Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Sambut Hari Jadi Barbie, Menara KL Berwarna Merah Jambu Hingga 31 Mac

15-3-2019 10:56 AM|Oleh: Pink Lily| Komen: 9

Kredit foto: Remaja

Anda sudah ada rancangan untuk berjalan-jalan pada hujung minggu ini? Kalau belum, apa kata anda berkunjung ke ibu negara untuk menyaksikan Menara Kuala Lumpur bertukar warna kepada merah jambu. Pasti menarik untuk dijadikan kenangan kan?

Kepada peminat tegar patung Barbie, pastinya anda sedia maklum bulan Mac adalah bulan kelahiran Barbie dan atas sebab itulah Menara Kuala Lumpur turut bermandi cahaya merah jambu sehingga 31 Mac.


    
Kredit foto: Remaja

Bersempena tahun kelahiran Barbie yang ke-60 ini, Barbie memperkenalkan slogan 'You Can Be Anything' sebagai kata-kata inspirasi sesuai dengan jualan patung Barbie berbajukan 60 jenis kostum pekerjaan yang mulai dijual secara eksklusif. 

Antaranya termasuklah kostum Angkasawan, Pembaca Berita, Juruterbang, Ahli Politik dan Pemain Bola Sepak. 



  
Kredit foto: Remaja

Selain Malaysia, negara lain turut menyambut acara unik ini melalui simbahan cahaya warna merah jambu pada bangunan ikonik masing-masing seperti Manila City Hall di Filipina, Singapore Flyer di Singapura, Muzium Fatahillah di Indonesia dan Emquartier di Thailand. 


Kredit foto: Remaja

Jadi, jangan lupa mengambil OOTD atau pun swafoto di Menara Kuala Lumpur sehingga 31 Mac ini ya! Sertakan juga hashtag #barbie60 sebagai tanda sokongan anda. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
6
Terkejut
4
Sedih
7
Lawak
3
Bosan
5
Komen: 9
Komen

Previous : 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)

Next       : Ini Antara Senarai Sempadan Negara Di Seluruh Dunia Paling Unik Untuk Anda Ketahui

Komen Terbaru

Quote CikB 29-6-2019 05:37 PM
amboiiii...

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 15-3-2019 11:09 AM
dah tua rupanya Barbie..
Quote pakderis 15-3-2019 01:02 PM
tua dari pakcik rupanya hehehe
Quote syakuntala 15-3-2019 02:10 PM
lama btl umo barbie... awet muda
Quote WandaMi 15-3-2019 02:46 PM
pernah beli Barbie China jer. lol
Quote kaklong32 15-3-2019 02:54 PM
mantain muda barbie ni apa rahsia
Quote Artemesiaa 18-3-2019 12:56 PM
Menarik juga hasilnya
Quote puanbintang 19-3-2019 03:01 PM
comelnya warna pink...dah pangkat nenek - nenek rupanya barbie  ni haaa..
Quote ibuiqah 20-3-2019 08:49 AM
apa kena mengena menara ni ngn barbie tu ..konpius  kita
Quote CikB 29-6-2019 05:37 PM
amboiiii...

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
2.335090s Gzip On
To Top