Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ibu Rakam Dan Jual Video Porno Anak Berusia 4 Tahun Di Dark Web

15-3-2019 02:40 PM Komen: 12
Seorang wanita didakwa merakam dirinya melakukan penderaan seksual terhadap anaknya berusia empat tahun sebelum menjual video berkenaan di dalam talian.



Memetik Mirror, suspek berusia 26 tahun dan tidak dinamakan itu didakwa menjual semua video berkenaan di  'Dark Web'.

Menurut laporan polis, suspek ditahan selepas polis anti-siber menemui lambakan video jijik itu di dalam komputernya ketika menggeledah kediamannya di Vinnytsia, Ukraine.

Selain video, wanita itu juga didakwa menjual gambar penderaan terhadap kanak-kanak itu di laman berkenaan.

Hasil siasatan mendapati suspek menjual setiap klip video terbabit pada harga 3,000 hryvnia (RM457). Keseluruhannya, dia telah menjual kira-kira 30 video dan meraih keuntungan sebanyak 90,000 hryvnia (RM13,706).


Alat mainan yang digunakan sebagai latar belakang video

Ketika polis menggeledah kediamannya, suspek mengakui didekati seorang wanita yang menawarkan pekerjaan kepadanya menerusi emel.

Menurutnya, dia diarahkan untuk mencari mangsa yang rela terbabit dalam kegiatan jijiknya itu untuk mendapatkan wang sebagai ganjaran.

Katanya, wanita itu menyuruh suspek merakam video kanak-kanak berkenaan ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau dia boleh menjemput mangsa ke rumahnya bagi sesi rakaman itu.

Dipercayai suspek enggan melakukannya, namun bersetuju apabila wanita terbabit mencadangkan dia menggunakan anaknya sahaja.

Sebelum ini, suspek dikatakan terbabit dengan kegiatan pornografi untuk menampung kos sara hidup.


Pakaian dalam dipercayai milik suspek yang digunakan dalam rakaman
Foto: Mirror

Suspek berdepan tuduhan merogol, melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, menghasilkan dan menyebarkan bahan pornografi. Bagi semua kesalahan itu, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, anaknya kini menghadiri sesi kaunseling dan akan diserahkan ke rumah anak yatim. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Kini Anda Boleh Kenali Personaliti Seseorang Hanya Melalui Gambar Profil, Ini Caranya...
Suami Isteri Malas Bekerja Jual Semua Anak Untuk Tampung Kos Hidup
Cekik Orang Hanya Kerana Disuruh Alih Kereta
Nenek, Menantu Dan Cucu Tak Mengaku Mencuri
"Filem Tak Laku, Tapi Jadi CEO Finas" - Netizen Meroyan KKMM Pilih Ahmad Idham
Guna WhatsApp Jual Sijil Cuti Sakit Palsu
Penjara Nafi Samirah Diasing Dalam Bilik Gelap
Inilah Busana Yang Sepatutnya Disarungkan Ahad Nanti - Atikah Suhaime
"Aku Sumpah Kau Mampus" - Kenapa Qi Razali Mengamuk?
"Selebriti Pun Mampu Didik Anak" - Jasmin Hamid Teruja Anak Cemerlang SPM
Tembakan Di New Zealand, Kenapa Penyerang Digelar 'Gunman', Bukan 'Terrorist'?
Misi Jeriji Besi, Blogger Cik Epal Sedia Bawa Scammer Butik Si Topi Merah Ke Mahkamah
"Cheese" Sudah Ketinggalan Zaman, Fenomena "Salted Eggs" Mulai Menapak Di Malaysia!
"Hari Ini Saya Kehilangan Kak Long" - Ras Adiba Bersedih Atas Pemergian Wafa Abdul Kadir
Jasmin Hamid Saman 15 Individu Yang Menghina Anaknya
'Ini Temujanji Pembunuhan' - Waleed Aly Bersuara Isu Tragedi Christchurch Buat Netizen Pilu
'Budak Telur' Ditumbuk Selepas Mempertahankan Islam
10 Pelajar Ditahan Kerana Bermain PUBG Selepas Diharamkan
"Saya Maafkan Awak Bro!" - Tomok Maafkan Peminat Pernah Baling Telur Pada Newboyz
"Saya Tak Layak Sebab Pemalas" - Respons Aziz M Osman Bila Nama Dipetik Untuk CEO Finas
"Bunuh Semua Muslim!" - Selepas Christchurch, Lelaki Mengamuk Di Heathrow
Cikgu Sekolah Memandu Buat Hal! Meraba, Buat Lawak Lucah, Ajak Tengok Wayang
Nota Bersama Mayat, Warga Ireland Mati Dengan Tangan Dan Kaki Terikat
Mowgli Malaysia, Gambar Budak 14 Tahun Mesra Dengan Haiwan Tular
MRT Jakarta Siap 98 Peratus, Bakal Beroperasi Sepenuhnya Mac 2019
"Perompak Bodoh,"-Jumpa Kunci, Nak Bawa Lari Ferrari Tapi Tak Tahu Pandu
Wanita Kritikal Toreh, Bakar Diri Dengan Petrol

Komen Terbaru

Quote chicozinn 18-3-2019 03:00 PM
mak yg bodo nk mmpos..hancur masa depan anak tu weyh..dasar setan!!

Lain-lain Komen

Quote amyza 15-3-2019 02:54 PM

Jahat!!!
Quote Megikari 15-3-2019 03:59 PM
Setan pun malu nak mengaku umat dia
Quote shernazz 15-3-2019 04:39 PM
Sedihnya tgk pic mainan tu
Sampai hati.mak dia
Quote sehirkedi 15-3-2019 04:53 PM
Jahatnyaaa.. Tanam hidup2 je spesis syaiton camni! Seorang ibu sepatutnya melindungi anak!
Quote ikanmasin 15-3-2019 09:15 PM
tak layak jd mak spesis gini..
Quote akumak 15-3-2019 11:11 PM
Kemurungan aku baca cerita mcm ni. Adoiiiiii...{:freak
Quote clarizsa 15-3-2019 11:47 PM
Sebab tu i x setuju sgt quotes yg agung2kan semua mak ayah
Sbb bkn semua baik pun
Ni salah satu yg celaka
Sian baby tu
Quote pearl.silver 15-3-2019 11:50 PM
10thn je hukuman.. Compare dgn trauma bdk tu lifetime
Quote Beribear 16-3-2019 09:45 AM
clarizsa: Sebab tu i x setuju sgt quotes yg agung2kan semua mak ayahSbb bkn semua baik punNi salah satu yg celakaSian baby tu


Iolss pon setuju.. Sbb bukan semua ibu bapa ni kesah pon dgn anak. Yg penting diri mereka sendiri je. Anak2 asal boleh jaga diri lantak kau lah kata sesetengah ibu bapa yg selfish ni.. Yg penting anak2 harus la hormat mereka dan jaga mereka bila mereka tua dan sakit nti.. Balas budi katanya. Walhal anak2 selalu je mereka abaikan
Quote biozipstar 18-3-2019 01:20 PM
gile betol mak bapak cenggini...
Quote xmynnx 18-3-2019 02:24 PM
electric chairrrrr
Quote chicozinn 18-3-2019 03:00 PM
mak yg bodo nk mmpos..hancur masa depan anak tu weyh..dasar setan!!

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047916s Gzip On
To Top