CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Serik Curi Bekal Rakan, Seorang Pekerja Dipecat

20-3-2019 10:35 AM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 2142| Komen: 11|Original author: Oleh: M. Manis

Description: Seorang wanita akhirnya dipecat majikannya kerana didapati mencuri bekal makan tengah hari milik seorang ibu mengandung.
Seorang wanita akhirnya dipecat majikannya kerana didapati mencuri bekal makan tengah hari milik seorang ibu mengandung.

Pada mulanya, wanita hamil tersebut hairan ke mana bekal tengah hari yang dimasak oleh suaminya menghilang. Walaupun sudah menulis notis secara sopan kepada si pencuri bahawa bekal tersebut adalah khas untuk nutrisi diperlukan ibu mengandung dan dimasak oleh suaminya, bekalnya itu tetap hilang 'dikebas'.


Namun, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab individu berkenaan, dia kekurangan zat yang diperlukan tubuhnya. Perkara tersebut juga menyebabkan beliau tertekan hingga menjejaskan kesihatannya, lapor Metro Uk. 



Turut mempunyai anak kecil yang masih menyusu, wanita tersebut akhirnya tekad memasang kamera tersembunyi di dalam peti ais dengan bantuan rakannya. Pihak pengurusan juga sedia maklum dengan kejadian tersebut dan menyokong tindakan beliau.


Rupa-rupanya, bekal beliau dimakan oleh seorang pekerja wanita yang bakal dinaikkan pangkat! Kerana tidak suka dengan beliau, wanita tersebut bertindak 'membalas dendam' dengan memakan bekalnya secara curi-curi.

Walaupun gaji wanita tersebut lebih tiga kali ganda daripadanya, suspek seakan berasa tidak bersalah mencuri bekal rakan sekerjanya.

Akhirnya, pihak pengurusan sumber manusia mengambil tindakan memecat suspek kerana tindakannya memalukan dan menyebabkan wanita hamil tersebut berasa tertekan.

Nah, kalau ada rakan sekerja anda penuh hasad dengki sebegini, nasihatkan beliau supaya berhenti saja. Nanti tak pasal-pasal jadi penggangur. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 20-3-2019 10:57 AM
busuknya hati.. padan muka kena pecat..
Quote TalibanRock 20-3-2019 10:57 AM
ESOKNYA BALAS DENDAM KEBAS LAKI BELIAU PULOK....AHHAHAHA
Quote None68 20-3-2019 11:15 AM
Bolehlah gitu pulak ye..
Quote chinta89 20-3-2019 11:15 AM
wowwwwwwww sampai mcm tu uols!
Quote mieymiey 20-3-2019 11:24 AM
Bongoknya
Quote Artemesiaa 20-3-2019 11:58 AM
Buruknya perangai tahu nak makan free je bukan tak ada kemampuan nak beli sendiri
Quote Cyempaka 20-3-2019 12:11 PM
nape xletak racun tikus je dalam tu.. ubat sakit perut tu ke.. apa kebenda ntah nama.
biar dia melolong kat dalam toilet smp malam
Quote makita 20-3-2019 12:28 PM
Cyempaka replied at 20-3-2019 12:11 PM
nape xletak racun tikus je dalam tu.. ubat sakit perut tu ke.. apa kebenda ntah nama.
biar dia melo ...

Hahah letak ubat cirit birit. Biar menjejeh x sempat pi toilet.
Quote kechikchomel 20-3-2019 12:49 PM
jeles lettewww takde orang masakkan untuk dia



padan muka ko kena pecat!
Quote ikanmasin 20-3-2019 12:57 PM
padan muka sbb tak suka jer kan..hilang mata pencarian sendiri
dahlah nak naik pangkat..g sabotaj kwn mengandung tu kenapa
saja lah cr penyakit sendiri...
Quote bakingsoda 21-3-2019 02:30 PM
andartu tak laku kot yg dengki tu

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.078763 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top