Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Misi Jeriji Besi, Blogger Cik Epal Sedia Bawa Scammer Butik Si Topi Merah Ke Mahkamah

16-3-2019 10:42 AM|Oleh: M. Manis| Komen: 54

Blogger popular yang pernah terkenal dengan pendapatan RM50 ribu sebulan kini trending lagi apabila menghadiahkan kereta Ford Mustang 5.0GT sempena hari lahir suaminya yang ke-30 dengan bayaran sekitar RM350,000 tunai!




Aktif menjalankan perniagaan minuman sihat untuk mengawal selera makan, Cik Epal kini kembali trending dengan kisahnya bersama Si Topi Merah yang aktif dalam aktiviti scam. 

Pada mulanya, individu yang digelar Si Topi Merah tersebut secara tiba-tiba 'memetik' nama Cik Epal di laman Instagramnya dan didapati sudah pun memadam posting berkenaan.

Cik Epal yang berang dengan kejadian tersebut tampil menyuarakan rasa tidak puas hati beliau dan berhasrat membongkar segala kegiatan 'haram' pasangan ahli perniagaan tersebut yang terkenal di Malaysia di mahkamah.

Enggan menyaman individu terbabit kerana niat asal mereka bukanlah untuk mendapatkan wang, sebaliknya Cik Epal berhasrat mengelakkan lebih banyak mangsa yang ditipu oleh mereka dengan mengadakan #misijerijibesi.

Sudah ramai yang tampil membuat pengakuan pernah menjadi mangsa Si Topi Merah melalui DM Instagram ke Cik Epal. Jumlah wang yang ditipu bukanlah beribu sahaja, malah ada yang mencecah ratusan ribu!


Blogger Cik Epal Sedia Bawa Scammer Butik Si Topi Merah Ke Mahkamah


Blogger Cik Epal Sedia Bawa Scammer Butik Si Topi Merah Ke Mahkamah

Menggunakan agama untuk melepaskan diri dan telah menyahaktifkan Instagramnya pada Rabu atau Khamis lalu, individu Si Topi Merah tersebut dikatakan seakan play victim.

Secara tiba-tiba mengaku kesemuanya adalah sebagai salah satu marketing (zero cost marketing), Cik Epal menidakkan dakwaan tersebut dan seakan tekad mahu mengajar si penjenayah tersebut.

Untuk lihat bukti dan perkembangan kisah ini, anda bolehlah ikuti Instagram Cik Epal atau suaminya, Jofliam.

Tertanya-tanya siapa individu Si Topi Merah? Jika dilihat pada ruangan komen Instagram Cik Epal dan Jofliam, pasti anda dapat mengagak siapakah empunya badan.

Mempunyai nama yang boleh tahan besar di Malaysia dengan perniagaan fesyen muslimah, kosmetik, katanya individu ini juga pernah terlibat dengan kes Azri Zahier Azi, pemilik Hausboom yang pernah trending kerana memaki hamun YB Syed Sadiq di Facebook bulan lepas.



Apa kesudahannya? Nantikan sahajalah sama ada benar atau tidak Si Topi Merah ini penipu. Kalau benar, semoga dia mendapat balasan setimpal. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 54
Komen

Previous : "Aku Sumpah Kau Mampus" - Kenapa Qi Razali Mengamuk?

Next       : Tahniah Mawar Rashid Dan Suami Atas Kelahiran Baby Boy!

Komen Terbaru

Quote moomoodeul 19-3-2019 12:39 AM
Pihak sana akan buat PC hari rabu ni untuk clear their name. Pihak sana cakap ni semua fitnah. Fitnah ke tak, wallahualam.

Lain-lain Komen

Quote Andyscenes 16-3-2019 11:16 AM
Kenapalah blog aku dulu x popular mcm dia haha.
Quote merrissa 16-3-2019 11:19 AM
zaman uni dulu rajin ler aku singgah ke blog cik epal red mummy ni....giler pendpatan berpuluh2 ribu sebulan...

tapi yg paling aku suka...kak di...dari start dia terkujat ane tegur dia pakai bra color biru...
sampai now dia dah berhijab pon.....dia one of blogger yg femes....
tp xde pon amik paid review...review free seikhlas hati je...moga dimurahkan rezeki...

ok bye
Quote Thecatnextdoor 16-3-2019 11:30 AM
siapa sebenarnya si topi merah tu? kenapa yang iols baca macam carl BA tu ek
Quote shernazz 16-3-2019 11:34 AM
Andyscenes replied at 16-3-2019 11:16 AM
Kenapalah blog aku dulu x popular mcm dia haha.

Create kontroversi pls
Jangan yang cm."belakang sikit sapik"
Quote Sazida 16-3-2019 11:44 AM
Thecatnextdoor replied at 16-3-2019 11:30 AM
siapa sebenarnya si topi merah tu? kenapa yang iols baca macam carl BA tu ek

Yer mmg dia pon. Kecoh dh kt benang sebelah.
Quote Babanana 16-3-2019 01:09 PM
Si topi merah ni memang dari dulu lagi orang bisnes dah tau dia ni kaki scam orang. Backstab jangan cite lah.
Quote GigaMom 16-3-2019 01:20 PM
Mangsa rugi beratus ribu
Tp hanya dm blogger jual jus kurus utk meluah perasaan
Mangsa dh mental ke apa
Quote AppleJack 16-3-2019 01:27 PM
berkesan ke jus kurusnya tu...masyuk salenya
Quote Babanana 16-3-2019 01:31 PM
Sazida: Yer mmg dia pon. Kecoh dh kt benang sebelah.

Nak tengok pleaseee
Quote cahaya_almas 16-3-2019 01:47 PM
Kes apa sebenarnya nie...i tak faham....
Quote noell 16-3-2019 04:41 PM
soklan KBAT upsr aku nak tanya neh...beli keta suku juta cash LHDN tak kejar ka camna??

arwah pacit aku dulu nak beli umah flat kos rendah 35K cash pakai duit epf  jenuh kena soaljawab dgn incometax neh

sapa bole bg jawapan??
Quote Coffeekucing2 16-3-2019 05:35 PM
Dia declare personal income and business income setiap tahun since zaman blogging lagi. Jadi sebab tu dia xde masalah beli keta mahal.lhdn x cari.
Quote cicicumel 16-3-2019 05:56 PM
knp aku rasa lebih caya kat Carl n Bella drpd cik epal?
Quote munchkin 16-3-2019 08:09 PM
Siapa si epal ni?
Quote Zuzu75 16-3-2019 08:19 PM
I x kenal cik epal.but yeessss carl is a fucking scammer....2 org kwn i kena..sorg puluh2 ribu,lg sorg 2k..yg aku xpaham kenapa carl ni suka kutuk2 bini dkt kwn2...tringat dulu dlm 2-3 tahun sebelom ni konon2 dia buat group elite businessman  dgn anak dato K n anak kamarudin meranun.sapa nak join group tu byr fees monthly 5k...mcm babi prangai....bella pon sama babi
Quote yati12 16-3-2019 09:56 PM
GigaMom: Mangsa rugi beratus ribuTp hanya dm blogger jual jus kurus utk meluah perasaanMangsa dh mental ke apa


ramai mangsa dah buat laporan polis , tapi sekerat jalan..sebab si topi merah ni play victim, jadi mangsa nmpak jahat..lagi pun mereka takde “voice”, sape la nak percaya..
Quote zazamila 16-3-2019 11:26 PM
cicicumel replied at 16-3-2019 05:56 PM
knp aku rasa lebih caya kat Carl n Bella drpd cik epal?

aku caye je pasal penipuan tu. tp mkin nyamph lak ce hari2 menganjing carl. hal bella pun die sentuh (screenshot mangse). yg tu aku rase xyahlA bella xkacau kot
Quote jazaa100 17-3-2019 12:28 AM
noell replied at 16-3-2019 04:41 PM
soklan KBAT upsr aku nak tanya neh...beli keta suku juta cash LHDN tak kejar ka camna??

arwah pac ...

Memang kena.....tapi dia declared income tax so no hal.....

Klu beli keta, bkn cash je, klu amik loan kurang dari 30% pun dah kena query sbb salesman kena submit report ke LHDN ke BNM aku tak pasti....
Quote eyansss 17-3-2019 12:37 AM
Babanana replied at 16-3-2019 01:09 PM
Si topi merah ni memang dari dulu lagi orang bisnes dah tau dia ni kaki scam orang. Backstab jangan  ...

dia ni ke yang kes baju raya tak dapat langsung tu?

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.094057s Gzip On
To Top