Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Cristiano Ronaldo Buka Klinik Tanam Rambut Untuk Lelaki Botak

20-3-2019 11:59 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 8

Membandingkan gambar lama dan terkini pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo, anda pasti menyedari struktur muka dan giginya sangat berbeza mengundang spekulasi atlet berusia 34 tahun itu pernah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan kacak.

Kredit foto: Carian Google
Seiring dengan imejnya yang sering tampil bergaya, dia dikatakan ingin membantu ramai lelaki yang menghadapi masalah kebotakan.

Ronaldo telah merasmikan pembukaan sebuah klinik rawatan rambutnya yang khusus dalam pemindahan dan penanaman rambut.


Kredit foto: Instagram
Klinik rawatan rambut yang diberi nama Insparya itu dibuka di bandar kelahirannya, Madrid dan akan diuruskan oleh teman wanitanya Georgina Rodriguez. 

"Kami akan memulakan revolusi pemindahan dan penanaman rambut," kata Ronaldo dalam kenyataan di Instagramnya. 

Menurutnya lagi, klinik itu akan memfokuskan kepada penggunaan penyelidikan dan teknologi terbaru untuk membantu ramai wanita dan lelaki meningkatkan keyakinan diri.


Kredit foto: Carian Google
Sumber Daily Mirror mengatakan klinik itu nanti akan mempunyai 150 kakitangan dan dapat melakukan 18 rawatan menanam rambut dalam sehari.

Ronaldo bagaimanapun menafikan pernah membuat rawatan rambut. "Setakat ini saya belum memerlukan rawatan pemindahan rambut, tapi bila sampai masanya saya tidak akan teragak-agak untuk melakukannya."


Kredit foto: Carian Google
Pastinya klinik ini akan menjadi tumpuan bagi para lelaki yang ingin mendapatkan kembali rambut mereka yang telah hilang dan kelihatan kacak seperti Ronaldo. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
5
Terkejut
7
Sedih
7
Lawak
7
Bosan
8
Komen: 8
Komen

Previous : "Kalau 'Barang' Tak Naik, Kena Injek" - Alvin Tan Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Porno

Next       : Robin Hood Zaman Moden, Pengedar Dadah Paling Dikehendaki Ini Lakukan Perkara Mulia

Komen Terbaru

Quote ninu 24-3-2019 11:43 AM
orang kayaaaa

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 20-3-2019 12:27 PM
Tanam rambut lelaki = boobs implant wanita
Quote kroit92 20-3-2019 02:03 PM
Upin & Ipin telah mula menabung sejak tadika lagi
Quote pai.kacang 20-3-2019 04:35 PM
nak buat hair implant ni kena cari doktor yang ade seni sikit. yang pandai nak tanam ikut hairline yang sesuai dengan wajah.  kang jadi macam kawan aku tu.. ibarat pakai rambut palsu seumur hidup. x lawa langsung
Quote Artemesiaa 20-3-2019 04:56 PM
Asal berduit bolehlah buat treatment
Quote hyie 21-3-2019 12:03 AM
kalau dia tanam rambut kan, rambut tu dia tak boleh tumbuh macam rambut biasa ke camne eh? iols tak faham la konsep dia...pastu iols terbayang sammy vellu choi sangat tau
Quote pumpkingirl 21-3-2019 03:56 PM
Sesuai utk wayne rooney
Quote AppleJack 22-3-2019 02:19 AM
Klinik rawatan rambut yang diberi nama Insparya itu dibuka di bandar kelahirannya, Madrid dan akan diuruskan oleh teman wanitanya Georgina Rodriguez.

cristiano lahir di madrid?
Quote ninu 24-3-2019 11:43 AM
orang kayaaaa

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
6.208771s Gzip On
To Top