Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Dengan Sejuta Harapan Aku Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz, Kau Cium Mulut Dia Kenapa?"

Oleh: LilRose|25-3-2019 03:01 PM Komen: 31
Hancur hati ibu bapa apabila anak mengadu didera guru secara fizikal mahupun seksual.

Seorang pengguna Twitter memuat naik video di mana beberapa bapa kepada pelajar di Pusat Tahfiz Al Walid, Kuantan, Pahang menyerang seorang ustaz dipercayai guru di pusat berkenaan.

"Aku hantar anak aku dengan sejuta harapan. Aku bawa motor pergi kerja menangis sebab rindukan anak," kata bapa pelajar terbabit yang kecewa dan terkilan anaknya diperlakukan sedemikian rupa.

Bukan saja mendera, malah guru berkenaan turut didakwa mencium mulut pelajarnya.




Menerusi video itu, kelihatan ustaz berkenaan dalam keadaan resah dan berkali-kali memohon maaf kepada mereka.

Dia juga memohon agar mereka tidak membuat laporan polis mengenai kejadian. Bagaimanapun, pihak ibu bapa tidak mengendahkannya dan nekad membuat laporan polis.




Dalam laporan itu, mangsa dan beberapa pelajar lain dikatakan dipukul, dirotan, dicubit dan disepak selain dimaki hamun.

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga disuruh mengurut ustaz berkenaan dan akan ditampar jika ustaz terbabit tidak berpuas hati dengan urutannya.

Posting itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan berharap agar pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, segelintir pihak meminta netizen berfikir dengan rasional supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukum.



Ramai juga menasihati pengguna lain supaya tidak 'pukul rata' kerana tidak semua guru tahfiz bersikap tidak senonoh seperti itu.


Kredit foto: Twitter

Hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana individu seperti mereka berterusan membuat onar, luluh kepercayaan hampir seluruh masyarakat terhadap pusat tahfiz terutama yang tidak berdaftar. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
5
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Punya Nak Cantik, Tapi Pakai Fake Veneer. Itu Semua Produk Sampah!
Pelajar Universiti Dipaksa Tambah 1,000 Rakan WeChat Untuk Lulus Tugasan
"Keji, Bahasa Mencerminkan Hatimu Yang Hitam" - Che Ta Sakit Hati Adik Ipar Dimaki Bab1
Kereta Rasmi Dr Maza Dibakar
Selalu 'Cilok' Barang Dari Bilik Hotel? Hanya 4 Barang Ini Boleh Dibawa Pulang!
Linda Rafar Cedera 'Tergolek' Di Tangga Pelamin Ketika Buat Persembahan
Lelaki Mengaku Campak Bangkai Tikus Dalam Hidangan, Minta Ganti Rugi RM3 Juta
Terjebak Dengan Resipi Viral 'Nasi Oreo', Lelaki Menyesal Tak Berkesudahan Sebab...
Isteri Tikam Kekasih Gelap Lepas Melakukan Hubungan Seks 'Tiga Serangkai'
Bantai Adik Dengan Batang Lampu Sebab Bengang Ditegur Bertengkar Dengan Ibu
Aliff Syukri Sebak Teringatkan Arwah Bapa Apabila Melihat Pak Cik Tua Disuap Pramugara
'Saya Mohon Maaf Kerana Menjadi Seorang Yang Teruk' - Zayn Malik
Ed Sheeran Mengaku Pernah Dibuli Kerana Warna Rambut, Berkaca Mata Dan Gagap
Lebih Baik Nurul Izzah Sertai UMNO - Rahmad Isahak
Lelaki Pujuk Rakan Sekerja Lakukan Hubungan Seks Dengan Pit-Bull Peliharaannya
Jurutera Nekad Saman Bekas Majikan RM5.2 Juta Sebab Kentut Di Hadapannya
"Dia Ke Yang Nak Jadi Pet Calum Scott?" - Pick Up Line 'Tak Jadi' Nabila Razali Dibahan
Netizen Tanya Apa Sudah Jadi Dengan Janji Harga Petrol RM1.50 Seliter?
'Semoga Hidup Dia Tak Tenang' - Pemuda Terkilan 10 Ribu Ayam Ternakan Mati Disyaki Khianat
"Bayar Mahal-Mahal Dapat Gambar Tido," Graduan Kongsi Gambar Tak Jadi Di Majlis Konvo
'Siapa Body Shamer Sebenarnya?' - Netizen Dedah Azfar Firdaus Pun Pernah Buli Siber
"You Siapa Ask My ID?" - Budak Belasan Umur Kemalangan Kerana Mabuk Persoal Polis
Perjalanan Ibu Tua Sejauh 214KM Bawa Keropok, Malang Dihalau Anak Sendiri

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 10-11-2019 03:13 PM
tunjuk alim konon..

buka pusat tahfiz nak makan duit orang..

kelayakan apa yang dia mengajar tahfiz tu

Lain-lain Komen

Quote lee_sakura 25-3-2019 03:11 PM
kesiannya student sekolah tu
Quote Kurex 25-3-2019 03:35 PM
Teringat kisah sorang ostad yg datang berubat orang histeria dalam kolej aku kantoi memondan dekat area bukit bintang.
Quote myakayina 25-3-2019 04:29 PM
Kurex replied at 25-3-2019 03:35 PM
Teringat kisah sorang ostad yg datang berubat orang histeria dalam kolej aku kantoi memondan dekat a ...

oh my..i'm speechless..
Quote armin 25-3-2019 04:38 PM
Yg suruh jgn terburu2 jatuh hukum tu risak otak ke? Dah pukul anak org jgn jatuh hukum lg?
Quote mawar_mustika 25-3-2019 04:38 PM
tolonglh mak ayah kut ye nk hantr ank sekolah tahfiz crlh yg bagus sket...jgn main taram je...aku ada sedara 2 org anknye hantr anak blajar sekolah tahfiz konon nk jd hafizah & hafiz...diorg dihantr dr umur 13 thn lagi...skrg budk2 tu sorang dh 20 sorang dh 18 tp al quran tetap tak tamat...hafiz tah kemana hafizah tah ke mana..kesnye slalu tukar sekolah xserasi sekolah katanye..tlglh klu nk hantr cr yg btul2 bagus @ berdaftar jgn hentam keromo je..& make sure poket pun tebal & 1 lg make sure sekolah tu provide/bg guide perjalanan masa dpn pelajaran bdk ble dh tamat hafazan...lg bagus kalau sekolah tu prepare student utk ambk spm
Quote cewekbopot 25-3-2019 05:07 PM
bila byk sgt kes2 liwat terbongkar kat skolah2 tahfiz ni buat aku tepikir...adakah benda2 ni dah diwarisi dari sekian lama?generasi pendidik yg ada sekarang melalui rutin kehidupan sama???adakah?adakah? harap2 ini sekadar diriku yg berpikir negatip semata2...

Quote keds 25-3-2019 05:29 PM
Ujian berat.... Hapuskan terus sekolah yang bermasalah. Tindakan tatatertib yang berat dan Telus  patut dilaksanakan. Memalukan!
Quote febreze 25-3-2019 05:35 PM
cewekbopot: bila byk sgt kes2 liwat terbongkar kat skolah2 tahfiz ni buat aku tepikir...adakah benda2 ni dah diwarisi dari sekian lama?generasi pendidik yg ada se ...


iya..kebanyakan lgbt bermula dari asrama/tahfiz dari senior/cikgu/pendidik
Quote ikanmasin 25-3-2019 05:46 PM
byk sgt alasan dia.elok sgt report polis jg..cium pipi konon
geram pl tgk.kesian bapa tu bgt.demi anak tp tak sangka pl
sek yg dihantar amik kesempatan mcm tu pl.mudah2an dipermudahkan
kalau tak salah buat apa risau bapa tu nak buat report..kira nsb baik lah
tak mkn penampar sedas dua..
Quote Kurex 25-3-2019 06:09 PM
myakayina replied at 25-3-2019 04:29 PM
oh my..i'm speechless..

Ini adalah benerrrr
Quote dewimalam78 25-3-2019 10:14 PM
Tgk muka ustaz tu ai dh rasa geli.
Quote dewimalam78 25-3-2019 10:14 PM
Tgk muka ustaz tu ai dh rasa geli.
Quote haryatie 26-3-2019 07:49 AM
isshhhh...geli jerk
Quote arffa 26-3-2019 09:49 AM
Aku tetap berpendirian biar la anak duduk dengan aku sehingga 18 tahun, tak payah duduk asrama seriau lah.
Quote tri-max 26-3-2019 10:28 AM
ye .. say no to asrama
tak kira tahfiz / SBP / MRSM yada...yada.. yada
bior anak2 aku menggeletis kat ketiak mak pak
at least aku yg tgk dari dia bangun tido smpi dia tido balik
aku da rasa idup berasrama, been there done that
so, hell no to boarding school

Quote Artemesiaa 26-3-2019 01:07 PM
Katanya dah ada dua kes di dua negeri lain sebelum ni kira yang ni kes ketiga dilapurkan.
Quote Meiizu 26-3-2019 03:08 PM
ini teguran utk parent dari seorang yg aku kenal... katanya... : kenapa sendiri tak hafal quran tu jadi hafiz, hafizah,hanta anak dgn harapan boleh tarik keluar dari api neraka, ada yg hanta anak seawal 7thn ke sekolah asrama tahfiz mana boleh bela diri, 7thn-15thn tu kecik lagi nak debik orang buli, orang liwat..jgn sebab nak kejar syurga  utk diri (as parent)kat akhirat, kat dunia anak dah dapat neraka
Quote myakayina 26-3-2019 03:14 PM
tri-max replied at 26-3-2019 10:28 AM
ye .. say no to asrama
tak kira tahfiz / SBP / MRSM yada...yada.. yada
bior anak2 aku menggeletis ...

mana boleh.. bangga woo anak dpt masuk MRSM..SBP..yada..yada ni..klu boleh makpak nak riuh sekampung..   kena buli ke..apa ke..liwat ke blkg citer.. yg penting anak aku masuk MRSM..SPB..ko ado ?..katanya... ada je parent yg mcm ni kat luar sana..aku tak ckp semua..so mohon terasa sapa2 yg terasa tu.. anak tu klu otak dah mmg pandai..belajar mana2 sekolah pun dia ok..
Quote naina 26-3-2019 05:07 PM
Hmm. Rasanya aku takkan hantar anak sekolah berasrama. Biarlah aku hantar ambik. Benci dengan pembuli peliwat dan seangkatan dengannya.

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.138981s Gzip On
To Top