Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Dibelasah Dengan Topi Keledar Kerana Cemburu

1-4-2019 05:46 PM Komen: 10
Seorang wanita maut akibat cedera di kepala selepas dipukul kekasih dengan topi keledar.


Gambar Hiasan

Memetik Utusan, kejadian berlaku ketika pasangan terbabit bersiar-siar di Persiaran Bayan Indah, Pulau Pinang kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 37 tahun dalam keadaan mabuk ketika menuduh suspek, 55, ada skandal dengan wanita lain hingga tercetus pertengkaran.

Berang dituduh, suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum cuba dihalang orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi semalam.


Foto: Utusan

Hasil siasatan awal mendapati, pasangan itu sudah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu, namun baru empat hingga lima bulan lalu mereka mula menjalin hubungan serius.

Semakan polis juga mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Suspek diremah tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

"Cari Dia, Bukan Saya" - Ibu Putuskan Hubungan Dengan Anak Kerana Hutang Along
"Perempuan Makan Perempuan, Perampas!" - Mira Filzah Dituduh Rosakkan Hubungan Remy Ishak
Pasangan Gay Terharu Ibu Sanggup Jadi Ibu Tumpang Lahirkan Cucu Sendiri
"Setuju Nak 'FWB' Tak Bermakna Layak Dilayan Macam Pelacur" - Komen Gadis Ini Cetus Perbalahan
'Sepatutnya Berjalan Secara Tertutup' - PAS Tak Setuju Kes Najib Disiarkan Secara Langsung
'Abang Polis' Cari Pasal Hanya Sebab Pengelap Cermin Kereta?
Wanita Lahirkan Anak Kembar, Tapi Bapa Lain-Lain
'Tak Nak Kepak Atau Paha, Gedik!' - Pekerja Restoran Segera Dikecam Kerana Bahasa Kasar
Cuba Sahut Cabaran 24 Jam Di Ikea, 2 Sahabat Dicekup Pengawal Keselamatan
Ditabur Serbuk Emas, Burger Paling Mahal Di Dunia Ini Berharga RM3700!
"Kalau Dia Jemput Sekalipun, Saya Takkan Pergi" - Nazim Othman Doa Kebahagian Bella
Bayi Maut Jatuh Eskalator Ibu Terlepas Dukungan
Tun M Larang Anggota Pentadbiran Terima Hadiah
Kus Semangat! Panjang Nyawa Abang Posmen
Macam 'Troll'! Adakah Ia Mimpi Ngeri Buat Ibu Bapa Jika Anak Hidap Sindrom Rambut Ini?
"Ambil Wuduk Pun Nampak Spenda, Macam Mana Tu?" - Pramugari Diumpat Jemaah Surau
Maut Gara-gara Tersalah Pintu Rumah
Pecah Tradisi, Putera Harry Dan Meghan Markle Buka Akaun Instagram Sendiri
Resipi Tauhu Masak Sambal Sedap, Hanya Ambil Masa 5 Minit!
Tak Sangka, Permaisuri Agong Bekalkan Sambal Belacan Pada PM Singapura
Teruknya! Cikgu Pindahkan Pelajar Autisme Dalam Jamban
"Kejap Macam Perempuan, Kejap Macam Lelaki" - Kenyataan Seksis Hanipa Terhadap Azalina
Maut Cuba Sembunyi Dalam Longkang Lepas Pecah Rumah
Remaja Tikam Leher Bayi Baru Lahir, Sorok Dalam Beg Tangan
Impian Iktiraf UEC Berkecai Jika UMNO-PAS Berkuasa Di Malaysia

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 2-4-2019 10:31 AM
jeligoreng replied at 2-4-2019 10:19 AM
Yang langgar guna motor tu ke?? Benci betul laki yang angkat tangan kat perempuan ni especially ya ...

Ya, video yg tu..crazy kan..kita doa doa sgt supaya mata tak 'buta' kalau dah berpasangan nanti...

Lain-lain Komen

Quote wajaman 1-4-2019 05:50 PM
kaum apa ni?
Quote JunkMail 1-4-2019 05:52 PM
Nak kata rempit dah tuo pulak...
Laki tak berguno macam ni takyah lah nak cemburu sangat akak...membazir je
Quote afidahhb 1-4-2019 06:06 PM
15thn berkawan.. baru nak serius ohhh
Quote prettyuglybabe 1-4-2019 06:30 PM
bak kata abang jamil.. dah tua pun bodoh..
Quote jazaa100 1-4-2019 07:12 PM

klu dadah.....tak melayu, rentung pot pura.....

Quote rayray28 1-4-2019 07:14 PM
Mcm iras wemy jew
Quote Elle_mujigae 1-4-2019 07:15 PM
Oh my..teringat video yg tular hari tu..yg lelaki tu pi langgar gf dia..nasib baik tak mati anak org tu...kalau tak jadi kes bunuh siap ada bukti org rakam lagi..
Quote kroit92 1-4-2019 07:52 PM
dua tiga hari ni, ada je kes jenayah, kes pelik dari negeri ni
Quote jeligoreng 2-4-2019 10:19 AM
Elle_mujigae replied at 1-4-2019 07:15 PM
Oh my..teringat video yg tular hari tu..yg lelaki tu pi langgar gf dia..nasib baik tak mati anak org ...

Yang langgar guna motor tu ke?? Benci betul laki yang angkat tangan kat perempuan ni especially yang tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin macam mana lah. Minta dijauhkanlah dari orang macam ni
Quote Elle_mujigae 2-4-2019 10:31 AM
jeligoreng replied at 2-4-2019 10:19 AM
Yang langgar guna motor tu ke?? Benci betul laki yang angkat tangan kat perempuan ni especially ya ...

Ya, video yg tu..crazy kan..kita doa doa sgt supaya mata tak 'buta' kalau dah berpasangan nanti...

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
6.705357s Gzip On
To Top