Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Guru Jalan Kaki 12 Kilometer Pujuk Murid Ke Sekolah

20-3-2019 10:18 AM Komen: 14

Sekolah Kebangsaan Buayan atau nama ringkasnya SK Buayan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Penampang. 


Pada awal penubuhan sekolah terpencil ini, bangunan hanya berdindingkan bambu dan beratapkan zink serta berlantaikan simen. Pelajarnya pula berasal dari beberapa buah kampung di sekitarnya.


Kredit foto: NST


Sekolah ini mempunyai kurang daripada 100 murid dan kehadiran di sekolah sering menjadi masalah berikutan jarak tempat tinggal pelajar yang agak jauh dan tidak ada jalan raya berturap menghubungkannya, selain hanya boleh dilalui pacuan empat roda. 


Kebanyakan pelajar dikatakan perlu berjalan kaki hampir 10 kilometer (km) ke sekolah setiap hari.


Kredit foto: NST


Baru-baru ini, sekolah ini menjadi tular di media berikutan usaha gigih beberapa gurunya untuk melawat rumah-rumah pelajar bagi memberi galakan kepada mereka dalam meningkatkan kadar kehadiran.


Kredit foto: Carian Google


Kerana tidak ada jalan raya yang memadai, para guru terpaksa berjalan kaki. Menurut Guru Besarnya, Matius Kusop, salah seorang pelajar tinggal kira-kira 12 km dan tiga guru mengambil masa berjalan kaki tiga jam untuk melawat rumahnya di Kampung Pongobonan untuk memujuknya supaya hadir ke sekolah.


Kredit foto: Carian Google


Pelajar Tahun Empat itu dikatakan sudah tidak hadir selama tiga minggu. Alasan yang diberikan oleh murid itu adalah kakinya sakit untuk berjalan. Namun, ayahnya memberitahu kaki murid itu kini sudah sembuh.


Bagaimanapun, usaha guru-guru tersebut gagal kerana murid itu masih enggan meneruskan persekolahannya. Menurut gurunya, ini adalah sesuatu yang menyedihkan memandangkan murid itu mempunyai tahap akademik yang baik dan abangnya juga berhenti sekolah atas alasan yang sama.


Kredit foto: Carian Google


Menurut Guru besar lagi, sekolah yang berada dalam kategori tiga itu kini menyediakan asrama dan warden untuk pelajar yang tinggal jauh. Mereka bagaimanapun tidak berputus asa dan akan kembali untuk meneruskan usaha memujuk sekali lagi.


SK Buayan mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akademik. Sekolah itu mencapai keputusan 100 peratus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun berturut-turut.


Syabas diucapkan kepada usaha dan kegigihan guru-guru di sekolah ini. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Mrmnj 25-5-2019 06:00 AM
Tahniah cikgu

Lain-lain Komen

Quote fliphair8 20-3-2019 10:28 AM
Respect ngan cikgu....semoga dipermudahkan untuk cikgu2 yg dedikasi...
Quote MadameOnion 20-3-2019 10:28 AM
semoga urusan guru2 ini dipermudahkan..mulianya hati.. ada pulak i terbaca mak bapak saja2 takmau hantar ke sekolah..homeschool katanya..
Quote Buritan 20-3-2019 10:30 AM
Siannyaaa pd guru pd pelajar dan para penduduk disitu terpinggir dr arus kemajuan.. kek sini meroyan nak buat kete ketigalaa ppsmila ipad sorang satu budakla.. ujung ujung letrik jln raye pun belum semua tmpat ade
Quote MariaClara 20-3-2019 10:48 AM
kesiannyaaaaaa.....ade juga masih terpinggir mcm ni
Quote Sang_Pencinta 20-3-2019 11:13 AM
Respek sangat dengan guru guru ni

Pelajar yang tinggal bandar, dihantar bas sekolah serba mewah patut rasa malu
Quote Jorja 20-3-2019 02:08 PM
Tahun 2019 ni.. abad ke21. Jalan Raya? Hazabnya setiap minggu brek brek brek balik kg jalan berlubangs lubangs neverending. I sanggup bayar tol dari brek brek brek
Quote afidahhb 20-3-2019 05:38 PM
Yang ni betul cikgu ni..
Quote bulu_tangkis 21-3-2019 04:20 PM
Tabik dgn cikgu ni...
Quote ikanmasin 22-3-2019 04:16 PM
terbaik cikgu2 mcm ni..tabik
Quote adik_aza 22-3-2019 04:47 PM
Terbaik cikgu
Quote sayawifenikmie 22-3-2019 04:56 PM

jauhhhhh -- emmang lah  anak2 penat --- ada asrama -- mungkin boleh dipermodenkaj asrama 9sekadar mampu dengan kedaan) untuk menarik minat anak2 utk duduk asrama --- menitik air mata melihat kesukaran mereka.
Quote dua_chzy 23-3-2019 01:13 AM
Motif Penampang masih hada tempat gini?
Quote 7doors 23-3-2019 03:15 AM
Ingatkan penampang xda skolah dlam hutan sdah..lagipun penampang ni dah pesat mmbangun
Quote Mrmnj 25-5-2019 06:00 AM
Tahniah cikgu

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.197314s Gzip On
To Top