pilihan sumber protein berkualiti tinggi yang amat baik pada waktu pagi yang sibuk. 

Indra juga berkongsi bahawa susu lebih mudah dihadam, bermakna badan dapat menggunakan nutrien dengan efisien sementara kita melakukan aktiviti seharian kita.  Tambahan pula, pengambilan protein yang tidak mencukupi akan menyebabkan tumbesaran terbantut3

Wujudkan keluarga yang aktif dengan otot dan tulang yang kuat dengan Dutch Lady +Protein

Kita memerlukan otot dan tulang yang kuat untuk pelbagai jenis aktiviti fizikal walaupun aktiviti seharian yang mudah, seperti untuk berjalan, naiki tangga, senaman dan sebagainya. 


Susu yang sememangnya tinggi dengan kalsium, penting dalam membantu pembinaan  tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Untuk kanak-kanak, kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigiyang sihat dan sangat penting sebelum mereka mencapai 'tahap puncak' kepada jisim tulang mereka.5 Namun, untuk orang dewasa, kalsium membantu mengekalkan kesihatan tulang dan mengurangkan risiko kehilangan jisim tulang.5

Produk baharu susu Dutch Lady +Protein mengandungi protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi dan padat dengan pelbagai nutrien yang penting untuk badan kita seperti Vitamin A, Vitamin B2 dan Vitamin D.

Hanya dengan dua gelas Dutch Lady +Protein membantu untuk memenuhi 40% keperluan protein6 anda dan keluarga bagi membolehkan kesemua aktiviti seharian dapat dilakukan dengan mudah! 


Sediakan Dutch Lady +Protein ketika bersarapan hari ini untuk permulaan hari yang kuat untuk anda dan keluarga.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau laman  www.dutchlady.com.my/plusprotein.  



Rujukan:
1 Hoffman JR & Favlo MJ. Protein C Which is best? Journal of Sports Science and Medicine. 2004; 3: 118-130.
2 Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2017. A report of the technical working group on nutritional guidelines. Ministry of Health.
3 Stephenson TJ & Schiff WJ. (2016). Human nutrition: science for healthy living. McGraw HIII Education, New York.
4 MOH (2010). Guide to Nutrition Labelling and Claims (as at December 2010). Food Safety and Quality Division, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya
5 National Institutes of Health (1994) NIH Consensus Statement 12:4. Optimal Calcium Intake. Bethesda, MD: NIH
6 In accordance to NRV Malaysia


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 50
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CARI-MAMS 18-4-2019 04:01 PM
skrg bnyk susu perisa kurma..sdpp

Lain-lain Komen

Quote Indahrupawan 3-4-2019 12:16 PM
Aku taksuke susu ni. Bau lembu kuat sangat. Hahahahha
Quote helicornia 3-4-2019 01:41 PM
aku suka susu tapi sekarang perut tak tahan le minum susu
Quote ailies 3-4-2019 02:02 PM
suka susu makan dengan cereal atau oat..
Quote yuki812 3-4-2019 02:07 PM
susu putih mmg loya
prefer susu yang kaler2..x kisah ler kaler apa..strawberi ke..coklat ke..
rasanya khasiatnya sama tak ngan susu putih ni.
Quote dekmieDandy 3-4-2019 02:22 PM
dulu2 suka sangat minum susu. hampit tiap hari minum, kalau jalan2 kat luar pon memang beli air susu je

pastu start dua thaun lepas kena lactose intolerance
Quote syidapink88 4-4-2019 12:56 AM
Protein byk khasiatnye
Quote manjalara_01 4-4-2019 10:36 AM
yg vegan tu semua m'garut la...jgn mudah t'pengaruh dgn trend..

fikir logik je..tgk gigi u all, tu set gigi utk mkn sayur2 & buah je ke?..there is always a reason why Allah swt made us the way we are....

confirm omnivore..yeay!...
Quote MarissaOberlin 4-4-2019 10:54 AM
Susu jantan pun protein tinggi. eh tiberr
Quote haiku08 5-4-2019 01:03 PM
Sedap tak susu ni...?
Quote muggleDylla 5-4-2019 01:13 PM
baru tau susu pun protein tinggi haha
Quote hatohatomo 5-4-2019 05:45 PM
Beli Whey Protein powder 2kg. Satu scoop 24g protein. Bancuh buat minum harian atau lepas workout, settle protein intake daily
Quote Meiizu 6-4-2019 02:44 PM
dekmieDandy replied at 3-4-2019 02:22 PM
dulu2 suka sangat minum susu. hampit tiap hari minum, kalau jalan2 kat luar pon memang beli air susu ...

Lactose intolerance...lepas u minum jadi apa? Muntah ke sakit ke apa?
Quote Meiizu 6-4-2019 02:45 PM
manjalara_01 replied at 4-4-2019 10:36 AM
yg vegan tu semua m'garut la...jgn mudah t'pengaruh dgn trend..

fikir logik je..tgk gigi u all, t ...

Org vege ni biasa I jumpa kurus2 je kann..kurang khasiat kot
Quote manjalara_01 6-4-2019 04:14 PM
Meiizu replied at 6-4-2019 02:45 PM
Org vege ni biasa I jumpa kurus2 je kann..kurang khasiat kot

tu la..imagine la x mkn daging, ayam, ikan, udang, sotong, susu, telur..cheese...etc

setahu i mmg la ade versi cheese vegen segala bagai tp ape la sgt banding dgn makanan yg ori..dari sumber ori..

ade pulak yg kata bahan2 makanan vegen yg mcm tu..semua dibuat dlm LAB...maknanye..makanan synthetic la...that is NOT HEALTHY..

makan la berpada2...kan..sbb semua jenis sumber makanan ni ade khasiat masing2....
Quote manjalara_01 6-4-2019 04:43 PM
Meiizu replied at 6-4-2019 02:45 PM
Org vege ni biasa I jumpa kurus2 je kann..kurang khasiat kot

oh and another thing..ade yg bpendapat...Vegan ni ade hidden agenda..

sbb tu mula2 yg start popular kan diet Vegan ni selebriti2 hollywood, public figure...sbb nak pengaruh org ramai tukar cara pemakanan...kpd Vegan

konon2 nak SAVE the animals...from animal cruelty etc....baik utk kesihatan etc...kan3??...

tp sbenarnye...industri perternakan lembu, kambing..binatang ni semua kat Amerika sana...byk pakai duit...jadi pihak terbabit, ade objektif lain nak menangani masalah kos yg terlalu tinggi...

so..being Vegan is one of them...nak cut kos perbelanjaan...golongan capitalist ni...mmg licik & deceitful....all they care about is money & power...don't be fooled!
Quote iraizz 8-4-2019 01:41 PM
Susu farmbest memang best, dulu anak lelaki i susah nak suruh minum susu even dutchlady kotak, tapi beli farmbest yg plain pun dia suka apatah lagi perisa coklat
Quote seramado 8-4-2019 05:13 PM
sdpnya susu tp salu sakit perut la bila minum
Quote dekmieDandy 9-4-2019 10:19 AM
Meiizu replied at 6-4-2019 06:44 AM
Lactose intolerance...lepas u minum jadi apa? Muntah ke sakit ke apa?

cerry berry to the max
Quote namr 9-4-2019 12:46 PM
suka susu tapi kalu minum mesti cerry berry sampai lembik

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.099580s Gzip On
To Top