CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tendang Jurugambar Bertugas Tak Bagi Rakam Gambar Anak

18-3-2019 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6685| Komen: 21

Description: Seorang lelaki menendang jurugambar media untuk menghalangnya daripada mengambil gambar anaknya di Mahkamah Alor Setar.
Seorang lelaki menendang jurugambar media untuk menghalangnya daripada mengambil gambar anaknya di Mahkamah Alor Setar.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku ketika jurugambar berkenaan membuat liputan perintah reman Ketua Penolong Pengarah jabatan kerajaan di Kedah serta tiga kontraktor yang disyaki membuat tuntutan palsu RM1.2 juta, hari ini.



Kredit foto: Harian Metro

Difahamkan, lelaki dipercayai bapa kepada suspek utama iaitu wanita berusia 41 tahun terbabit pada mulanya mengiringi anaknya ketika dibawa keluar dari kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia tiba-tiba cuba menendang jurugambar berkenaan sebelum ditegur pegawai SPRM.

Sejurus itu, lelaki berkenaan memohon maaf kepada jurugambar terbabit dan beberapa jurugambar lain yang membuat liputan kes berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, wanita yang juga Ketua Penolong Pengarah di jabatan kerajaan Kedah dan bertugas di Unit Penyalarasan Perlaksanaan (ICU) di Putrajaya bersama tiga kontraktor ditahan SPRM kerana disyaki membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pelancongan.


Menurut sumber, tuntutan itu membabitkan pembayaran kerja yang dibuat antara 2014 hingga 2016 sedangkan kerja tidak dilaksanakan.

Suspek bersama tiga lelaki berusia 34 hingga 43 tahun itu direman empat hari sehingga 21 Mac untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan. - CARI


6

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 18-3-2019 02:43 PM
Cun melecun awek kiri tuh
Quote shernazz 18-3-2019 02:46 PM
Acik tu stress tu..
Anak.dah ke dalam
Duit x dok..
Quote JokesCop 18-3-2019 02:49 PM
Bukan kalau xkasik ambik gambar diambik lagi langgar akta privacy ke?
Quote famri7 18-3-2019 02:52 PM
Kenapa sebab huduh ke sis?
Quote chicozinn 18-3-2019 02:53 PM
hbis acik nk cuba menendang tu xkne dakwa ke sbab cubaan mendatangkan kecederaan?
Quote cha-cha 18-3-2019 03:04 PM
Bapak 50-an, anak 41 tahun?
Quote pai.kacang 18-3-2019 04:07 PM
hati ibu bapa ni.. anak jahat macam mana pun tetap terselit rasa sayang
Quote giyomi 18-3-2019 06:59 PM
cha-cha replied at 18-3-2019 03:04 PM
Bapak 50-an, anak 41 tahun?

iol pon terpikir benda sama berulangkali. btw dari cuba tendang wartawan, tendang "anak" dan diri sendiri sebab makan duit haram.
Quote makkenits 18-3-2019 08:32 PM
Aku susah nak  hadam..why she did this?? Her husband pun bukan cikai..godaan Dunia ni bahaya sungguh.. so sad to see her like this..
Quote vee_zara 18-3-2019 09:37 PM
Maigod. Pompuan plak tu. Haihhh{:freak
Quote pyropura 19-3-2019 02:31 AM
pai.kacang replied at 18-3-2019 04:07 PM
hati ibu bapa ni.. anak jahat macam mana pun tetap terselit rasa sayang

Bapak yg jahat pasti menghasilkan anak jahat  jua
Quote pyropura 19-3-2019 02:33 AM
makkenits replied at 18-3-2019 08:32 PM
Aku susah nak  hadam..why she did this?? Her husband pun bukan cikai..godaan Dunia ni bahaya sungguh ...

Kan.... Ingatkan isele boleh mencegah kemungkaran, tapi sama je ngan kapir yg takdok agama tak hengat tohan
Quote c_antique 19-3-2019 10:06 AM
makkenits replied at 18-3-2019 08:32 PM
Aku susah nak  hadam..why she did this?? Her husband pun bukan cikai..godaan Dunia ni bahaya sungguh ...

sis kenal tertuduh ke? cite la details sikit supaya senang membawang
Quote xy_daen 19-3-2019 10:11 AM
Setahu aku projek2 ICU ni projek political semata...
Quote Siput_Sawah 19-3-2019 10:42 AM
Edited by Siput_Sawah at 19-3-2019 10:43 AM
pyropura replied at 19-3-2019 02:33 AM
Kan.... Ingatkan isele boleh mencegah kemungkaran, tapi sama je ngan kapir yg takdok agama tak hen ...

Ini bukan ttg Islam, Buddha, Hindu, Christ atau apa agama yg wujud di dunia ini tapi ini ttg sikap manusia. Walau org tu Mly beragama Islam tapi dia tak patuhi ajaran agama Islam ini lah hasil nye. so Islam or any race tak jadi issue.
Quote makkenits 19-3-2019 10:52 AM
c_antique replied at 19-3-2019 10:06 AM
sis kenal tertuduh ke? cite la details sikit supaya senang membawang

kenal but better keep my mouth closed... mungkin ada reason or ada yg penaya dia.. knowing her work ethics, dia mmg jenis yg cemerlang.. ntah la.. x abis lg termenung kenangkan nasib dia
Quote makkenits 19-3-2019 10:54 AM
xy_daen replied at 19-3-2019 10:11 AM
Setahu aku projek2 ICU ni projek political semata...

pi keja kat sana dulu baru blh cakap mcm tu.. kalo x tau nature keja diorg, jgn amik sauk semua projek sama je
Quote Burong_Hantuk 19-3-2019 10:55 AM
Siap bersilat segala
Quote pyropura 20-3-2019 03:10 AM
Siput_Sawah replied at 19-3-2019 10:42 AM
Ini bukan ttg Islam, Buddha, Hindu, Christ atau apa agama yg wujud di dunia ini tapi ini ttg sikap ...

Laahhh kan islam better dari agama lain, so logiknya mampu menghasilkan better ummah, tapi sama je kan dgn agama lain??

Lihat semua komen(21)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.085690 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top