Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Adik Meninggal Dunia, Louis Tomlinson One Direction Dirundung Pilu Kali Kedua

15-3-2019 10:26 AM|Oleh: Pink Lily| Komen: 9

Kredit foto: Express

Adik salah seorang ahli kumpulan One Direction, Louis Tomlinson ditemui mati di rumahnya disyaki akibat serangan jantung. 

Kematian tragik Félicité, 18, yang merupakan pereka fesyen dan bintang Instagram itu berlaku hanya tiga tahun selepas kematian ibu mereka, Johannah Deakin akibat Leukemia.

Menurut sumber terdekat, Louis yang kelihatan bersedih dan tertekan memuji adiknya sebagai seorang yang 'disukai ramai, penyayang, ceria dan cantik'. 


Kredit foto: Felicite Grace

Félicité disyaki mengalami serangan jantung di kediamannya di Earls Court di barat London, tengah hari Rabu lalu. 

Difahamkan, polis tidak menemui sebarang tanda penggunaan dadah di tempat kejadian. Mereka kini sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat.  

Bedah siasat dan ujian toksikologi akan dijalankan bagi mendapatkan punca kematian Félicité yang juga mesra disapa sebagai Fizzy.

Menurut jurucakap polis, mereka dihubungi Servis Ambulans London pada jam 12.52 tengah hari, di mana Félicité disahkan meninggal di tempat kejadian. 

Louis, 27, sedang bekerja sewaktu dimaklumkan berita kematian adik kesayangannya itu. Selain Louis, mendiang meninggalkan seorang kakak, Charlotte (Lottie), adik kembar Daisy dan Phoebe, serta kembar bongsu Ernest dan Doris. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Previous : Kanye West Halau Tristan Keluar

Next       : -

Komen Terbaru

Quote mieymiey 18-3-2019 12:00 PM
Cantik budaknya. RIP Fizzy.

Lain-lain Komen

Quote Sazida 15-3-2019 10:32 AM
rip ..lawa adiknyaa
Quote sheqim 15-3-2019 10:33 AM
Uih ramainya adik badik kembar
Quote DeeHanania 15-3-2019 11:18 AM
ksian yer...
rip Fizzy
ada adikbrdik kembar lagi
Quote danieladam 15-3-2019 12:45 PM
Serius umur 18 meninggal sbb sakit jantung? RIP.
Quote WandaMi 15-3-2019 02:33 PM
harap2 takde depression
Quote ikanmasin 15-3-2019 09:34 PM
rip ..sayang msh muda lg..
Quote bungasejuk 15-3-2019 11:00 PM
Eating disorder rase nya ..
Quote Kejora927 16-3-2019 03:52 PM
Bertabahlaa lou.. ibu dia meninggl dulu pun mudaa lg.. tinggal adik twins kecik.. skg adiknya felicite plk..
Quote mieymiey 18-3-2019 12:00 PM
Cantik budaknya. RIP Fizzy.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042157s Gzip On
To Top