CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dulu Belajar Berus Gigi, Kini Sekolah Adakan Program 'Mandi Bunga' Untuk Ubah Sikap?

19-3-2019 02:04 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5557| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Description: Seronok apabila mengenang kembali zaman sekolah rendah di mana murid akan diajar memberus gigi beramai-ramai. Berbeza dengan hari ini di mana sekolah mengadakan program 'mandi bunga'!
Seronok apabila mengenang kembali zaman sekolah rendah di mana murid akan diajar memberus gigi beramai-ramai. Berbeza dengan hari ini di mana sekolah mengadakan program 'mandi bunga'!

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook PW Community, mereka menerima aduan bahawa sudah banyak sekolah mengadakan ceramah bersama seorang doktor berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).






Ceramah itu kemudiaannya akan menyelitkan penjualan produk pil minda dan mandian herba keluarannya. Malah, murid turut diminta membawa tuala kerana mereka akan dimandikan dengan mandian herba.

Lebih ekstrem, mandian itu dikatakan dapat mengubah sikap pelajar.




Macam mana pihak sekolah boleh membenarkan program dengan agenda tersendiri seperti ini dilaksanakan di sekolah mereka?




Lebih pelik, ia merupakan sebuah ceramah berbayar di mana setiap murid perlu membayar RM160 untuk sebotol mandian herba.




Dalam masa sama, orang ramai tertanya-tanya mengapa golongan guru seolah-olah mudah terpedaya dengan penipu. Atau adakah mereka akan menerima komisen daripada program berkenaan?



Enggan membiarkan perkara ini berlarutan, orang ramai menggesa PW Community membuat laporan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



Terdahulu, laman berkenaan pernah membongkarkan kegiatan pengasas berkenaan yang dikatakan sebenarnya seorang penipu. Betulkah?



Kredit foto: FB

Ada sekolah anak anda terlibat dengan program sebegini? - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kroit92

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 19-3-2019 02:27 PM
I pun ada mandian aura ni.. Saja suka pakai sbb wangii.. Mmg la claim boleh buang aura negatif bagai tp belasah la..
Pernah dulu ada tokei spa bg bunga2 untuk mandi bunga. Dia kata dah baca2.. Jd tugas kita campur semua dlm air dan embunkan mlm tu.. Esok pagi2 mandi ngn air bunga tu
Last2 tumpah habis satu baldi dpn umh. Xsempat mandi.
Mungkin ada benda la tu kn.. {:dot
Quote sharlenetexas 19-3-2019 03:02 PM
Bunga ni pun bukannya murah2. Paling kurang RM7. Semoga industri bunga2an tempatan berkembang maju
Quote CiliPadiSedap 19-3-2019 03:18 PM
akak mandi bunga tayar kt sis vokuru sekarang dia makin  jinak dan sopan santun.. tak perlu beli minyak setitik botol harga ratus2..


p/s :

> anak pendidikan khas ye mungkin boleh di bantu dengan terapi proven method bukan hanya menjual... kalau betul berkesan guna dulu baru bayar?
> KKM dan KPM kena kuatkuasa penjual dilarang masuk sekolah kecuali lulus dengan kebenaran KPM atau JPN.
>  anak pendidikan khas ni melibatkan genetik dalam tubuh badan mereka special jadi janganlah mudah percaya terpedaya dengan produk yang janjikan bulan bintang. selidik sebelum membeli.


> anak2 pelajar normal kalau malas kalau degil study balik diri kita sendiri :
> usia kanak2 dalam kandungan sampai 4 tahun usia kanak2 subconsious mind. apa mereka nampak mereka serap..
> usia kanak2 begini tidak ada consious mind mereka tak tahu bezakan buruk baik..
> subconcious mind ialah program minda separa sedar yang buat habit kanak2 jadi baik atau buruk malas atau rajin
> subconcious terhasil melalui 5 panca indera dan latihan serta affirmation dan visualization imagination
> untuk ubah habit buruk perlu buat repeatition selama 3 bulan untuk jadikan subconcious mind.
> ilmu itu terletak pada concious mind kita belajar kita hadam kita ingat
> membezakan setiap pelajar ialah program subcouncious mind sama ada ilmu tu hadam ingat hafal jawab exam terletak pada minda separa sedar..
> keburukan subconcoius mind ni dia tak tahu baik buruk.. contoh orang isap dadah, rokok, melancap, mencuri, pemalas, suka bertangguh adalah latihan subconcious mind..
> 90% pergerakan tubuh badan manusia dikuasai subconcious mind..
> kuasai dunia separa sedar kuasai dunia realiti..
>  you are limit what you are focus and what your are imagination..

Quote chicozinn 19-3-2019 03:32 PM
dulu time kcik2 ade team kodomo lion dtg skola ajr cara brus gg ngan betul..free jurrhh dpt set gift xpyah bayar..skang PPD ke Pengetua ke GB mmg dasar bodoh sume nak menjual cekik duit budak2..
Quote RatuDunia94 19-3-2019 03:35 PM
Dulu ada lasangan suami isteri jual produk minyak boleh buang aura la bagai..selalu gak masuk tv3 bagai. siap sponsor tv show.. skrg mcm dh xde je..
Quote haryatie 19-3-2019 04:24 PM
bukan ke mandi bunga utk naik seri jerk
Quote Zaien 19-3-2019 04:32 PM
nak mempercepatkan jodoh bebudak skolah ke camne??
hahahahahhaa
Quote fushimi 19-3-2019 04:33 PM
iols mandi sekarang mandi daun limau purut ngan buat limaunya sajok

badan pun harum  sajok

Quote kucingitam 19-3-2019 04:43 PM
mandi sabun body shop sajer..lagi murah dari hat rm160 sebotol kecik..
Quote whitePoison 19-3-2019 08:59 PM
Amboi mandi mungeee..
Quote farlis 19-3-2019 09:36 PM
Hishhh..apa kes mandi bunga cenggini
Quote kroit92 19-3-2019 11:25 PM
giloss RM160 suruh budak2 beli

seringgit sehari pun struggle
Quote Kebayahijau 20-3-2019 02:03 AM
Dulu sebelum kawen pernah lah pegi spa. Amik pakej kebetulan ada mandi bunga + susu. Saja gedik nak try kn. Memang wangi betul. Cuma masa nak mandi dia ajar kita baca 1 ayat dr surah yusuf. Kebetulan memang amalkn, so tau lh ayat tu. Tak lama tu iols pun kawen, maybe seri dah terpancar kot hikss
Quote mohdcrow 20-3-2019 03:08 AM
Maybe org yg meluluskan dalam sekolah itu salah seorang downline
Quote Meiizu 20-3-2019 11:07 AM
abis laaa cikgu sekolah tu kena kecam..
meme layak pun ..entah2 downnline
Quote TalibanRock 20-3-2019 11:09 AM
SCAM SEKOLAH MENDE YG BIASA SKRG NI...XHERAN SGT KL KENE TIPU...NNTI BEKAP2 DEK CEKGU2 PADAHAL GENG2 NI LA YG BAWAK PRODUK SAMPAH NI MASUK KE SEKOLAH..HAWAUUU
Quote giyomi 20-3-2019 03:08 PM
berhentikan jer cikgu atau GB yg terlibat sebab depa mmg tak layak jadi cikgu or GB.
Quote putriTS 20-3-2019 05:54 PM
Haritu mak I paksa beli sebotol utk anak i....Anak i yg first mmg Austism. Orang yg jual kat dia mmg from PPD. Mak i pun b4 pencen ni pengetua sekolah, so kenal mamat ni. Dia dtg rumah bercerita pasal produk ni. I dgr je lah, tapi dr apa yg dia ckp tu, i tau mmg banyak overclaim n hearsay. Ada ke dia ckp dia mandikan budak bisu, x lama lepas tu budak tu boleh bercakap?????
Muka I dah berkerut dah time tu. I beli sbb hormatkan mak. dah setahun lebih beli, x habis2 minyak tu. ada je lagi. Pastu katanya kalau mandikan budak pakai minyak tu, xleh lap...biarkan kering sndiri.
Budak tu mana la reti duduk diam2 tgu kering..berlari sana sini, buat tergelincir je.
Quote jazaa100 21-3-2019 12:28 AM
RatuDunia94 replied at 19-3-2019 03:35 PM
Dulu ada lasangan suami isteri jual produk minyak boleh buang aura la bagai..selalu gak masuk tv3 ba ...

Dr ibrahim ....produk aura seri...

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-9-2022 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.083994 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top