Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Warga Emas Didera, Dikurung Dalam Rumah Oleh Anak Dan Menantu

Oleh: Myra Rozi|14-3-2019 11:18 AM Komen: 62
Seorang wanita wargha emas mengalami kecederaan di badan akbibat didera dan dikurung di dalam rumah oleh anak dan menantunya.

Berita Harian melaporkan, mangsa berusia 70-an itu berjaya diselamatkan selepas meminta bantuan jirannya semasa dua anak dan menantunya tiada di rumah.


Foto: FB Sharel
Kejadian yang berlaku di tingkat 12 Falat Sri Desa Wawasan, Bukit Mertajam itu menyaksikan jirang mangsa bertindak memotong kunci pintu jeriji rumah berkenaan sebelum dia menghubungi pihak polis, ambulans dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata, mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, tangan dan kepala.

Maklumat awal menyatakan anak warga emas itu jarang memberinya makan kerana didakwa mengalami masalah kewangan.

Susulan itu polis menahan  dua anak lelaki dan menantunya, yang masing-masing berusia 40-an.

Sementara itu berdasarkan maklumat JKM, dua anak lelaki mangsa menerima bantuan daripada jabatan berkenaan dan mereka yang mempunyai masalah mental turut tidak bekerja.



Menantu perempuan mangsa juga adalah orang kurang upaya (OKU) dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Selain empat beranak itu, cucu mangsa berusia lingkungan 11 tahun yang juga anak kepada pasangan suami isteri berkenaan turut tinggal di rumah itu dan pihak polis juga akan memanggil jiran mangsa untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes.

Polis masih menyiasat siapa yang mendera wanita itu kerana ketika diselamatkan mangsa hanya mendiamkan diri sehingga dibawa ke HSJ. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 61
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MMlava 14-3-2019 09:33 PM
matchstick replied at 14-3-2019 08:32 PM
Masalah nya family ni baru jadi miskin n oku sejak kerajaan baru naik tahun lepas ke.. Kerejaan BN ...

ni dol, lain kali tarak point, kau duk silent reader sudah la







Lain-lain Komen

Quote MMlava 14-3-2019 12:07 AM


Loading FB Video...



Quote MMlava 14-3-2019 12:08 AM


Loading FB Video...



Quote MMlava 14-3-2019 12:12 AM
sat lagi mesti ada yg komen

kalau taknak jaga, antar rumah orang orang tua la



Quote belacan_gurl 14-3-2019 12:22 AM
Allahuakbar...menitis air mata...bodohla ko...aku kalo mak aku hidup lagi...semua permintaan dia aku tunaikan ....tak sayang ke mak tu
Quote sehirkedi 14-3-2019 12:39 AM
Kejamnya.. Orang yang dah tiada mak ayah, menangis dan berharap masa dapat diputarkan agar setiap saat dapat berbakti dan curahkan kasih sayang pada mereka.
Mak masih ada pun dia tak bersyukur apatah lagi nak sayang..
Spesis jahat camni elok dikambus dalam lubang hidup2 je. Dasar anak pontianak, menantu hantu!!
Quote milafida 14-3-2019 12:41 AM
Bangsa apa ni melayu ke India
Quote baghal_bortuqal 14-3-2019 01:30 AM
sayang seorang ibu. masih cuba nak coverline bila ditanya.



sial punya anak.
Quote MissVixen 14-3-2019 01:36 AM
Sedihnya. Semoga mak cik ni dapat ketenangan di akhir usia ni.
Semoga anak mak cik eksiden dan cacat. Biar dia rasa bila anak dia pulak seksa dia macam ni atau lagiii teruk.
Quote ikanmasin 14-3-2019 01:37 AM
anak tak mengenang budi..menantu pun sama jahat
sampai hati pukul sampai belubang2 kepala mak tu..
geram nya tgk ..nsb baik mak nye minta tlg jg dah tak tahan
kene dera..
Quote FanTasyCreaTioN 14-3-2019 06:00 AM
baghal_bortuqal replied at 14-3-2019 01:30 AM
sayang seorang ibu. masih cuba nak coverline bila ditanya.
Pikir nak baca baca ja komen ..
nengok gambar ja pun dah rasa ........

tak sampai hati nengok bideo ..
bila baca .. mak tu masih nak coverline si anak

ades .........

sampai nya lah hati anak buat gtu


Quote Malaysia.Doom 14-3-2019 06:14 AM
Keturunan spesis Maha Firaun ke?
Quote sukacactus 14-3-2019 06:21 AM
Tgk pic kesan kena siksa kat blkg badan tu je dah buat aku sedih
Mmg xsanggup nak klik video, karang aku nangis pepagi ni
Quote zehra2 14-3-2019 06:21 AM
Apa pun bangsa nya..mak tetap mak lah.
Moga anak nya mati kena lenyek dgn lori.
Quote faraway1 14-3-2019 06:52 AM
cita camni, jika ibu kasi nyawa sebab lahirkan..
ibu berhak bunuh anak yang menyusahkan hidup tu...
Quote batmana 14-3-2019 07:04 AM
Jiran tk slalu mebawang ke dgn jiran sebelah? kecederaan camtu aku rasa lama berlaku.apa org tua tu tk meraung ka kuat2?Camne la jiran bole tk dgr?rumah flat xde tingkap sounds proof pun
Quote budakshinchan 14-3-2019 08:04 AM
x kena telan bumi plak anak anak makcik tu..  kejam nk mampos tp x mampos mampos..  xde perikemanusiaan.. kan bagus org org camni betuko jd najis je..
Quote TOPwind 14-3-2019 08:18 AM
jika maid Indon macam manalah agaknya dia buat.
Tony Airasia yg asalnya dari selatan India pun mula2 kerja dgn dia memang azab.tapi nasib baiklah ada undang2
Quote sapeka 14-3-2019 08:23 AM
kenapa sanggup mendera ibu?
Quote dodolgemok 14-3-2019 08:52 AM
Bodoh punya anak setan dan menanti sial! Moga kau org merepot dlm neraka.

Lihat semua komen(62)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054459s Gzip On
To Top