Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kes Buli Anak Ani Maiyuni Tiada Perkembangan, Pihak Sekolah Tak Buat Kerja Ke!?

22-3-2019 10:25 AM|Oleh: top5complete| Komen: 22

Sumber: Google

Ibu bapa mana tidak marah dan hancur hatinya apabila mengetahui anak kandung menjadi mangsa buli. Itulah yang berlaku kepada penyanyi Ani Maiyuni yang kesal dengan kes buli anaknya di sekolah tiada sebarang perkembangan sejak tarikh beliau membuat laporan polis.

Anaknya iaitu Wirda Viviana Ziri yang dibuli di dalam asrama sebuah sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur sehingga mengalami kecederaan. Mulut anaknya ditutup dengan kain oleh pembuli bagi mengelak didengari oleh warden asrama. 

Wirda menjadi sangat pendiam dan tidak berani menceritakan perkara tersebut kepada ibunya sehinggalah kejadian itu diketahui ibunya sendiri.



Ani Maiyuni telah membuat laporan polis dengan harapan ada sesi perbincangan dengan pihak sekolah di antara pelaku dan mangsa, tapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan dari pihak sekolah dan kes tersebut telah 2 minggu berlalu.

Ibu bapa pelaku juga bertindak seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Tiada seorang pun dari pihak sekolah atau pelaku datang berjumpa untuk berbincang. 

"Sepatah kata maaf untuk membuat Ani Maiyuni sekeluarga berasa lega pun tiada," kata Ani Maiyuni apabila ditemu ramah hlive.

Selepas kes ini selesai Ani Maiyuni akan menukar sekolah anaknya, dia tidak mahu lagi perkara ini terjadi kepada anak perempuannya itu. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 22
Komen

Previous : "Comel Dan Gedik Sangat" - Keletah Artis Berbaju Raya Cuit Hati Netizen

Next       : "Keji, Bahasa Mencerminkan Hatimu Yang Hitam" - Che Ta Sakit Hati Adik Ipar Dimaki Bab1

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 9-5-2019 11:16 PM
buragazz replied at 26-3-2019 09:48 AM
Ahad hari tu anak buah dtg aku tanya dia "Kakak, Mariam tu ada kacau kakak lagi tak" dia jawab "Ta ...

Oh ok3 dah bmpk update nya... Td termisis.. Sowiere

Lain-lain Komen

Quote Buritan 22-3-2019 12:40 PM
Ontahlaa prangai bebudak zmn skrg nii elok bebenor sgt..
Quote chekacheku 22-3-2019 02:46 PM
Buli is no joke..harap tindakan dpt diambil..
Quote zaziot 22-3-2019 02:53 PM
Buli ni kt sek pandai2 pun ada....ni kan pulak sek sukan

kuarkan je la..masukkan ke sek harian yg lebeh bagus
Quote buragazz 22-3-2019 03:22 PM
Anak buah aku ada sorang budak kelas dia suka kacau dia.. tadika Pasti jer.. sampaikan bila sebut "Kakak esok sekoklah tau.." dia cam nak menangis.. korek2 rupa nya budak kelas dia.. aku apa lagi, aku ajaukan dia.. kakak klu dia kacau kakak genggan tangan kakak hayun kat muka dia.. haha jahat tak aku.. pastu nampak dia cam happy sikit... pastu aku cakap klu dia kacau lagi nanti Pak Ngah kita dtg sekolah (Adik aku)... nanti aku update kes anak buah aku ni minggu depan sebab countermeasure baru buat minggu ni...
Quote weezerfan 22-3-2019 03:25 PM
Skolah kesah ape. Dh mati anak org baru depa gelabah.
Quote dekmieDandy 22-3-2019 03:27 PM
napa nama anak dia gitu
Quote amukgemuk 22-3-2019 04:45 PM
buragazz replied at 22-3-2019 03:22 PM
Anak buah aku ada sorang budak kelas dia suka kacau dia.. tadika Pasti jer.. sampaikan bila sebut "K ...

ingat tu. Update nanti ye. --- teringin nak tahu progress.. (tapi nanti ada org komplen off topic pulak. Apa2 pun-- ada org tunggu ye..)
Quote buragazz 22-3-2019 05:02 PM
amukgemuk replied at 22-3-2019 04:45 PM
ingat tu. Update nanti ye. --- teringin nak tahu progress.. (tapi nanti ada org komplen off to ...

Baik.. klu ahad ni dia dtg rumah aku tanya dia..
Quote disneyrecess 22-3-2019 06:09 PM
Meols team anak ayu yach, sakit hati gan pembuli nih..
Quote samasam90 22-3-2019 06:56 PM
selagu takde video atau guru nampak sendiri, jgn harap nak ada penyelesaian.. tapi kerna kak ani artis, mungkin dilayan..
Quote minibean 22-3-2019 11:27 PM
Igtkan skrg dh tk sewenang boleh buli. Kawan I sek anak dia (SBP) , senior suruh ketuk ketampi je sbb bgn lambat. Kena buang sekolah senior tu. Mak bapak budak junior report cikgu besar dgn polis segala... jgn main2
Quote minibean 22-3-2019 11:28 PM
Budaya buli membuli kene stopla
Quote clarizsa 23-3-2019 03:43 AM
Polis bukan rajin sgt pun
Sekolah pun sama suka sembunyi2 kes buli
Malang betul nasib anak dia

Quote buragazz 26-3-2019 09:48 AM
amukgemuk replied at 22-3-2019 04:45 PM
ingat tu. Update nanti ye. --- teringin nak tahu progress.. (tapi nanti ada org komplen off to ...

Ahad hari tu anak buah dtg aku tanya dia "Kakak, Mariam tu ada kacau kakak lagi tak" dia jawab "Takde" ok.. tapi klu dia kacau kakak tau nak buat apa kan.. siap tunjuk gaya yang meols ajor hari tu.. hahaha... aku pulak lagi mengapikan "Bagus".. tapi aku tau dia takkan buat cuma nya saja bangi semangat kat dia...
Quote alepmama 26-3-2019 10:10 AM
biasa lah nak jaga nama kan
Quote Jorja 31-3-2019 08:18 PM
Pembuli ni sampai ke tua da membiak pun tetap suka membuli
Quote annehuda 3-4-2019 03:46 PM
buragazz replied at 22-3-2019 03:22 PM
Anak buah aku ada sorang budak kelas dia suka kacau dia.. tadika Pasti jer.. sampaikan bila sebut "K ...

ni samela mcm ajaran mak aku. dulu masa sekolah rendah ada sorg budak lelaki ni suka buli aku, curik komik doraemon la tarik-tarik tudung la. skali tu mak aku ajar aku lenkali lawan balik kalau die buli.ha skali tu memang la die buat lg, kali ni aku kejar die balik sampai satu sekolah kitorg berpusing. hahahaha pastu alhamdulillah takde dah kejadian buli ni
Quote namieamuro 3-4-2019 05:23 PM
kes buli byk..acara tradisi turun temurun..lg hazab bebdk buli jenis pukul memukul..
Quote gerbera.memopad 5-4-2019 12:56 PM
Kes buli memang tak boleh dibiarkan especially bila dah mendatangkan kecederaan.

OT, cousin aku (perempuan) masa sekolah rendah dulu selalu kena kacau classmate dia (lelaki). It started small, ejek2 gitu tapi lepas tu menjadi2. Cousin aku apa lagi, waktu nak balik dia tunggu kat tangga then pang!!! sedas penampor dia kasi. Terus tak kacau dah

Tapi cousin aku tu meski girlish tapi hati brutal habis. Pernah dia sound direct on the phone kat scandal-to-be bapak dia  "ko tak malu ke kacau rumah tangga orang!". Terus perempuan tu minta maaf kat cousin meols & upacara scandal yg baru nak bermula terbatal gitu . Masa tu dia baru darjah 6 kalau tak salah

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
2.096216s Gzip On
To Top