Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Scammer Bijak Atau Mangsa Kurang Cerdik ?'- Netizen Minta Boy Iman Jadi Panel

28-3-2019 01:06 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 19

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komers.ial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM),  sebanyak 8,313 kes penipuan siber melibatkan wang berjumlah kira-kira RM300 juta direkodkan sepanjang tempoh Januari hingga 3 Oktober tahun lalu.

Kredit foto: Facebook
Daripada jumlah tersebut majoriti kes yang diterima melibatkan mangsa wanita dan kerugian yang dicatatkan mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Ini melibatkan pelbagai jenis penipuan siber seperti penipuan telekomunikasi Macau Scam, Love Scam, pinjaman tidak wujud dan pembelian dalam talian.


Kredit foto: Facebook
Selain daripada scammer siber, satu lagi jenis penipuan yang mencatat kadar tertinggi adalah memungut deposit pelaburan atau perniagaan yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan berlindung di bawah perniagaan Multi-Level Marketing (MLM).


Walaupun terdapat pendedahan yang meluas di media, peningkatan dalam kes ini setiap tahun menimbulkan persoalan; Adakah scammer semakin bijak atau mangsa kurang cerdik?


Kredit foto: Utusan
Mengupas persoalan ini, rancangan Analisis TV Alhijrah pada Jumaat, 29 Mac mengundang beberapa orang panel termasuklah Norsham Abdul Aziz (Pengarah Alfafa Group Berhad), Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis PPIM) dan Khairul Ezuwan Yusoff (PenganalisisPenipuan Komersil). 

Bagaimanapun cadangan ramai untuk menjemput artis Boy Iman tidak ditunaikan penerbit.


Kredit foto: Carian Google
Barisan panel ini agak menarik memandangkan En. Norsham dan En. Khairul sebelum ini pernah berdebat mengenai sebuah skim pelaburan perumahan kendalian En. Norsham yang  tular media sos.ial kerana dituduh menipu lebih 300 orang dengan nilai kerugian RM20 juta di seluruh negara.

Diharap dengan meningkatnya populariti rancangan debat kendalian hos Syafinaz Yunus ini maka akan berkuranganlah mangsa penipuan di kalangan pengguna atau pelabur. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 19
Komen

Previous : Top 5 Gosip Artis Paling Panas Bulan Mac 2019 Yang Wajib 'Acik Bawang' Tahu

Next       : Geli Dengan Piza Ulat Sagu! Sherry Ibrahim Dikecam Hina Makanan Tradisi Sabah

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 4-6-2019 03:05 PM
Mangsa bodo.. nak2 money game.. Mcm my dad suka invest bukan2.. satu family dah nasihat tapi percaya jugak cakap ntah sape2 yang dia kenal.. senang je cair kalau orang tu ada nama dato atau perempuan cun bergaya..

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 28-3-2019 01:08 PM
Produk bengkung dan kosmetik timbang kilo artis pun satu penipuan kan?
Quote kucingitam 28-3-2019 02:45 PM
berani  betul Norsham tu...scammer ni mmg confident level dia tinggi eh..
Quote Sang_Pencinta 28-3-2019 02:47 PM
Quote laksmanabentan 28-3-2019 03:35 PM
bergaduh ler nanti kalau Boy Iman ni jumpa Alfafa...
sbb dia juga dulu dari Alfafa kan...
Quote pai.kacang 28-3-2019 04:01 PM
berani betul norsham ni datang. macam serah tengkuk je
Quote Rapz 28-3-2019 04:06 PM
Agak2 bape Norsham nie mintak bayaran msk tv ye...5k ke?
Quote lee_sakura 28-3-2019 04:07 PM
pai.kacang replied at 28-3-2019 04:01 PM
berani betul norsham ni datang. macam serah tengkuk je

sama mcm kes doula hr tu la...xpe kita tgk tahap mana kebodohan dan spin si ketayap ni
Quote Kitty_catz 28-3-2019 07:13 PM
Pergh tebal muka seko2 geng scammer nehh..  duit org dah pulang? Mn tahu depa duk tunggu kat setsen tv al hijrah ramai2
Quote LadyCarefree 28-3-2019 11:45 PM
Imancon ni buat apa skrng?
Quote Fazzbulous 29-3-2019 12:31 AM
Sang_Pencinta replied at 28-3-2019 01:08 PM
Produk bengkung dan kosmetik timbang kilo artis pun satu penipuan kan?

Bengkung??? Bengkung bkn okay keee?
Quote pai.kacang 29-3-2019 08:53 AM
lee_sakura replied at 28-3-2019 04:07 PM
sama mcm kes doula hr tu la...xpe kita tgk tahap mana kebodohan dan spin si ketayap ni

dorang hidup dalam denial agaknya. rasa diri tu betul and orang lain yang tak faham apa ideologi dorang
Quote namieamuro 29-3-2019 05:06 PM
bole le belon ni bersemuke dgn tok guru die tu..silap2 jd drama je nanti kt pentas tu

belon ni dh aktif blk scam org dlm bab rumah..dh masok 2019 pn masih lg ade yg caye si belon..
Quote indenial 29-3-2019 05:11 PM
Berani ke norscam ni nk dtg? Sepatutnya KEY tak reveal dia as panel tu. Baru norscam ni ada akai. Tercirit nak jawab nnt
Quote Sang_Pencinta 29-3-2019 05:15 PM
indenial replied at 29-3-2019 05:11 PM
Berani ke norscam ni nk dtg? Sepatutnya KEY tak reveal dia as panel tu. Baru norscam ni ada akai. Te ...

Norscam tu yg agree dulu kan?


Last diumum si KEY tu

Rasanya ada kemungkinan si Norscam tu akan tarik diri
Quote indenial 29-3-2019 05:21 PM
Sang_Pencinta replied at 29-3-2019 05:15 PM
Norscam tu yg agree dulu kan?



Norscam yg agree dulu. Pastu baru KEY reveal. Kalau dorang awal2 reveal KEY datang, i berani kerat kuku lah norscam ni berani nak datang.
Quote Sang_Pencinta 30-3-2019 09:40 AM

Quote Sang_Pencinta 30-3-2019 09:41 AM
Analisis: Scammer enipuan Terancang Atau Pengguna Kurang Cerdik ? Bersama Panel Jemputan Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM, Norsham Abd Aziz Pengarah Syarikat Alfafa Group Berhad dan Khairul Ezwan Yusoff Penganalisis Penipuan Komersil


Marco D Phoen1x
7 hours ago
Haihh banyak alasan ostard norscam nih

Di ganggu, di ganggu dan di ganggu.

Selebihnya biarlah rahsia. Macam pundek orang tanya jawab lain
Quote Sang_Pencinta 30-3-2019 09:41 AM

sapik halimi
15 minutes ago
Benda simple je.. Dia kate company dh start dh lama.. Skrg dh 2019..msti dh ad rmh yg dh siap.. Yg dh dpt kunci.. So      tunjuk la bukti rumah siap ape semua tu. Normal la kalo pembeli nk tgk progress nk kan kepastian. Nk rahsia ape lagi. Ko sendiri yang jadikan complicated.. Salahkn org ganggu la apa la.
Quote lattehazelnut 4-6-2019 03:05 PM
Mangsa bodo.. nak2 money game.. Mcm my dad suka invest bukan2.. satu family dah nasihat tapi percaya jugak cakap ntah sape2 yang dia kenal.. senang je cair kalau orang tu ada nama dato atau perempuan cun bergaya..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.133694s Gzip On
To Top