Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Perut Membusung, Wanita Sakit Misteri Selepas Bersalin Anak Pertama

Oleh: Myra Rozi|15-3-2019 04:24 PM Komen: 36
Seorang wanita susut berat sebanyak 44 kilogram, selain perutnya semakin hari semakin besar seperti hamil.

Suami Norazimah Ahmad, 31 iaitu Mohd Shahrizal, 30, berkata sehingga kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit isterinya itu.

Harian Metro melaporkan, sakit misteri yang dialaminya itu sudah hampir tiga bulan selepas melahirkan anak pertama mereka, Arjuna Mikael Mohd Shahrizal.

Isterinya mula kurang berselera makan, tiga hari selepas bersalin dan pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Foto: Harian Metro
Menurutnya lagi Azimah melahirkan anak secara pembedahan dan menerima dua beg darah tambahan kerana kekurangan darah.

Ketika itu, dia mengadu sakit di bahagian perut dan selepas itu perutnya makin besar seperti busung macam wanita hamil tiga bulan.

Saya membawanya menjalani pemeriksaan di sini dan doktor mengesyaki dia berkemungkinan menghidap tiroid atau berkaitan usus selepas menjalani imbasan-X tetapi dia masih boleh membuang air besar dengan baik."

Pendapatannya yang hanya mengambil upah menjual ayam goreng di sekitar bandar raya turut terjejas apabila terpaksa menjaga isterinya.

Isterinya juga pernah muntah dan tiba-tiba tidak sedarkan diri. Doktor memaklumkan yang perut isterinya kembung dan terdapat lebihan air namun tidak tahu apa punca penyakitnya.

Saya terpaksa meminta bantuan adik untuk menjaga bayi di rumah kerana perlu menjaga isteri.

Kini saya terpaksa bergantung harap pada ahli keluarga dan sanak saudara untuk mendapatkan sumber kewangan kerana saya tiada wang disebabkan tidak bekerja dan perlu membeli susu formula serta lampin pakai buang untuk anak."

Wang itu juga digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan susu untuk isteri bagi menambah berat badan serta memberi tenaga kepadanya.

Saya buntu memikirkan masalah kewangan dan berharap ada pihak yang sudi membantu untuk meringankan masalah kami."

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB 7610065089 milik Mohd Shahrizal atau menghubungi talian 012-5607991. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 36
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 19-3-2019 01:51 AM
Siannya...sabarlah dugaan

Lain-lain Komen

Quote shernazz 15-3-2019 04:35 PM
Kena santau ka
Quote ninnamina 15-3-2019 05:00 PM
Boleh jd busung kalo betul ada yg mendengki.
Tp nak cita arwah mak iols.
Perut membuncit.. pegi cek doc just ckp makcik byk makan.kurangkan makan. Perut mak aku jadi  mcm mengandung gak.
Dah byk appointment  sampai mak aku mtk tebuk perut tu buang air dia sebab x bleh nak gerak sgt... tetap la mak aku dikatenye minum air byk. Xda refer mana2 doctor lain amek darah pon xda.
Sudahnye pegi kpj amek darah, scan, terus detect kanser lymphoma. Tp utk treatment ktorg bawak mak g hosp kerajaan gak doctor hosp tu siap tgk la kad temujanji mak aku ckp hospital lama ni nape x detect la ape la..dia plak mtk maaf bg hospital lama tu. now mak aku pun dah arwah dah.
Quote samasam90 15-3-2019 07:13 PM
ninnamina replied at 15-3-2019 09:00 AM
Boleh jd busung kalo betul ada yg mendengki.
Tp nak cita arwah mak iols.
Perut membuncit.. pegi c ...

sama, cuma keluarga iolls pula setiap hari ambik darah,check darah, scan, masih tak tahu punca.. speku mcm2.. g swasta, terus dapat kesan.. huhu
Quote Sazida 15-3-2019 07:18 PM
samasam90 replied at 15-3-2019 07:13 PM
sama, cuma keluarga iolls pula setiap hari ambik darah,check darah, scan, masih tak tahu punca.. s ...

Kang kata acik gomen xbuat keje meroyan plak dorang
Quote TravellingBear 15-3-2019 07:56 PM
samasam90 replied at 15-3-2019 07:13 PM
sama, cuma keluarga iolls pula setiap hari ambik darah,check darah, scan, masih tak tahu punca.. s ...

g swasta depa dpt kesan apa????? Citer tak abes uolssss
Quote honeybee1802 15-3-2019 09:18 PM
Ada blocking apa lepas operate tu?iyer la takut luka yg kt dlm tu tak heal bebetul takut ada kt dlm tu yg melekat2 ke tmpt tak sepatutnya
Quote samasam90 15-3-2019 09:23 PM
TravellingBear replied at 15-3-2019 11:56 AM
g swasta depa dpt kesan apa????? Citer tak abes uolssss

Colon cancer
Quote samasam90 15-3-2019 09:24 PM
Sazida replied at 15-3-2019 11:18 AM
Kang kata acik gomen xbuat keje meroyan plak dorang

acik gomen buat kerja, walaupun adik acik2 peelnya mcm hanjing.. cuma waiting list lama yach, berbulan..
Quote sarahmirza 15-3-2019 09:24 PM
ninnamina replied at 15-3-2019 05:00 PM
Boleh jd busung kalo betul ada yg mendengki.
Tp nak cita arwah mak iols.
Perut membuncit.. pegi c ...

Hospital mana la tu?
Gomen hospital ni yg I tau nak amik turn MRI pun lama benar...
Quote samasam90 15-3-2019 09:44 PM
sarahmirza replied at 15-3-2019 01:24 PM
Hospital mana la tu?
Gomen hospital ni yg I tau nak amik turn MRI pun lama benar...

yup, emergency pun kena amik masa 2 minggu..
Quote Sazida 15-3-2019 10:41 PM
samasam90 replied at 15-3-2019 09:24 PM
acik gomen buat kerja, walaupun adik acik2 peelnya mcm hanjing.. cuma waiting list lama yach, berb ...

Yup.., kalau komplen ckp patient bkn sorang. Hotak diaa.,, Buat ape tah sampai berbulan2 baru detect. Bila media buat liputan, kemain claim peralatan canggih manggih. Dpt kesan itu ini dlm masa singkat. Taik palat. 6/3/19 iols ambik drh utk cek kot ada kencing manis sbb iols peknen. After dua jam ambik drh lagi. Igtkan dpt result terus lah time tu ade ke takde kencing manisnya, apoooo. 20/3 nun resultnya. Ape ke bodohnya kerja mcm tu
Quote samasam90 16-3-2019 12:37 AM
Sazida replied at 15-3-2019 02:41 PM
Yup.., kalau komplen ckp patient bkn sorang. Hotak diaa.,, Buat ape tah sampai berbulan2 baru dete ...

haah sis.. pengajarannya kalau dah pelik2 penyakit tu, kalau mampu, elok bawa g swasta je la..
Quote MMlava 16-3-2019 12:39 AM
samasam90 replied at 15-3-2019 09:44 PM
yup, emergency pun kena amik masa 2 minggu..

pundek kau jgn menipu la setan


Quote glump 16-3-2019 06:40 AM
Kat sepital gomen, pesakit dtg kat pesakit luar, jumpa doktor muda.. Ok buat ujian darah.. Kencing.. Tp apa yg diarahkan test tu buat General test I. E tak dpt kesan sakit sebenar. So tak sakit apa2 nah ambik ubat tahan sakit.lepas tu pesakit tu dtg lagi.. Bg ubat pun mungkin salah diagnosis.. Emm.. Pesakit pun sakit, tak tau lah doktor pun tak dpt kesan sakit apa.. Tu Kena jumpa bomoh, bukan sakit hospital,ada org dengki, tegur etc. Pls lah buat kerja betul, kesian akidah pesakit terjejas kerana sikap sambil lewa kamu. Belum. Membazir resources dgn menunggu etc
Pi swasta jumpa doktor pakar or dh senior.. Dgr pesakit sakit sekian, dah tau test apa nk buat utk dpt sakit apa.. Buat ujian, 2-3 jam dapat keputusan.
Quote zuri154 16-3-2019 08:14 AM
kawan aku punya abg ipar dah setahun buat check up kt sepital gomen. mcm2 test dibuat tp x dpt dikesan. berat badan makin menurun. dari berisi jd kurus giler. pi jumpa perawat alternatif ckp kena santau sekian sekian. sudahnya adik beradik tong2 duit pi check kt KPJ. hahhhh kau terus dpt result kanser pankreas tahap 4. pi bwk result tu pi sepital gomen tp sepital gomen takmo ngaku kalau2 salah check. tak sampai sebulan lps tahu kanser pankreas tahap 4, abg ipar kawan aku meninggal dunia. kesimpulannya kalau tgk berat badan turun mendadak mesti ada sakit serius. selalu masyarakat kita dimomokkan dgn sakit buatan org. ntah2 kanser. kalau pikir semula dlm borang apply insurans pun ada ditanya ada berat badan turun mendadak 3 bln lps.... so maknanya insurans pun anggap kehilangan berat badan mendadak tu ada kaitan dgn sakit serius.
Quote Sazida 16-3-2019 10:26 AM
zuri154 replied at 16-3-2019 08:14 AM
kawan aku punya abg ipar dah setahun buat check up kt sepital gomen. mcm2 test dibuat tp x dpt dikes ...

Bile jd gini rasa mcm nk maki je kn.
Quote samasam90 16-3-2019 10:33 AM
zuri154 replied at 16-3-2019 12:14 AM
kawan aku punya abg ipar dah setahun buat check up kt sepital gomen. mcm2 test dibuat tp x dpt dikes ...

pelik sangat kan.. kpj check darah, result keluar 2,3 jam.. gomen needs 24jam check result.. tu pun tak pasti lagi..
Quote MMlava 16-3-2019 12:11 PM
Edited by FanTasyCreaTioN at 18-3-2019 02:49 PM
samasam90 replied at 16-3-2019 10:33 AM
pelik sangat kan.. kpj check darah, result keluar 2,3 jam.. gomen needs 24jam check result.. tu pu ...


jgn nak menipu la

bulan lepas baru aku uruskan sedara aku satu hari kat GH

tak sampai 24 jam dah siap cek darah, siap mri siap pindah dari zon kuning masuk ke wad

2 3 doktor pakar datang cek dia

tak takut api neraka ke kau sial buat fitnah






Quote CardiGans85 16-3-2019 12:19 PM
Biasa kalau body drop ni, mesti ada penyakit. Semoga adik ni selamat lah

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050498s Gzip On
To Top