Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Ramai Terkejut Dan Kecewa, AirAsia Nak Tukar Logo Baharu. Tapi Rupa-rupanya...

2-4-2019 06:22 PM Komen: 14
Semalam (1 April), Instagram rasmi syarikat penerbangan murah AirAsia memuatnaik sebuah status yang mengejutkan ramai. 

Dalam akaun itu, syarikat tersebut mengumumkan logo baru mereka yang direkabentuk seperti QR Code menggantikan logo Airasia yang lama.


Kredit foto: Instagram



Pengumuman itu mengejutkan kerana logo Airasia dengan tulisan merah sememangnya sudah sinonim dengan syarikat penerbangan itu. Beberapa di antara pengikut akaun itu mempersoalkan tindakan yang dianggap tidak bijak oleh pengurusan Airasia. 



Kredit foto: Instagram


Sebagai sebuah syarikat penerbangan, kami perlu sentiasa mengikut perubahan semasa. Jadi diumumkan inilah logo baru kami! Kami akan mula menggunakannya sedikit masa lagi, nantikan imej baru pesawat kami!' kata status tersebut.



Kredit foto: Instagram


Lebih menyakinkan ramai mengenai perubahan itu, Group CEO Tan Sri Tony Fernandes turut meninggalkan komen Class menunjukkan tanda persetujuannya terhadap perubahan logo tersebut.



Kredit foto: Instagram


Bagaimanapun, 13 jam kemudian, akaun itu memuatnaik sebuah status baru, kali ini mendedahkan bahawa posting mengenai pengumuman logo baru AirAsia itu hanyalah satu gurauan April Fools!



Kredit foto: Instagram



Kami hanya bergurau. Kami tidak mengubah logo, tapi kami memang bertekad untuk sentiasa memberikan penerbangan terbaik kata status terkini itu.


Pengumuman kedua itu melegakan ramai yang merasakan logo asal AirAsia masih lagi releven. Bagaimanapun, ada juga yang tidak terkejut dengan gimik ini kerana sudah menduga dari awal.



Kredit foto: Instagram


Mengejutkan, tetapi sebenarnya tidak mengejutkan kata seorang netizen. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote R2D2 3-4-2019 10:58 PM
patut buat april fool
sst turunkan harga tiket

Lain-lain Komen

Quote Muntz 2-4-2019 06:29 PM
Boring.... buat april fool flight terhempas ker apa, barulah tak boring.
Quote Sang_Pencinta 2-4-2019 06:42 PM
Muntz replied at 2-4-2019 06:29 PM
Boring.... buat april fool flight terhempas ker apa, barulah tak boring.

Kalau ini punya April's Fool pasti menjadi

Quote wirazam 2-4-2019 06:45 PM
patut buat april fool..tiket percuma...pasti website ko sesak trafffic berjam2..muhahaha
Quote EvieWanKenobi 2-4-2019 06:49 PM
kualiti makanan lebih penting..
rendang nasi lemak tengik..
Quote Atata 2-4-2019 06:55 PM
Komen anasidrus tu kelakar. Hahahha
Quote makneng 2-4-2019 07:09 PM
Ada lagi org duk april fool yek... Haha
Quote Indahrupawan 2-4-2019 07:33 PM
Boleh pulak main gurau gurau. Acik bawang dah bertekak {:laugh
Quote no_el 2-4-2019 07:49 PM
Seat bg besar sikit boleh. Ni lengan asyik nk berlaga dgn org sebelah
Quote ailies 2-4-2019 08:22 PM
Lame la aa ni.. tiket bukan murah pun mahal{:laugh
Quote Lelaputra 2-4-2019 08:27 PM
Ok jer logo apa pun..
Quote bangcak 2-4-2019 08:45 PM
Lawak paling kelakar bulan nih,
Mintak perbicaraan live terbuka.
Tapi mintak ditangguh pada tarikh sehari sebelom kiamat
Quote Sang_Pencinta 3-4-2019 01:38 PM
Tak menjadi April Fool dia
Quote Mata.kucing 3-4-2019 10:38 PM
hahaha.....
Quote R2D2 3-4-2019 10:58 PM
patut buat april fool
sst turunkan harga tiket

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.177243s Gzip On
To Top