Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Dituduh Mendera, Rupanya Johnny Depp Yang Didera Isteri!

21-3-2019 10:25 AM|Oleh: Pink Lily| Komen: 19

Johnny Depp (kanan) dalam Pirates of the Carribean dan Amber Heard (kiri) dalam Aquaman. Kredit foto: Joyscribe

Pelakon yang mencipta nama melalui filem-filem box office, Johnny Depp memfailkan tuntutan saman bernilai ASD50 juta (RM202,950,000) terhadap isteri yang dikahwininya selama dua tahun, Amber Heard kerana memfitnahnya. 

Menurut Depp, keganasan rumah tangga yang dilaporkan Amber dan disiarkan Washington Post merupakan satu "penipuan melampau".

"Amber sengaja menulis dari perspektif seorang 'selebriti yang mewakili mangsa keganasan rumah tangga' dan menyatakan dia 'berasa kesan daripada budaya masyarakat kita akibat bersuara' apabila dia 'bersuara menentang keganasan seksual'," menurut dokumen mahkamah. 

Depp mengaku yang Amber tidak menyebut namanya secara langsung, namun dakwaannya yang menyatakan "dirinya menjadi mangsa keganasan domestik di premis kediamannya, mengusulkan Depp yang melakukan serangan domestik itu."

Seterusnya, bintang berusia 55 tahun itu mendakwa bukan dia yang melakukan serangan domestik itu, tapi yang melakukannya adalah Amber.

"Amber telah mendera Depp, sama seperti dia ditangkap mendera pasangannya sebelum ini," menurut kenyataan dokumen itu lagi.

Menurut Depp, Amber telah menyerangnya beberapa kali termasuk membaling botol vodka ke arahnya menyebabkan tulang jari tengahnya rosak. Akibatnya, Depp terpaksa melalui pembedahan membetulkan semula jarinya itu. Selain itu, Depp juga ditumbuk dan ditendang dalam siri serangan lain. 


Motivasi Di Sebalik Dakwaan Palsu Amber


Kredit foto: The News

Menurut bintang Pirates of the Carribean itu, Amber mengarang ceritanya untuk mendapatkan 'publisiti positif' bagi 'meningkatkan kerjayanya'.

Depp menegaskan dirinya tidak bersalah dan menyatakan dakwaan Amber didera itu 'telah dinafikan oleh dua pegawai polis berbeza, beberapa orang saksi ketiga yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan 87 rakaman video kamera keselamatan yang baru diperolehi.'


Amber Heard sebelum itu menuntut cerai, mendakwa sering didera oleh Depp. 
Kredit foto: Hindustan Times

Tuntutan saman itu mendakwa tujuan Amber membuat dakwaan palsu mengenai penderaan domestik bagi membantu dirinya meraih pelbagai peluang yang mungkin tidak akan diperolehinya sebelum itu. 

Menurut tuntutan itu lagi, 'Amber juga tahu yang penipuannya berkesan: akibat dakwaan palsunya ke atas Depp, Amber menjadi wajah utama gerakan #MeToo, aktres pertama yang diberi gelaran Human Rights Champion daripada Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dilantik menjadi duta hak wanita di Kesatuan Kebebasan Hak Awam Amerika dan dilantik menjadi jurucakap global oleh L'Oreal Paris.' 


Kejatuhan Karier Johnny Depp


Kredit foto: The Blast

Malang pula bagi Depp, kerjayanya menghadapi kerugian dek tindakan Amber. Dia mendakwa beberapa hari selepas kisah Amber disiarkan oleh Washington Post, dia digugurkan daripada wataknya untuk filem Pirates of the Carribean. 

Atas kerosakan imej inilah Depp menuntut saman fitnah ke atas Heard sebanyak ASD50 juta sebagai ganti rugi. 

Memberi respons terhadap tuntutan saman itu, peguam Amber, Eric M. George mengeluarkan kenyataan yang bertulis: "Tindakan remeh ini hanyalah usaha terbaru Johnny Depp untuk mendiamkan Amber Heard. Amber tidak akan didiamkan. Tindakan Depp telah membuktikan bahawa dia tidak boleh menerima perangainya sendiri yang kaki pukul. 

"Walaupun dia tampak nekad untuk merosakkan diri sendiri, kami akan bertahan untuk mematahkan tuntutan saman yang tidak berasas ini dan menghentikan serangan ke atas Amber oleh Depp dan pasukan peguamnya."

Peguam Depp kemudian membalas dengan kenyataan berbunyi,"'Mereka ingin mendiamkan Amber Heard' tak berbunyi seperti satu penafian daripada Amber mengenai dakwaan Depp yang setebal 40 muka surat, penuh dengan bukti-bukti aduan. 

"Kami bukan ingin mendiamkan Amber, sebaliknya kami ingin mengeluarkan sepina dan mengorek bukti daripada Amber bersama tiga lagi rakan yang membantunya menipu termasuk Elon Musk.

"Kami tidak sabar untuk menunjukkan rakaman video, gambar dan saksi yang kami berjaya perolehi untuk berhadapan dengan usaha Amber Heard (yang setakat ini masih berdiam diri) dalam menjelaskan perkara yang tidak boleh dijelaskan. "

Johnny Depp dan Amber Heard berkahwin pada Februari 2015 dalam satu majlis persendirian di Bahamas. Kebanyakan ahli keluarga Depp sebelum itu menentang perkahwinan mereka atau mengarahkan Depp melakukan perjanjian bersama sebelum meneruskan majlis perkahwinan itu. 

Amber kemudian menuntut perceraian pada 23 Mei 2016 dengan alasan dirinya sering didera secara fizikal dan lisan oleh Depp sepanjang perhubungan mereka. 


    
Bekas pasangan Johnny Depp yang tampil mempertahankan Depp. 
Kiri: Vanessa Paradis;  Kanan: Lori Anne Allison
Kredit foto: WWD dan Wikinetworth

Perceraian pasangan popular Hollywood ini dilanda kontroversi apabila terdapat pertikaian terhadap dakwaan Amber apabila bekas pasangan Johnny Depp muncul dan menggelar Amber Heard sebagai seorang penipu selain mendakwa Depp merupakan seorang yang tidak pernah berkasar, ayah yang baik, sensitif dan penyayang, bahkan tidak pernah meninggikan suara. 


Surat akuan Vanessa Paradis berkenaan Johnny Depp sebagai seorang yang baik dan tidak pernah memukul. 
Kredit foto: TMZ

Selepas berpisah dengan Depp, Amber dilaporkan bercinta dengan bilionair dan pengasas bersama Tesla, Elon Musk, pemilik galeri seni Vito Schnabel dan terbaru, pengarah filem Argentina, Andy Muschietti. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
3
Terkejut
5
Sedih
5
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 19
Komen

Previous : Jennifer Garner Gesa Ben Affleck Ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak

Next       : Justin Bieber Dapatkan Rawatan Kerana Kemurungan, Ketagih Dadah dan Seks

Komen Terbaru

Quote Cpkay 13-8-2019 04:36 PM
lah..dah tidak bersama dengan paradis lagi kah ? sungguh ketinggalan ketepi iolss ni .

Lain-lain Komen

Quote aciklola 21-3-2019 11:03 AM
dah elok elok dengan vanessa ko menggatal dengan amber. rasain loo
Quote apedehal 21-3-2019 11:23 AM
ganas mung amber..tp iols dulu kini selamanya #teamdepp. paradis pun da bahagia dgn lelaki len
Quote xtahumenahu 21-3-2019 11:37 AM
Depp tanpa make up and poc dah nampak tua n x menarik lagi
Quote nanny_1 21-3-2019 11:54 AM

oh choke me daddy.
hehehehe.
Quote Acikgomen 21-3-2019 12:03 PM
nanny_1 replied at 21-3-2019 11:54 AM
oh choke me daddy.
hehehehe.

Propa kan chuols
Kat CI nanges2 keinsofan, masuk bod sini terus mengelupur basah fetfet tgk jonidep khuenst

Quote nanny_1 21-3-2019 12:06 PM
Acikgomen replied at 21-3-2019 12:03 PM
Propa kan chuols
Kat CI nanges2 keinsofan, masuk bod sini terus mengelupur basah fetfet tg ...



iols ikut situasi tread sis.
crush dengan johnny ni dari zaman edward scissorhand lagi.


Quote None68 21-3-2019 12:37 PM
Dah x lawa pulak sejak x laku..
Quote mieymiey 21-3-2019 03:53 PM
Iols harus #TeamDepp
Quote ikanmasin 21-3-2019 09:28 PM
me also#TeamDepp
Quote misslauren 22-3-2019 07:50 PM
Sejak johnny dengan amber,  i tak suka dua dua. Tapi i lebih tak suka amber, manipulative biatch. Tengok balik gambar masa dia mula2 dapat johnny, nampak sangat bangga & johnny hanyalah dia punya trophy husband
Quote RamonaFlower 24-3-2019 01:57 PM
Johnny johnny yes papa
Quote nadie90 24-3-2019 03:31 PM
Ok bleh sambung minat blik JD...

akak AH...muka ja lawa...tp ganas...lelaki pun bleh jd mgsa
Quote ihtisyam1 25-3-2019 09:47 AM
I memang taste ngan Johny ni ..... bad boy
Quote mayong 26-3-2019 05:10 PM
dah x handsome dia sekarang.
Quote Bantalkuning 5-4-2019 09:43 AM
dulu handsome JD ni.. tak makeup nampak kertu
Quote Shayang 8-4-2019 12:31 AM
So dia akn berlakon balik ke tak ye PC? Ade lagi ke sequel pilem tu igt last dahla lepas si barbosa tu mati
Quote HYSB 8-4-2019 02:33 AM
Ni agknye dulu johny segan nak mengaku kot kene pukul ngn perempuan ni sampai dah terjejas karier tak boleh laa nak segan segan lagi
Quote kualibesi 13-8-2019 11:04 AM
Depp berlakonnnn niceeeee
Quote Cpkay 13-8-2019 04:36 PM
lah..dah tidak bersama dengan paradis lagi kah ? sungguh ketinggalan ketepi iolss ni .

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083262s Gzip On
To Top