Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Gara-Gara 'I Was Here', Gunung Kinabalu Habis Dicemari Sampah Pendaki

20-3-2019 11:55 AM Komen: 32
Gunung Kinabalu yang dikenali dengan ketinggian 4095 meter sememangnya kebanggaan negara kita kerana menjadi salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara. Selain daripada menjadi tumpuan para pendaki, gunung itu juga terkenal kerana menjadi salah satu simbol kepercayaan dan kebudayaan suku kaum tempatan negeri Sabah.

Kredit foto: Carian Google
Menurut kepercayaan suku kaum itu, Gunung Kinabalu menjadi tempat bersemadinya roh nenek moyang mereka yang telah lama mati. Sebab itulah suku tempatan mempunyai banyak pantang larang sebelum membuat pendakian termasuk menjaga kebersihan dan kesucian gunung tersebut. 

Kredit foto: Carian Google
Empat tahun dahulu, beberapa orang pelancong yang telah berbogel di puncak Gunung Kinabalu telah dikenakan tindakan termasuk penjara dan denda kerana melanggar peraturan. Bagaimanapun, rupanya kejadian itu tidak dijadikan pengajaran oleh pelawat lain kerana baru-baru ini seorang pendaki bernama Wilson telah berkongsi beberapa gambar-gambar sampah sarap yang ditinggalkan di puncak gunung itu.


Kredit foto: Facebook
Apa yang menyedihkan perbuatan itu dikatakan kemungkinan dilakukan oleh pendaki tempatan. Kelihatan beberapa coretan dengan kata-kata 'Angel Allen Was Here', 'Tee Qayra Was Here' dan beberapa lagi nama lain.


Kredit foto: Facebook
Ramai netizen yang membaca perkongsian Wilson merasa sedih kerana pendaki-pendaki tersebut tidak mematuhi arahan untuk menjaga kebersihan di puncak Kinabalu.


Ada juga yang menyarankan supaya laporan dibuat supaya nama-nama di atas kertas itu boleh disemak di buku pendaftaran pendaki.


Kredit foto: Facebook
Yang pasti, perbuatan ini bukan sahaja melanggar adat dan pantang larang penduduk tempatan, tetapi juga mencemarkan kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia ini. 


Semoga para pendaki lebih peka terhadap perkara ini di masa depan. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-3-2019 10:37 PM
Inilah manusia2 bandar yang lebih sakai dari monyet.

Lain-lain Komen

Quote jfq 20-3-2019 12:03 PM
Naik atas tu kan berguide. Guide pun kena sergahla set2 kaki sepah ni
Quote pittjie 20-3-2019 12:05 PM
ee rasa mcm nak lempang la org2 yg suka2 je tinggalkan sampah kat tmpt2 dia org daki. tak kira kat mana pun. be responsible tu alam sekitar boleh tak? mak bapak dia org ni tak ajar ke apa?
Quote Artemesiaa 20-3-2019 12:06 PM
Ada bagusnya juga agar guide menegur perbuatan mereka tu atau kenakan denda buat mereka yang melakukannya
Quote dokupangg 20-3-2019 12:11 PM
Sama spesies dgn yg tengok youtube dan komen Siapa tengok video ni tahun 2043 sila loike tapi versi sampah fizikal ni lebih pundek
Quote dokupangg 20-3-2019 12:11 PM
Sama spesies dgn yg tengok youtube dan komen Siapa tengok video ni tahun 2043 sila loike tapi versi sampah fizikal ni lebih pundek
Quote famri7 20-3-2019 12:17 PM
Habislah bobohizan mengamok.
Quote lucky_peace 20-3-2019 12:34 PM
aduihhh dah menulis bergambar kertas was here was here tu, simpan la kertas tu dalam bag, ini di buang lak merata-rata... dasar iblis....
Quote arasham 20-3-2019 12:35 PM
Semlm baca 10 jenis org yg Tak layak hidup di dunia ni, so boleh gak masukkan yg ni
Quote seri_mawr 20-3-2019 12:40 PM
lain kali tempah le sepanduk cantik2 sikit...nak di pacak kat situ...ni takat tulis kat kertas ...pastu buang rata2....
Quote ikanmasin 20-3-2019 12:43 PM
tolonglah jaga adab tu ..hormatilah tmpt tu..
Quote Sang_Pencinta 20-3-2019 12:45 PM
Ini trend remaja masa kini kan? I wasz here kononnya...
Quote axl_bach 20-3-2019 12:53 PM
Aik, ketinggian rasmi Gunung Kinabalu dah kurang ke? 4095m? Bkn dulu 4101m ke?
Quote Sang_Pencinta 20-3-2019 12:58 PM
axl_bach replied at 20-3-2019 12:53 PM
Aik, ketinggian rasmi Gunung Kinabalu dah kurang ke? 4095m? Bkn dulu 4101m ke?

Dah turun 4095m, latest technology punya equipment

Masa 4101m tu pengiraan guna kaedah lama
Quote axl_bach 20-3-2019 01:12 PM
Sang_Pencinta replied at 20-3-2019 12:58 PM
Dah turun 4095m, latest technology punya equipment

Masa 4101m tu pengiraan guna kaedah lama

Owh, so mmg btollah official height dah dikurangkan......igt artikel ni typo ke apa....

Owh guna tech baru ke, bkn sbb highest point dh kurang pasal gempa aritu?
Quote Sang_Pencinta 20-3-2019 01:16 PM
axl_bach replied at 20-3-2019 01:12 PM
Owh, so mmg btollah official height dah dikurangkan......igt artikel ni typo ke apa....

Owh gun ...

Bukan kot

Ketinggian baru ni diumum 1997 mcm tu lama sebelum gempa

Pengukuran guna satelite technology
Quote axl_bach 20-3-2019 01:23 PM
Sang_Pencinta replied at 20-3-2019 01:16 PM
Bukan kot

Ketinggian baru ni diumum 1997 mcm tu lama sebelum gempa

Dah lama rupanya since 1997....ok tq bro
Quote arm_band 20-3-2019 02:17 PM
tulis atas kertas pastu ambik gambar post dalam ig ke? gigih betul siap bawak kertas, pastu main tinggal camtu je
Quote afidahhb 20-3-2019 03:11 PM
Masuk tempat orang..bawak otak.. bukan pisau.. (tinggal sampah)
Quote wnwa05 20-3-2019 03:43 PM
neraka lah tempat mereka

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.121061s Gzip On
To Top