CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Naomi Campbell Sindir Kim Kardashian Dan Kylie Jenner Kaki Ciplak Gaya

22-3-2019 11:02 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5685| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Supermodel Noami Campbell sememangnya seorang trendsetter yang sering menjadi ikutan ramai. Gaya pakaiannya sering ditiru kerana sentiasa menepati cita rasa terkini.
Supermodel Noami Campbell sememangnya seorang trendsetter yang sering menjadi ikutan ramai. Gaya pakaiannya sering ditiru kerana sentiasa menepati cita rasa terkini. 

Beliau dikatakan tidak kisah dijadikan idola oleh orang ramai, tetapi pantang apabila ada selebriti wanita menciplak gayanya kemudian mendakwa mereka yang memulakan trend tersebut.



Kredit foto: Carian Google

Terbaru, Naomi menyindir bintang realiti Kim Kardashian dan Kylie Jenner, dua selebriti yang sering mendakwa mereka adalah pencetus asli sesebuah trend baru, sedangkan gaya mereka sebenarnya diciplak daripada orang lain.


Kredit foto: Instagram


Kredit foto: Instagram

Baru-baru ini, Kylie telah memuat naik sekeping gambar di Instagramnya menunjukkan beliau sedang memakai cermin mata bertatahkan permata. Beberapa jam kemudian Naomi menyindir Kylie dengan memuat naik gambar lamanya memakai kaca mata sama.

Ramai tertanya-tanya adakah ini satu sindiran kepada Kylie?


Kredit foto: Carian Google

Kredit foto: Instagram

Ini bukanlah kali pertama Naomi menyindir ahli keluarga Kardashian-Jenner ini. Minggu lalu, Kim Kardashian menghadiri majlis perkahwinan Chance the Rapper bersama suaminya, Kanye West. Kim mengenakan sehelai gaun Versace yang klasik.

Serta merta Naomi memuat naik sekeping gambar lama ketika beliau mengenakan busana sama! Beliau menulis status bahawa beliau telah mengenakan gaun itu sejak 1991 lagi.


Kredit foto: Buzzfeed

Naomi juga katanya pernah menyindir Kim beberapa kali kerana sering menciplak apa-apa fesyen yang dipakainya.  

Netizen di Twitter bagaimanapun mempunyai pendapat yang berbelah bagi. Ramai berpendapat Kim dan Kylie sememangnya kekeringan idea dan sering meniru gaya selebriti lain termasuk Rihanna dan Naomi.


Kredit foto: Carian Google

Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, sebahagian lagi netizen berpandapat bahawa ini bukanlah meniru sebaliknya hanya menjadi sumber inspirasi memandangkan Naomi bekerja sebagai model dan selayaknya fesyen dikenakan beliau akan menjadi ikutan ramai.

Apa kata anda? Adakan Kim dan Kylie sememangnya menciplak gaya Naomi atau Naomi yang paranoid dengan kedua bintang realiti ini? - CARI
7

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-3-2019 11:20 AM
Kim & Kardashian sisters memang tak ada identiti sendiri pun
Quote coconico 22-3-2019 11:51 AM
Tak pernah suka the kardashian sisters tp few gambar yg naomi post gambar runway show so baju yg diperagakan mmg meant for jadi ikutan ramai
Quote nisako 22-3-2019 12:18 PM
mmg pun ciplak je ..........
Quote amyza 22-3-2019 03:07 PM
Kim K punya body shape buruk lah, part pinggang ke punggung tu nampak pelik...kaki pun pendek.
Quote MadameOnion 22-3-2019 04:39 PM
naomi pakai nampak classy & elegant..the kardashians pakai nampak soooo pprt..dgn badan boyak sana sini
Quote huehue 22-3-2019 05:16 PM
Makin lama makin hodoh i tengok kardashians ni punya badan. Maybe ada yg suka kot tapi i tak gemar betul bila tengok. Punggu selebarnya, pinggang haluih pastu dada kemain sarat. Tak balance i nengok.
Quote makita 22-3-2019 11:00 PM
Eh semua stok baju la nek nomi dah ada.  Stok tudung bawal je nek nomi xde.
Quote Artemesiaa 23-3-2019 09:58 AM
Bila dah rasa kurang perhatian mulalah cipta isu
Quote nadie90 23-3-2019 11:30 AM
Hehe trendsetter la sgt....stkt naikkan balik fesyen2 zmn 80an 90an tu dikira trendsetter ka....klu akak NC tu mmg sindir depa....ceq senyum sinis ja
Quote samasam90 23-3-2019 06:59 PM
HM curlassssstt yach.. kardashian dgn jenner selamanya nak cedok org punya,.
Quote RatuDunia94 24-3-2019 06:31 PM
Family deols ni mmg mengidolatkan black people kan..
Quote ihtisyam1 25-3-2019 10:47 AM
naomi tu kan model... seharusnya lah jadi ikutan...... gemilang pada zamannya
Quote ais_kosong 25-3-2019 02:29 PM
cantik lagi noami pakai or gayakan
Quote Jorja 31-3-2019 08:13 PM
Insecure people Aja yg keeping up with the siblings ni
Quote weezerfan 1-4-2019 11:08 AM
Kim ni byk sgt inspiration dr retis2 yg dia minat esp cher.. Feeling2 drh armenian kuat konon. Walhal dia ni fashion victim jah. Smenjak kawen ngan kanye je jd senonoh sikit fashion sense dia. Semuanya dikawal oleh laki narcistic nya
Quote lavendermiz 1-4-2019 03:56 PM
dulu2 pernah baca pasal perangai naomi ni yang sangat kekwat dan berlagak. di zaman2 kegemilangannya. sejak tu terus tak suka dia. huhu. over nau nak perli2 orang pakai baju sama dengan dia. dia pun model kot, bukan pereka fesyen ke hape
Quote fizamn 3-4-2019 04:09 PM
only kendall jenner yg suka hehehe... sbb lawa..
Quote kualibesi 13-8-2019 11:03 AM
hermm . naomi tidak lagi menjadi trendsetter
Quote annehuda 14-8-2019 10:41 AM
adik beradik kardashian ni trashy ja. yg classy skit tu si kendall. tp si kendall pun lama-lama dah makin trashy dah pandai dah berbogel ikut kakaknye si kim

btw diorg ni pun takde setitik pun darah african american, tp gaya dah mcm black people.

Lihat semua komen(19)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.108858 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top