Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kereta Rasmi Dr Maza Dibakar

22-3-2019 02:20 PM Komen: 44
"Polis tidak menolak kemungkinan ia angkara khianat."

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata demikian berhubung kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang terbakar di rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.



Dalam kejadian jam 6.05 pagi tadi, kenderaan itu dipercayai dibakar pada bahagian bonet selain cermin hadapan turut dipecahkan.

Pihak polis bersama anggota bomba kemudian ke rumah beliau dan mendapati sebuah kereta Honda Accord hitam terbakar pada bahagian bonet hadapan.


Kredit foto: Berita Harian

Kebakaran dapat dipadamkan anggota bomba dan kereta untuk kegunaan rasmi itu rosak teruk di bahagian bonet, enjin dan cermin hadapan dan belakang," katanya yang tidak menolak kemungkinan ia angkara khianat selepas mendapati kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang akibat dibaling botol berisi petrol.


Loading FB Post...

Tambahnya, pihaknya akan meneruskan siasatan lanjut dan terperinci berhubung kejadian itu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 44
Komen

Anda Mungkin Meminati

"Seksi Sangat Sampai Nak Peluk? Ini Dah Main Kasar..." - Amelina Terima Komen Lucah
Lelaki Belasah AJK Masjid Sebab 'Remove' 2 Kawan Dari WhatsApp
"Kau Macam Bakteria, Sebar Virus Rasis!" - Ramai Berang 'Cikgu' Maki Pelajar Pukim*K Anak India
Bapuk Filipina Tak Mengaku Salah Bogel, Panjat Kereta
Remaja Lari Rumah Tak Tahan 'Dilahap' Abang
Pelajar Universiti Dipaksa Tambah 1,000 Rakan WeChat Untuk Lulus Tugasan
"Keji, Bahasa Mencerminkan Hatimu Yang Hitam" - Che Ta Sakit Hati Adik Ipar Dimaki Bab1
Selalu 'Cilok' Barang Dari Bilik Hotel? Hanya 4 Barang Ini Boleh Dibawa Pulang!
"Hormatlah Sikit Solat Jumaat" - Syinta Tergedik Tak Pandai Pam Tayar
Ramai Terpegun Pekerja Binaan Bangladesh Di Malaysia Ada Iras Model Antarabangsa!
Parti Bachelorette Tema 'Penis' Tular, Netizen Bidas Penganjur Dan Geng Bawang
Linda Rafar Cedera 'Tergolek' Di Tangga Pelamin Ketika Buat Persembahan
Lelaki Mengaku Campak Bangkai Tikus Dalam Hidangan, Minta Ganti Rugi RM3 Juta
Terjebak Dengan Resipi Viral 'Nasi Oreo', Lelaki Menyesal Tak Berkesudahan Sebab...
"Dengan Sejuta Harapan Aku Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz, Kau Cium Mulut Dia Kenapa?"
Isteri Tikam Kekasih Gelap Lepas Melakukan Hubungan Seks 'Tiga Serangkai'
Macam Filem! Warga Cyberjaya Bersatu Selamatkan Budak 'Diculik' Ibu Kandung
I'am a Survivor - Tun Siti Hasmah Dedah Hidap Kanser
Tak Mengaku Jadi Bapa Ayam, Lacur Isteri Sendiri
"Padan Muka" - Pembuli Jalanan 'Serang' Wanita Hamil, Dah Kena Tahan
Saya Dan Azmin Sedia Dipecat, Dikorbankan Demi Parti - Zuraida
"Tak Bertamadun" - China Dikutuk Guna Khinzir Hidup Untuk Eksperimen Tali Pinggang Keledar

Komen Terbaru

Quote pintukaca 19-5-2019 03:03 PM

[UPDATE] Individu bakar kereta mufti diberkas



Dziyaul Afnan Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

INDIVIDU yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya pada 22 Mac lalu berjaya diberkas di Jelempok, Arau, semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu suspek lelaki yang juga penganggur berusia 36 tahun direman empat hari mulai semalam sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memburu empat lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Tangkapan dilakukan 2.45 pagi semalam dan suspek yang juga duda mengaku terbabit dalam membakar kereta Mohd Asri kerana bermotifkan dendam berhubung pemecatan imam di negeri ini beberapa bulan lalu.

Dia juga memberitahu terdapat seorang lagi suspek membantunya membakar kereta Mohd Asri dan mereka menerima upah RM500 daripada lelaki bernama Zaini.

Polis kini sedang memburu rakan suspek yang digelar Mie Tomoi dan Zaini bagi membantu siasatan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mushar berkata, dua lagi suspek masih belum dikenal pasti pihaknya namun dia percaya dengan penangkapan suspek semalam bakal merungkai identiti mereka yang dipercayai menjadi dalang utama kes itu.

Kita percaya suspek bersama rakannya yang digelar Mie Tomoi hanya menerima upah daripada Zaini dan dua lagi suspek lelaki bagi membakar kereta Mohd Asri.

Pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia ada rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah lain, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan api.

Dalam kejadian itu, kereta rasmi jenis Honda Accord kegunaan Mohd Asri dibakar pada bahagian bonet selain cermin hadapan turut dipecahkan dipercayai perbuatan khianat.

Kejadian itu disedari ahli keluarganya ketika mereka melakukan persiapan untuk solat Subuh 6.05 pagi pada hari kejadian itu berlaku.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 1:12 PM



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/457418/update-individu-bakar-kereta-mufti-diberkas

Lain-lain Komen

Quote Buritan 22-3-2019 02:24 PM
Maza nii leceh sikit laa..
Quote kelapaparut 22-3-2019 02:26 PM
Edited by kelapaparut at 22-3-2019 02:27 PM

Lobai vs lobai.. nak jd mcm erebs ke
Quote haruslah 22-3-2019 02:28 PM
sebab? ape isu maza?

pagi td dengar dia kat awatni live
Quote ninu 22-3-2019 02:31 PM
kenapa org tak suka dia ni??? sape2 boleh terangkan?
Quote onexox97 22-3-2019 02:32 PM
Ya Allah awat sentap sangat dengan MAZA

MAZA je pun
Quote Sang_Pencinta 22-3-2019 02:36 PM
Kenapa polis dan bomba tak selari?

Forensik Bomba mendapati tiada unsur sabotaj

Tapi Polis kata mungkin ada unsur sabotaj
Quote leylapple 22-3-2019 02:40 PM
fanatik agama nie...

tak setuju dgn orang tu, sanggup buat khianat....

kemungkinan besar kafirun yang mengaku beragama...sbb orang yang beragama tak mungkin buat khianat mcm nie
Quote bangcak 22-3-2019 02:49 PM
teruk dah dorang nih.
keta MAZA pon jd mangsa
Quote Rogue98 22-3-2019 02:49 PM
Si Maza ni banyak sangat berpolitik. Duk diam2 kat Perlis monitor orang Islam kat sana yang tak ramai tu dah lah. Dulu zaman Najib BN memerintah dia hentam. Dah tukar PH pun hentam. Dah bosan sangat agak nye jadi mufti.
Quote prettyuglybabe 22-3-2019 03:05 PM
islam la sangat..
Quote nisako 22-3-2019 03:07 PM
ape jenis org yg buat mcm ni............. bodoh n pengecut
Quote ikanmasin 22-3-2019 03:22 PM
teruk betul perangai..tak dpt org nye keretanya pun jadilah..mcm2
Quote kakigebang 22-3-2019 03:39 PM
Rogue98 replied at 22-3-2019 02:49 PM
Si Maza ni banyak sangat berpolitik. Duk diam2 kat Perlis monitor orang Islam kat sana yang tak rama ...

Ooo sbb Maza byk berpolitik ( ko yg kata) dan tak boleh duduk diam so boleh la kita bakar kereta dia , buat khianat kat dia .. cam tu ke ?  komen pakai pakai kepala lutut ke ?
Quote lipans 22-3-2019 03:40 PM
pengaruh usop wilcha le ni
Quote Nenolen 22-3-2019 03:42 PM
Innalillah...
Quote aHoi83 22-3-2019 03:46 PM
Kesiannya. Takziah. Bole ke claim insurance utk perbuatan khianat ni ye?
Quote danieladam 22-3-2019 04:29 PM
Entah2 angkara islamophobia oleh pihak2 kapir dapig...
Quote keds 22-3-2019 04:56 PM
Semoga tabah.....
Quote munchkin 22-3-2019 06:11 PM
Gampang sangat perangai.

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.232910s Gzip On
To Top